Dari Dapur Mak Janna : Poori dan Kentang Masala
Sejak musim PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ramai dari kita yang mengambil kesempatan untuk mencuba bermacam2 resepi. Kalau tengok di Facebook tu macam2 menu yang naik. Tapi Mak suka sebab kita boleh bertukar2 resepi, boleh juga memberi idea kepada orang lain yang dah buntu nak masak apa. So hari ni mak telah cuba buat Poori. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah memberi idea kepada Mak. Cuma yang mak perhati ada bermacam2 versi resepi Poori ni. Being me yang mesti nak buat macam yang original so mak telah search banyak resepi dan mak banding2 kan semua resepi2 tu. Rupa-rupanya cara nak buat Poori ni sama juga dengan cara nak buat Chapatti, cuma beza nya chapatti di masak di atas kuali tanpa menggunakan minyak sementara Poori di goreng dengan minyak yang banyak. So marilah Mak kongsikan resepinya di sini. Poori Bahan2: - 500g tepung atta - secubit garam - 3 sudu besar minyak sapi / minyak masak biasa pon boleh - air secukupnya - 2 cawan minyak un...