Fishing Trip at Kampung Binsulok
Aduhai, baru la ada masa nak update kisah kami pergi memancing santai santai di Kampung Binsulok, Kuala Penyu. Perginya dah lama...time cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Tapi baru sekarang nak cerita. Yang pegi cuma Umar, Lin , Nana dan kami berdua. Sebabnya pondok yang kami nak menginap tu kecik sangat dan risau jugak kalau ramai2 masuk kang runtuh pulak pondoknya nanti. Hahaha! Kan dah satu kerja . Makanya tinggal lah Kakak, Angah dan kak chik kat rumah. Lagipon Angah kerja. Kami bertolak pada hari Jumaat. Cik Abang bawa kereta pon rilek2 je. Tak ada la nak rush2 sangat. Takkan lari gunung dikejar gitu.. hehe. Berpandukan map yang diberi kami pon terus lah ke sana. Turun Kimanis melalui Bongawan, kemudian masuk ke jalan kampung tembus sehingga Pantai Pimping. Cantik pantai nya. Macam jalan pantai di Terengganu. Ada beberapa gerai kecil yang menjual jagung bakar di tepi tepi jalan jadi kami pon tak melepaskan peluang untuk beli beberapa batang jagung bakar. Sedap dan mani...