Posts

Showing posts from June, 2012

Berdikari

Kita ni kena belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain. Orang lain tu siapa? Siapa2 lah, kawan ke...keluarga ker... Apa2 benda, pekerjaan selagi boleh kita buat la sendiri walaupon susah macam mana pon asal tidak menyusahkan orang lain. Biarla kita tunggang tebalik...makan tak sempat, mandi pon tak dan asal semua kita buat sendiri. Orang lain pon ada kerja jugak. Saya pon kena belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain.Kita susah tak apa, jangan orang susah kerana kita sudah. Ingat tu. Yelah..takkan nak makan pon kita kena harapkan orang untuk suap kan ? Betul tak ? Hehehe.

Fate

Baca paper hari ni ( setelah sekian lama tak beli paper) Jalani Sidek dah bercerai dengan Raja Azmi after 28 years of marriage. Siapa sangka kan ? Dah kawin bertahun2 akhirnya bercerai juga... Bukan sekejap2 28 tahun tu...anak2 pon dah dewasa...ada yang dah kawin..malah dah ada cucu pon. Tapi, ini lah yang di katakan takdir. Allah dah tulis bahawa jodoh mereka berdua setakat itu sahaja. Kita pula macam mana ? Apa yang menunggu kita di masa depan kita tak tahu. Cuma apa yang boleh kita buat live life to the fullest. Buat la sebaik yang mungkin, usahalah sekuat yang boleh...jadi, walau apa pon yang menanti kita di depan sana ...insyaAllah kita takkan menyesal. InsyaAllah kita akan mudah redho walau apa pon ujian dan ketentuan Allah s.w.t.

Possible.

Saya dah ngantuk sebenarnya tapi masih tak boleh nak tido. Kena siapkan dua biji kek lagi sebab orang nak amek esok pagi2. Macam ni lah nak cari rezeki. Tido lambat, bangun awal.  Tido lambat tu biasa sangat dah...dari zaman single mingle lagi memang suka tido lambat. Tapi bangun awal tu...dah kawin2 ni baru la reti bangun awal. Rasa nya lebih kepada terpaksa. Hahaha. Dah ada anak2 sekolah ni lagi la . Nak2 tahun ni semua anak2 skolah pagi. Seriously tak pernah sangka saya boleh buat semua ni. Dulu2 rasa macam impossible je. Tapi bila keadaan dah memaksa, mau tak mau kena la buat jugak kan. Lama2 ok lah....dari tak pandai masak..skang ni buat bisnes kek, hahaha, sapa sangka kan ? Dulu2 nak kena orang kejutkan pagi2 baru la bangun,skang ni saya la yang jadik tukang kejut orang bangun pagi2 plak. hehehe. p/s : benci betul tengok drama Korea nih...bikin panas jee..tp nak tengok jugak! Hehehe.

Kesian anak mak...

Image
Hehehe......

Hi There!

Sejak dua menjak ni malas nye lah nak update blog. Tak tahu la kenapa. Tapi tu la...terasa sayang juga kalau di biar je blog ni tak berupdate, bukan apa..dah lama dah buat blog ni....in fact, bulan 7 ni dah nak anniversary ke - 7 dah pon ambe berblogging. But lately memang tade feel langsung nak update apa2. Yang saya perasan dulu2 masa anak2 masih kecik dok bergantung selalu jugak update. Ada je idea. Kalau tader idea pon blog ni jadi tempat melepas stress. Hahaha. Asal stress...tensi ke...mula la update kat blog. Hmmm...mungkin juga sebab sekarang ni dah kurang stress sebab anak2 dah besar ? Adakah saya kena beranak lagi supaya saya boleh ada idea untuk update blog ? Ish3...tak boleh terima la idea tu. Bukan lah anak2 bila dah besar ni tiada la hal menarik yang boleh di cerita...dah makin besar2 lain plak perangai diaorang ni...tp tula...memang saya sendiri yang kekeringan idea nak menaip. Malas pon yer jugak . OK la..mari la cerita skit..hari ni hari amek report card anak2 di SK Pas

Thanx For Coming Cuzzie !

Semalam rumah saya di kunjungi tetamu. Tetamu jauh. Wah, macam la jauh bebenor. Actually, sepupu saya Wanee and her husband Russel datang. Diaorang datang ngan family Russel sekali - Uncle Ricky, Auntie Kathy, Ray ( adik Russ) and adik bongsu Russ yang saya tak ingat nama nya. Saya masak simple2 jer...tomyam campur, ikan kerapu sweet sour , ikan tenggiri goreng and telur dadar. Simple sungguh. Tapi tu la...bila dah lapar ni lauk simple pon boleh jadi sedap, Hehehe. Seronok tengok tetamu makan bertambah...duduk jauh2 ni macam ni la...jarang di kunjungi tetamu dari kalangan saudara mara...Jadi bila ada yang datang tu suka la sangat. Gambar tak ada sebab lupa nak amek gambar. Hahaha. Sabor ajelah. P/S : hari ni rasa mcam nak makan bubur candil jer..

Apa Khabar semua ?

Image
Owh lama sungguh tak update blog. Semua nya sebab internet breakdown. Mesti anda semua dah rindu dengan saya kan ? Hahaha. Owh perasan sungguh. Anyway...skang ni dah di penghujung cuti skolah. Sepanjang 2 minggu cuti skolah ni kami cuma ke KK je...2 kali. Nak ke KK pon terpaksa tengok jadual order kek saya. Ye la..kalau ada oder tak dapat la nak berjalan. Kesian jugak dengan anak2 . Tapi dapat jugak la kami bawak anak2 jalan2. 3/6 tu ada kenduri kawin kawan cik abang di Tenom, so kami pegi la sana...dah lepas dah makan tengahari...hahaha, sedap2 pulak tu lauk pauk nya, dari Tenom terus kami menuju ke Sipitang. Ater tak penah sampai Sipitang lagi kan....so walau pon tade la apa yang menarik sangat dengan Sipitang ni tapi sekurang2 nya kalau orang tanya tu...dah sampai la jugak Sipitang nih. Sampai Sipirang jalan2 kat Esplanade pastu benti makan Satay. Kawasan di Esplanade ni cantik...elok sebab masih baru lagi....kalau nak lepak2 amek angin pantai memang best sangat,cuma saya