Dari Dapur Janna : Resepi Chapatti

Assalamualaikum....

Baru2 ni saya upload gambar chapatti di Facebook. Gambar tu dah lama cuma baru upload. Dah ada kawan ni mintak resepi chapatti plak. BOleh2...tader masalah, saya memang suka kongsi resepi..lagi2 resepi yang mudah2 jer....

Resepi ni saya dapat dari salah satu forumner di Cari Farum. Lama dah saya jumpa resepi tu. Sapa yang post pon saya tak ingat dah....Apa2 pon thanks kepada forumner tu yang sudi berkongsi resepi.....
So ini lah resipi nya...




 CHAPATTI

Bahan2:

500g tepung atta
secubit garam
1 sudu besar minyak sapi ( kalau xder minyak sapi, boleh guna minyak masak biasa je tp letak dalam 3 sudu besar)
 1 cawan air.

Cara uli :
- masukkan tepung ke dalam mangkuk bersama garam. Kemudian masukkan minyak sapi dan gaul2 hingga rata.
- masukkan air sedikit...sehingga adunan lembut tetapi tidak melekat di tangan. Jika adunan nampak sedikit keras tambah kan lagi air.
- biarkan  doh rehat seketika sebelum mencanai. ( pastikan di tutup supaya adunan tidak mengering)

Cara nak masak :
- uli doh chapatti kecil2 agak2 sebesar bola golf.
- kemudian canai nipis di atas. Tapi jgn nipis sangat.
- panaskan kuali leper. Pastikan kuali betul2 panas sebelum memasak chapatti. Cara nak tahu kuali benar2 panas ialah dengan menabur sedikit tepung, Kalau tepung tu terus bertukar warna jadi perang maknanya kuali dah betul2 panas .
- letakkan chapatti yg telah di canai ke atas kuali. Balikkan . Kemudian tekan tepi2 chapatti dgn tuali kecil . Nanti chapatti akan menggelembung skit.
- balik2 kan lagi , pastu angkat .
- sapukan sedikit mentega pada permukaan chapatti yg masih panas supaya lembut.
- ulang sehingga semua doh habis.


Chapatti sedap di makan dengan kari ayam/ dagin/ kambing atau pon kurma ayam/ daging.  Dengan Keema pon sedap juga !

Selamat mencuba !

note : Tepung atta ni boleh di dapati di supermarket di bahagian tepung2. Kalau di Keningau ni saya biasa beli di Hiap Lee. Tepung Atta ni adalah tepung whole meal so chapatti is a healthy meal. :)

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!