Posts

Showing posts with the label recipes

Dari Dapur Mak Janna : Seri Kaya @ Tok Aji Serban

Image
This sweet kuih is one of my favourite and my kids' too. It si made of glutinous rice, eggs and palm sugar. Usually we'll have this kuih during Ramadhan, so since Ramadhan is just around the corner I guess it's very suitable for me to paste the recipe. Though the steps might seem complicated but actually it's not. If you plan to have this kuih for Iftar, it's better if you prepare the ingredients earlier........So here is a recipe of Seri Kaya. Seri Kaya Seri Kaya (Glutinous rice, topped with egg castard and palm sugar) Ingredients A : 5 eggs 100g palm sugar, chopped. (satu kerek laa kira2...atau setengah ketul) 1/4 cup of water 1 tbl spoon of corn flour (or you can just use plain flour) a pandan leaf for the aroma (if it's not available you can ommit this) Method : - in a pot, boil the water and then add in the palm sugar and the pandan leaf. - stir until all the palm sugar has dissolved. Turn off the heat. - add in the corn flour and m...

Dari Dapur Mak Janna : Poori dan Kentang Masala

Image
Sejak musim PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ramai dari kita yang mengambil kesempatan untuk mencuba bermacam2 resepi. Kalau tengok di Facebook tu macam2 menu yang naik. Tapi Mak suka sebab kita boleh bertukar2 resepi, boleh juga memberi idea kepada orang lain yang dah buntu nak masak apa. So hari ni mak telah cuba buat Poori. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah memberi idea kepada Mak. Cuma yang mak perhati ada bermacam2 versi resepi Poori ni.  Being me yang mesti nak buat macam yang original so mak telah search banyak resepi dan mak banding2 kan semua resepi2 tu. Rupa-rupanya cara nak buat Poori ni sama juga dengan cara nak buat Chapatti, cuma beza nya chapatti di masak di atas kuali tanpa menggunakan minyak sementara Poori di goreng dengan minyak yang banyak. So marilah Mak kongsikan resepinya di sini. Poori  Bahan2: - 500g tepung atta - secubit garam - 3 sudu besar minyak sapi / minyak masak biasa pon boleh - air secukupnya - 2 cawan minyak un...

Dari Dapur Mak Janna : Tom Yam Putih Campur My Style

Image
Baru baru ni ada beberapa orang sahabat yang request resepi tomyam putih  style mak. Mak masih belom update lagi resepi nya. So hari ni memandangkan mak berkelapangan marilah kita update sebelum terlupa. TomYam Putih Campur My Style Bahan2: 3 ulas bawang merah, ditumbuk 3 ulas bawang putih ( diketuk kasar) 1inci lengkuas (dihiris kasar) 5 batang serai ( dititik) 5 helai daun limau purut sekeping asam keping 7biji cili padi diketuk ( boleh ejas ikut suka pedas anda) air perahan limau nipis ( dari 2biji limau) 2 batang carrot saiz kecil ( di potong bulat2) 1 mangkuk bunga kobis 1biji bawang holland ( dipotong wedges) 2biji tomato di potong 4 2 pelepah daun ketumbar ( dipotong kasar2) 2 sudu besar susu cair garam dan gula secukup rasa 1 sudu kecil serbuk/kiub pati ayam 4 cawan  air Minyak secukupnya untuk menumis Lauk2 untuk tomyam : 1 cawan  isi ayam ( dihiris) sedikit bahagian ayam bertulang ( dipotong kecil) 12 ekor udang ( di buang ...

