Mode Wakil Rakyat.
Betul la orang kata, banyak berjalan luas pengalaman. Semasa kami berjalan2 ke Brunei melalui jalan darat saya dapat perhatikan perbezaan keadaan jalan raya di Brunei dan Malaysia ( Sabah dan Sarawak) . Kalau travel ikut udara mungkin kita tak nampak sangat, tapi bila travel ikut jalan darat ni macam2 kita boleh nampak dan perhatikan. Dari Keningau ke Miri kami kena ikut laluan2 ni Keningau- Sindumin (Sabah)- Merapok (Lawas,Sarawak) - Temburung (Brunei) - Limbang (Sarawak)- Bandar Seri Begawan - Tutong ( Brunei)- Seria (Brunei)- Kuala Belait (Brunei )- Sungai Tujuh ( Miri, Sarawak ) - Bandar Miri. So mahu tak mahu kalau ikut jalan darat memang nak kena keluar masuk Malaysia Brunei lah. Apa yang perhatikan kalau kita drive tu asal kita nampak jalan tu kecik, ada pecah2, jalan nya tak rata, tiada lampu jalan, kita boleh tahu yang kita sekarang sedang memandu di jalan raya di Pedalaman atau kawasan kampung di Malaysia. Tapi asal je kita nampak jalan raya yang lebar, a...