Posts

Showing posts from February, 2012

Kira rajin lah ni....

Image
Hmmm...kalau nampak kat atas meja tu ada lebih dari dua mangkuk/pinggan hidangan maknanya saya rajin la tu. Kalau tak jangan harap la. Biasa kalu masak kari kepala ikan...itu lah lauk semata2. Dalam tu dah siap ada bendi..tu kira sayur la tu. Kalau masak Asam pedas pon gitu gak. Kalu rajin skit saya buat la sambal tumbuk menambah selera. Tapi lauk lunch kat dalam gambor tu simple2 jer .Ayam goreng, ikan tenggiri goreng ( sekeping je pon ) ,sayur kacang panjang goreng, pastu sambal telur hancur..... Yang pasti anak2 cuma makan nasi + ayam goren + kicap jer.

Gigi berlubang boleh di tampal,, Jalan berlubang ????

Image
OK , marilah kita cerita what we did last week. Minggu lepas kami sekeluarga telah pergi ke Sandakan. Bertolak dari Keningau hari Ahad. Eh, buat apa pergi Sandakan ? Bukan cuti sekolah pon. Actually, anak2 saya Sophea dan Laila ada pertandingan Squash MSSS Peringkat Negeri. Depa wakil bahagian Pedalaman lah kiranya. Dah alang2 buat di Sandakan...nama suami pon masuk sekali dalam team kami pergi la semua. Sambil bawak anak2 main sambil boleh jalan2 rumah adik saya Siti Aisyah. Keningau - Sandakan ni kalau naik kereta + berenti makan 2 kali ambil masa 6 jam jugak nak sampai. Itu kalau saya tak lalu KK....6 jam tu kalau saya lalu jalan Tambunan - Ranau, kalau lalu KK....kena la tambah lagi 2 jam ( 6 jam + 2 jam = berapa murid 2? ) , mahu tak cramp bontot saya ? Bontot dok cramp2 tu bukan lah sebab utama nye naik kereta untuk jalan jauh, tapi sebab jalannye banyak lubang, jadi otot bontot otomatik mengemut bila nampak lubang, asal nampak lubang kat jalan , kemut, nampak lubang kemut,haru

So true

Image
Hit me on the face, big time.

Tak Pandai.

Saya rasa sekarang saya sudah tidak pandai meluah. Apa saja rasa sedih dan ralat terlekat je di dalam hati. Haish.

:)

Belom berjumpa mood untuk meng'update' blog. Mungkin sebab masih penat, mungkin juga sebab perut lapar, hehehe.. mungkin juga sebab pagi ni lagi dah kena tinggal dengan incik suami. Dia ke Beaufort pulak. Ahad kot baru balik. Banyak yang nak cerita sebenarnya. Tapi tak apalah...nanti bila dah jumpa mood kita cerita . OK . Nak pegi pasar kejap. Cari lauk.

Mogok Lapar ?

Ehh...tak la. cuma Saya ada satu masalah laa... Haish. cemaner nak buat ye ? Saya ni lapar. Tapi saya malas nak makan. Pelik kan ? Saya malas nak makan apa yang saya masak je. Saya memang masak tapi for the sake of others. Tak masak kang orang lain lapar plak. Jadi saya masak la jugak. Tapi bila dah siap masak, saya tak der mood nak makan. Perut kemain berkeriut keriot.. Tangan plak dah gigil2 tapi degil gak takmo makan. Apa punya penyakit lah. Haish.

A big lost. Al- Fatihah.

Image
Sebentar tadi, sedang saya lena tidur tiba2 hand phone saya berbunyi. Saya terus bingkas bangun. Nasib baik la telefon di atas meja kopi je kalau tak harus la saya menggagau mencari fon entah di mana. Sebab kebiasaannye memang saya suka letak henfon merata. Sebaik sahaja saya melihat skrin telefon nama sepupu saya Adrina tertera. Terus saya rasa tak sedap hati dan mengagak that it's going to be a sad news. And I was indeed right. My beloved uncle Ayah Di has peacefully departed. I choked. Ayah Di had been battling with prostate cancer for past 6 years (plus) and through all the years he had been a fighter and he fought to the end. Ayah Di....we're all gonna miss you...gonna miss you smiles....your jokes......your spirit. " Betapa kita berbangga dgn kedudukan kita hari ini, pasti ia ada sejarahnya, justru sedar lah diri dan bersyukur kepada allah swt " - (Adi Taha, April 2010) Dato' Dr. Adi bin Tah a Mantan Ketua Pengarah Jabatan Muzuim Malaysia. ( 3 Ogos 1951-

Sila Letak la Tajuk Sendiri.

Image
Sejak dua menjak ni aktiviti anak2 yang besar penuh sungguh setiap hari. Pagi3 kol 6.30 dah gi skolah, balik skolah makan2, solat, siap2 plak nak gi trening squash kol 3. Dekat2 pukul 6 baru sampai rumah lagi. Kena rush plak suh solat asar. Kalau Mak tak bising2 tak solat lah. Pahtu siap2 mandi and solat Maghrib dah nak mengaji plak. Actually, lama dah budak2 ni tak mengaji. Yasmin yang 6 tahun tu pon tak mengaji sepatah huruf pon lagi. Ehh...ada jugak dia mengaji di skolah tapi bukan setiap hari la.....jadi saya ni susah hati la....dok fikir nak hantar budak2 ni ngaji kat mana laa....dulu2 ada mengaji dengan sorang ustaz ni...member encik suami la jugak, pastu sejak dia ada anak kecik...dia jadi tak berapa nak sempat mengajar. Asik kensel je ..ehehehe. Last2, pikir punya pikir.....saya saja lah yang ajar. Hahaha. Saya ni bukan la tokleh ngajar anak ngaji, bulih sangat...setakat mad2....hukum tajwid yang 5 tu....insyaAllah bulih laa...cuma malas and nak mudah je ..... Hehehe. Jadi set