Dari Dapur Mak Janna : Resepi Whipped Potato

Image
Baru baru ni saya telah memuatnaik gambar bekal anak iaitu kentang putar dan sosej di Facebook saya, tak sangka lah pula ramai yang mintak resepinya. Jadi, sebelum saya terlupa eloklah saya segera update resepi whipped potato yang telah diminta berserta bonus resepi gravy nya sekali. Pergh. Siap ada resepi bonus. Hihihi. Bagi saya senang je nak buat kentang putar ni. Tambahan pula anak2 memang suka makan. jadi kalau cukup bahan2 memang saya akan buat selalu. Ia boleh dipadankan dengan sosej atau nugget, dan kalau rajin sikit boleh buat isi ayam yang di panggang simple. Jadi, ini lah resepinya, Whipped Potato ( Kentang Putar) Bahan2: 500gram Kentang, dibuang kulit dan di potong 4 ( apa jenis kentang pon boleh) 1 1/2 cawan susu segar ( di panaskan sekejap) 50g butter garam secukup rasa lada hitam secukup rasa (jika tak suka boleh abaikan) Cara caranya: -Rebus kentang di dalam periuk sehingga empuk ( kira2 15 minit di atas dapur gas dan 7 minit di dalam periuk...

Dari Dapur Janna : Spaghetti Bolognese

Image
Masa saya update resepi udang butter telur masin baru2 ni sebenarnya saya ada berhutang satu lagi resepi  iaitu resepi Spaghetti Bolognese. Malu nak share sebenarnya sebab resepi yang mak guna ni biasa2 je, Lagi pon mak guna instant spaghetti sos je pon, Haha, Tapi untuk tidak menghampakan permintaan sahabat saya ni saya share la jugak, Spaghetti Bolognese My STyle Bahan2: 1/2 packet Spaghetti ( ikut instruction pada packaging dan masak  hingga ala dente, maksudnya biar dia masih ada rasa kenyal2 gitu, Jangan masak sangat nanti spaghetti mudah hancur and patah2) * pastikan anda masukkan garam ke dalam air rebusan tu ya. Generous. Bahan2 Sos : 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar holland ( cincang kasar ) 3 sudu besar minyak zaitun ( minyak biasa pon boleh) 3 hingga 4 batang lobak merah ( di dadu kecil2) 2 biji tomato ( di dadu kecil2) 400g daging cincang ( ayam or daging pon boleh, tapi mak suka daging) 2 botol sos spaghetti jenama Kimball ( mak ...

Dari Dapur Janna : Udang Butter Telur Masin

Image
Saya ni nak menunaikan janji saya untuk bagi resepi Udang Butter Telur Masin. Maaf la kawan2, adik kakak..sebab lambat skit bagi resepi. OK, tanpa melengahkan masa mari la kita tengok cara2 nak buat udang ni macam mana... Udang Butter Telur Masin Bahan2: 400g udang (bersaiz sederhana, dibuang kulitnya dan di belah belakang butterfly style. saya memang suka bukak kulitnya) garam, kunyit secukup rasa 5,6 sudu besar tepung jagung/ Cara2: - campur semua bahan2 di atas bersama udang, gaul rata . -Panas kan minyak masak dan goreng udang tadi sehingga masak. - Ketepikan Bahan2 untuk Sos: 2 sudu besar butter 1 sudu besar minyak masak 4 ulas bawang putih , di cincang 4-5 biji cili padi, di hiris 1 biji cilihijau/merah, di cincang kasar 2 pelepah daun kari 1/4 tin susu cair 2 sudu besar susu pekat manis + setengah cawan air sebiji telur masin yang sudah di rebus , di hancur2 kan. garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung. Cara2: - panaskan butte...

Dari Dapur Janna : Red Velvet Cake Recipe ( with frosting)

Assalamualaikum semua.  Saya sebenarnya nak bayar hutang ni. Hutang resepi. Hehe. Ramai yang minta resepi dengan saya..macam2...ada yang nak resepi kek..resepi lauk pauk...tapi saya belum juga update. So hari ni saya nak update satu resepi yang di minta oleh sahabat saya Glenys. She requesetd for Red Velvet Cake recipe. So this is for you Glen ! RED VELVET CAKE Bahan2 untuk kek : 250g gula ( saya guna gula pasir biasa je) 150g butter sedikit esen vanilla. 2 biji telur gred B atau pon A 270g tepung naik sendiri ( saya guna tepung bluekey) 2 sudu besar serbuk koko (campur keduanya dan ayak)                                         250ml @ 1 cawan buttermilk 2 sudu kecil pewarna merah cerah (campur keduanya dan kacau rata) 1sudu teh soda bikarbonat 1 sudu besar cuka Cara2: - putar gula dan butter bersama esen vanilla sehingga gebu,creamy dan warnanya kuning p...

