Posts

Showing posts with the label school

This Is Why.....

Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar Sophea ke sekolah berasrama ( SBP or SMKA or MRSM) , rugi depa kata UPSR 5A tapi hantar sekolah harian biasa je. Well, gini lah...bagi saya yang nak sekolah adalah anak saya. Yang nak belajar nanti pon dia , bukan saya. Jadi di mana pon anak saya nak bersekolah saya kena ambil kira perasaan dan pendapat dia. Memang sedap nak cakap kat orang ..." Owh...anak sulung saya belajar di MRSM...bla, bla ,bla..." tapi apalah maknanya pergi bersekolah berasrama tetapi anak tak gembira belajar di sana ? Saya pula tak suka paksa2 nih Bagi saya kalau nak masuk asrama pon biarlah SBP ataupon MRSM , boarding school la kiranya. Kalau setakat sekolah biasa pastu suh anak dok asrama atas sebab nak suh berdikari...baik tak payah. Tu pendapat saya lah. Lain orang lain pendapatnya. Macam saya sendiri memang tak skolah asrama. I went to two selected schools juga masa secondary school dulu tapi saya tak dok asrama sebab rumah dekat je kan . Tapi sekolah ya...

Macam2 ragam maknosia....

Image
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. “Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di ka...