Posts

Showing posts from June, 2017

Perkahwinan itu....

Perkahwinan bukanlah medan untuk bertanding. Siapa yang beri lebih banyak, siapa yang lebih rajin, siapa yang malas, siapa yang lebih banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit. It's not a competition. It's a teamwork. We work together, we complete each other. Jika ada perasaan iri, dengki sesama suami isteri apalah maknanya itu? Ungkit mengungkit serta rasa cemburu dengan kejayaan atau kelebihan masing-masing sepatutnya tidak wujud. Andai semua itu wujud di dalam hubungan suami isteri maka istilah perkahwinan yang membawa maksud perkongsian sudah tidak relevan lagi. Cinta sudah mati.

7 Ramadhan 1438H

Image
Hari ni sudah pon masuk 7 Ramadhan. Sekejap je dah seminggu. Cuti sekolah pon ada seminggu lah juga lagi. Persiapan hari raya saya...well, macam biasa...ala kadar sahaja. Beli baju untuk anak2...kasut..asal ada je. Tak sedondon pon. Tak ada warna tema pon. Hehe. Tak apa. Yang penting anak2 happy...dan ada juga baju baru. Baju baru untuk saya sendiri tahun ni tak ada. Tak excited sangat nak soping untuk diri sendiri. Bila dah umur2 macam ni, diri sendiri dah bukan keutamaan. Dan tahun ni..macam tahun2 lepas juga..beraya di Keningau sahaja. Ntah bila la dapat merasa beraya di kampung lagi. Setakat 7 hari puasa ni kami masih berbuka di rumah...masak sendiri. Kecuali hari Rabu dan Khamis baru2 ni...berbuka di KK. Hari ni mak masak ikan masak sambal cili hidup, sambal goreng dan udang goreng kunyit. Pastu mak arahkan anak2 buat onde2. Tapi onde2 mak kali ni warna pink. Hihi. Takde kaler hijau. Tak apa. Onde2 hipster mak kata. Pastu jiran2 pulak masing2 bagai berjanji...semua p