Dari Dapur Janna : Mac & Cheese, my style.

Image
Assalamualaikum semua... Hari ni nak update resepi Mac & Cheese yang dah agak lama jugak la kawan2 mintak. Sebenar nya saya pon tak pasti resepi sebenar macam mana...pernah la tengok sekali dalam rancangan masak2 kat tv tapi ingat2 lupa plak.....tapi rasa nya resepi yang saya try ni ok la kot. Anak2 cakap sedap. Hehe. Dan paling best sebab senang ke nak buat. Anak2 pon boleh buat sendiri ni .... OK lah..tanpa melengahkan masa mari kita tengok resepi nya yaa... MAC & CHEESE Bahan2 : 300g macaroni ( masak seperti yang di arahkan pada packaging, kemudian toskan) 50g butter 2 sudu besar tepung jagung 400ml susu segar 50g cheddar cheese ( parut) 50g mozarella cheese ( parut) 4 sudu besar serbuk parmesan cheese 3 sudu bear serbuk nacho cheese garam secukup rasa. Cara2: - Panaskan kuali/periuk..kemudian masukkan butter dan biar sehingga cair. ( kalau boleh guna periuk or kuali non-stick) - Bila butter dah cair...masukkan pula tepung jagung, kecikk...

Dari Dapur Janna : Rendang Ayam Lah Konon

Image
Owh, baru2 ni...eh, apa plak baru2 ni...semalam je pon. Yer semalam saya buat rendang ayam. Well, konon la rendang sebab tak pasti la plak kalau buat rendang memang macam tu. Anak2 plak suka makan...so tengok alang2 dah ada rendang ni kalau makan dengan pulut kuning pon sedap juga. Maka saya pon buat la pulut kuning. Tak reti jugak sebenarna buat pulut kuning. Main belasah ke...asal jadi kuning. Hehehe. Dapat la bagi2 kat jiran2 and kengkawan sikit sorang. Buat2 rasa. Alih2 ada kawan ni sorang mintak la plak resepi  Rendang Lah Konon saya tu....Saya ni kalau orag mintak resepi memang saya suka share. Nak2 lagi kalu resepi yang senang2 lagi la best nak kongsi . So ini lah resepi Rendang Ayam Lah Konon ni ya my fren Suriani Makhtar dan sapa2 yang nak cuba pon boleh juga. Rendang Ayam Lah Konon.  Bahan2 : 1 ekor ayam ( di potong 12, atau berapa2 lah ) 10 bij bawang merah ,dihiris 2 ulas bawang putih, di hiris. 1 inci lengkuas, dihiris. 2 batang sera...

Dari Dapur Janna : Kari Kambing

Image
Saya masih lagi ada terhutang beberapa resepi dengan orang2 yang request resepi dengan saya. Maaf lah ye kepada yang mintak sebab lambat bagi resepi. Saya ni kalau nak mengarang di blog, memang amek masa skit. OK lah...sekarang ni saya nak kongsi resepi Kari Kambing. Saya tak ingat sangat dah sapa yang mintak tapi tak apa...bila dah update di blog ni sapa2 pon boleh cuba...boleh amek resepi ni. Resepi Kari kambing ni lebih kurang je macam resepi kari ayam or daging. Tapi tak apa , kita tulis je kat sini , kang besok2 anak2 saya nak refer pon senang. Hehehe. So ini lah resepi nya ya.... KARI KAMBING Bahan2: - 1kg daging kambing , di potong dadu kasar.( saya beli daging kambing frozen yg org buat lamb chop tu, sbb kat Keningau ni tader orang jual fresh mutton) - 4 sekawan (1 batang kulit kayu manis, 5 ,6 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga ,2, kuntum bunga lawang) - 5 sudu besar minyak utk menumis - 1biji bawang bombay di hiris   5 ulas bawang merah di tumbuk ...

Dari Dapur Janna : Resepi Chapatti

Image
Assalamualaikum.... Baru2 ni saya upload gambar chapatti di Facebook. Gambar tu dah lama cuma baru upload. Dah ada kawan ni mintak resepi chapatti plak. BOleh2...tader masalah, saya memang suka kongsi resepi..lagi2 resepi yang mudah2 jer.... Resepi ni saya dapat dari salah satu forumner di Cari Farum. Lama dah saya jumpa resepi tu. Sapa yang post pon saya tak ingat dah....Apa2 pon thanks kepada forumner tu yang sudi berkongsi resepi..... So ini lah resipi nya...  CHAPATTI Bahan2: 500g tepung atta secubit garam 1 sudu besar minyak sapi ( kalau xder minyak sapi, boleh guna minyak masak biasa je tp letak dalam 3 sudu besar)  1 cawan air. Cara uli : - masukkan tepung ke dalam mangkuk bersama garam. Kemudian masukkan minyak sapi dan gaul2 hingga rata. - masukkan air sedikit...sehingga adunan lembut tetapi tidak melekat di tangan. Jika adunan nampak sedikit keras tambah kan lagi air. - biarkan  doh rehat seketika sebelum mencanai. ( pastikan di tutup sup...

Soalan Jawab Masak2 : Bolehke masak nasi arab dalam rice cooker ?

Assalamualaikum....saya baru perasan ada yang bertanya di ruang komen soalan pasal nak masak Nasi Arab. Kepada yang bertanya saya minta maaf sebab lambat respon. Sebab saya ni jarang2 dapat meluang masa mengadap laptop. Jadi saya nak jawab la kat sini. Senang skit jawab begini supaya kawan2 yang lain pon dapat baca dah dapat tahu. Soalannya macam di bawah. "Salam...bru trjumpa resepi ni. Nk tnye sikit..saya nk guna rice cooker bole tk sbb tk pndai masak nasi guna periok biase. Air stok ayam/kambing tu nk tunggu bg sejuk dulu ka bru masak nasi? Sukatan 1.1 air beras tu mcm mna saya kurang fhm maaf lah. Hrp dpt bntu sbb bru nk bljr masak nasi arab wlwpn dh tringin lama. Terimaksih." Untuk pengetahuan saudari/puan yang bertanya ni...saya memang masak nasi arab guna rice cooker. Biasanya kambing or ayam tu saya rebus pon dalam rice cooker . Sebab nya saya tak suka nak guna periuk banyak2 nanti banyak jugak la periuk2 yang saya kena cuci. Hehe. Lagi satu kalau masak dalam ric...

Dari Dapur Janna : Roti Sarang Lebah (Beehive Bun)

Image
Mula2 saya nak mintak maaf kepada kawan2 yang mintak resepi ni dengan saya sebab lambat update resepi di blog. Bukan apa....saya ni kalau nak mengadap laptop mmg payah,setakat bukak fesbuk kejap2...boleh la....Jadi memandangkan sekarang ni macam ada sedikit masa ..maka saya update la segera resepi Roti Sarang Lebah yang kawan2 mintak tu yer.... ROTI SARANG LEBAH Bahan2 utk bun : 500g tepung roti (tepung high protein)- tepung biasa pon boleh tapi tak beapa gebu kalau dah sejuk. secubit garam 2 sudu besar gula 2 sudu kecil yis kering 2 biji telur 100g butter. 200ml susu segar. untuk hiasan : almond flakes, kuaci, atau biji bijan. Cara2:  -campurkan bahan2 kering di dalam mangkuk (tepung, gula, garam, yis) dan gaul asal rata je. - kemudian pecah kan telur dan gaul2 biar rata lagi. - masukkan pula susu. Uli2 sehingga sebati. - akhir sekali masukkan butter.  Uli lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan. - Bila dah uli hingga licin, tutup mangkuk d...

Dari Dapur Janna : Ikan Kukus Limau

Image
Ok lah...sementara tengah rajin mengupdate blog ni elok la saya update resepi Ikan Kukus Limau yang telah di minta oleh peminat2 saya...ahahaha. Perasannya lah. Ikan kukus ni senang je nak buat. Pastu yang best tu plak boleh sediakan awal2. Buh * awah2 dia semua...simpan kat peti ais. Pastu bila nak makan tinggal kukus je lagi. Senang kan ?  Cuma kalau nak kukus ikan ni kena pastikan ikan tu betul2 fresh lah. Kalau dah tak berapa fresh memang mudah je kita detect bila makan . Ikan yang sesuai untuk di kukus plak biasa nya ikan Siakap lah...ikan merah pon sedap, ikan jenahak....ikan kerapu pon sedap. Cuma kalau nak guna ikan kerapu kena make sure semua sisik2 nya dah di bersihkan. Bukan apa...sisik ikan kerapu ni halus2....jadi kalau tak bersihkan betul2...pastu kita kukus....memang akan terasa2 la sisik tu bila makan....sangat lah menganggu. Tapi kalau kerapu tu di goreng garing2 tak per....jadik sedap la plak sisik2 tu. Ok lah...kita tak payah cerita panjang mari kita teruska...

Dari Dapur Janna : Resepi Begedil

Image
Sebenarnya saya baru teringat..rasa nya macam ada orang pernah mintak resepi begedil denga saya tak silap dan saya dah berjanji yang saya akan update resepi di blog. Maaf lah kepada yang meminta resepi tu yer sebab lambat update di blog. So mari la kita tengok resepi dan cara2 macam mana nak buat begedil. Senang je ..... Begedil Bahan2: 500g kentang ( dikupas kulit, di potong wedges, dan di goreng hingga empuk) 2 keping daging burger, di goreng. daun bawang ,di hiris. daun sup , di hiris. 2 sudu besar bawang goreng garam dan lada sulah secukup rasa. Sebiji telur ( utk menyalut begedil) Cara2: - tumbuk kentang dan daging burger hingga lumat dan hancur. - kemudian satukan semua bahan2 di dalam mangkuk. - gaul2 hingga sebati dan rata. - selepas itu bulat2 kan sebesar bola pingpong. -Bulatkan sehingga habis. - kemudian panaskan minyak untuk menggoreng. - pecah kan sebiji telur di dalam mangkuk dan kacau2 agar telur kuning dan putih bercampur. - celup sebiji b...

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Image
Semalam sempena sambutan Maulidurrasul I had decided untuk buat Nasi Arab....dari hari tu lagi anak2 mintak saya buat sebenarnya....tak terbuat2.....semalam dah kebetulan cuti plak so apa lagi kita buat lah. Alhamdulillah anak2 and cik abang suka sangat. Anak2 siap makan dalam talam lagi haa.... Sebelum makan of kos la kena amek gambar, dah amek gambar kena la pos kat fesbuk ke,,,,share kat IG and Whatsapps la kan ? hehehe....Bila dah kongsi2 gambar ni ramai pulak yang minta resepi. Saya ni memang suka kongsi resepi....lagi pon resepi ni saya amek dari orang juga......so marilah kita berkongsi2 ilmu yang elok kan ? Semoga mereka yang dah berkongsi resepi sebelum ni mendapat pahala yang berpanjangan.... Perangai saya ni....sebelum nak cuba satu2 resepi baru saya akan search kat internet lah. Saya akan search banyak2 resepi....tengok resepi orang ni, baca resepi orang tu....pastu saya akan amek resepi yang saya rasa macam sedap dan senang di buat. Sungguh tak bersemangat nak cuba r...

Dari Dapur Janna : Resepi Mexican Bun

Image
Baru2 ni, Mak buat roti. Mak ni sebenarnya lama dah tak buat roti. Setahun lebih dah kot walaupon dulu2 Mak jual roti sebenarnyya ! Ha..percaya tak ? So mak pon buat la roti...buat dua jenis je...Mexican Bun dengan Sweet bun jah. Itu je yang sedap tapi senang di buat. Bila dah siap2 bakar, dah buat keluar dari oven baunya sungguh la harum dan memanggil2. Tapi, tak boleh makan lagik ! Mesti la kena amek gambar dulu. Hahaha. Lepas dah upacara amek gambar baru la boleh di ngap. Bila dah amek gambar of kos la kena la upload kat mana2, kat fesbuk dan instagram la seharusnya kan. Ater, bila dah upload gambar roti ni di media sosial maka ramai la peminat2 Mak yang mintak resepi. Mak ok jer....kita jangan kedekut ilmu. Cuma tu la...sori la ye semua sebab lambat mak update resepi kat blog ni. Malas nak mengarang sebenarnya. So ini lah resepi nya...resepi ni mak main hentam je sebenarnya....tapi insyaAllah jadi la kalau buat nanti . Mexican Bun  a) Bahan2 utk inti : - ma...

Fettucini Alfredo

Image
Baru2 ni saya buat fettucini carbornara pastu saya letak la gambar kat Facebook...ater, ramai la pulak yang mintak resepi...hehehe. Resepi tu saya main ejas sendiri je...ikut selera saya ...tapi untuk tidak menghampakan kawan2 yang request so saya letak la resepi nya kat sini...senang, sapa2 pon boleh refer. Cuma...saya ada pembetulan la nak buat....setelah saya google sana sini dan merujuk beberapa resepi rupa2 nya nama resepi yang saya guna tu salah....bukan Carbonara....tap Alfredo ( white sauce), sebab nya kalau Carbonara ada letak telur...and tak letak cream. So nama sebenar resepi yang saya buat tu adalah Fettucini Alfredo lah....hehehehe... Fettucini Alfredo  Bahan2 : - 3/4 packet Fettucini , tapi kalau nak guna pasta jenis lain pon boleh macam spaghetti, penne atau pon shells. (cukup utk 4 orang dewasa makan) - rebus pasta mengikut arahan di packet nya . Rebus hingga pasta masak al dente , iaitu lembut tetapi masih terasa kenyal2 bila di gigit, do not over cooked ,...

German Cookies

 Nana cakap dekat Mak nak makan "Biskut Mahal " yang macam Che Tie buat tu....so Mak pon gigih la mintak resepi dengan Che Tie.....belum buat pon lagi ...tapi letak resepi kat sini sebab senang nak rujuk, heheeh....kepada kawan2 yang nak cuba buat pon boleh la tengok resepi kat sini. Bahan2 pon tak banyak yang pelik2 ni....boleh cuba la..... German Cookies.  Biskut ni memang sedap.. cair dlm mulut.. mungkin sbb tepung kentang tu.. hehehhee.. semalam kami wat 3 adunan , arini wat lagi 1 adunan..sedap punya pasai hihiiii. . jom skodeng resepi Bahan-bahan : 125 gm butter 40 gm gula icing* 1 sudu teh esen vanilla 125 gm tepung kentang (kat bakery ada juai ni)* 80 gm tepung gandum* ayak bahan yg bertanda * Cara: Pukul butter & gula icing hingga sebati. bubuh esen vanilla. Pastu campur tepung gandum & tepung kentang. Gaul bagi rata & jadi doh. Doh ni lembik sikit, simpan kejap dlm peti es. Kejap ja dlm 1/2 jam camtu. Pastu buat bulat2 & tekan d...

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak

Image
Hari tu mak letak gambar mak masak asam pedas kat Facebook....dah ramai la plak yang mintak resepi. Jadi untuk menyenangkan kerja Mak maka Mak update kat blog je.....senang kan ? Semua orang boleh tengok dan rujuk. Semua orang yang tak mintak resepi pon boleh rujuk juga.... Tapi sebelum Mak taip resepi nya bagi la can nak membebel dulu.....hehehe. Sebelum ni Mak masak asam pedas ikut cara my mak mertua masak. Simple je, tak der letak daun kesum or bunga kantan. Tapi sedap. Tapi lepas tu mak guna pulak resepi lain yang letak belacan, bunga kantan dan daun kesum....sedap jugak ! Pastu Mak makan pulak asam pedas kat rumah abang ipar....wangi betul asam pedas dia.....rupanya dia letak daun kari ! Menarik kan ? So lepas tu asal mak masak asam pedas Mak pon letak jugak daun kari...dan resultnya memang sedap lah ! So kesimpulan yang dapat mak buat ialah...memang Mak masak sedap lah , no matter what the recipe is, Hahahaha. Jangan marah yer..... OK lah, mari kita tengok resepi Asam Pedas ni ye...