Posts

Showing posts with the label jalan2

Fishing Trip at Kampung Binsulok

Image
Aduhai, baru la ada masa nak update kisah kami pergi memancing santai santai di Kampung Binsulok, Kuala Penyu. Perginya dah lama...time cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Tapi baru sekarang nak cerita. Yang pegi cuma Umar, Lin , Nana dan kami berdua. Sebabnya pondok yang kami nak menginap tu kecik sangat dan risau jugak kalau ramai2 masuk kang runtuh pulak pondoknya nanti. Hahaha! Kan dah satu kerja . Makanya tinggal lah Kakak, Angah dan kak chik kat rumah. Lagipon Angah kerja.  Kami bertolak pada hari Jumaat. Cik Abang bawa kereta pon rilek2 je. Tak ada la nak rush2 sangat. Takkan lari gunung dikejar gitu.. hehe. Berpandukan map yang diberi kami pon terus lah ke sana. Turun Kimanis melalui Bongawan, kemudian masuk ke jalan kampung tembus sehingga Pantai Pimping. Cantik pantai nya. Macam jalan pantai di Terengganu. Ada beberapa gerai kecil yang menjual jagung bakar di tepi tepi jalan jadi kami pon tak melepaskan peluang untuk beli beberapa batang jagung bakar. Sedap dan mani...

Kokob Rafflesia Conservation Garden, Ranau.

Image
 Baru baru ni suami Mak bawa kami semua bercuti ke Kundasang. Kebetulan kakak ipar pon datang ke Sabah bercuti dengan keluarga so kami pon join la sekali. And kali ni Mak berpeluang untuk tengok bunga Rafflesia secara live! Seronok sungguh. !  I have lived in Sabah for almost 19 years but never once I got the chance to see the biggest flower in the world with my own eyes.  Tempat yang mak pegi tengok #rafflesia hari tu namanya Kokob Rafflesia Conservation Garden . Ia terletak kira kira 6km dari pekan Ranau. Tak jauh mana cuma jalannya memang kena lalu kampung orang.  Mula mula sampai tu terkejut jugak sebab tengok sampai kat rumah orang. Ingatkan salah tempat sebab tak macam garden pon. Hehe. Tapi rupanya memang dah betul. Lepas dah tulis nama dan bayar RM10 seorang tuan rumah tu yang juga merupakan pemegang amanah untuk menjaga Rafflesia ni pon bawa la kami masuk hutan di tepi rumahnya sahaja. Mak dah risau dah kalau masuk rainforest ni...takut ada binatan...

Balik Kampung 2018

Image
Tahun lepas kami balik kampung lewat sedikit dari pada biasa. It is because we had to wait for Sophea untuk selesai menduduki peperiksaan SPM. Tapi kami pos dulu 3 beradik balik kampung ( Nana, Kak Chik and Angah). And a week after that baru lah Mak balik berempat dengan Kakak, LinLin dan Umar, Ayah pulak terpaksa balik lewat sikit only after he finished his job in Brunei, Balik asing- asing semua dan balik kali ni pon tak lama. Dok di KB pon cuma seminggu je, Haish, Apa boleh buat, Banyak juga senarai makanan yang tak sempat kami makan, Hihihi, Itu pulak yang difikirnya, Well, makan2 ni memang salah satu agenda utama tiap kali balik kampung, Alhamdulillah juga kami sempat pergi bercuti sekejap di Cameron Highland , we spent a night there on our way back to Kota Bharu. Jadi lah, Sempatla jugak melawat ladang teh. Pengalaman lah bagi anak2, On our way back to Pulau Indah pula kami ikut Terengganu , and itu pon kami bermalam sekejap di Kuala Terengganu, setelah di paksa oleh my ...

Long Weekend

Lama sungguh tak post apa apa entry di blog ni. Hari ni rasa macam nak cerita pasal cuti hujung minggu yang panjang baru baru ni. Bulan September ni banyak betul cuti umum yg bersambung dengan cuti hujung minggu. Macam minggu yang sebelum ni cuti Hari Kebangsaan jatuh pada haru Jumaat...minggu ni pula cuti Haru Keputeraan YDPA jatuh pada hari Ahad,maka hari Isnin nya di kira cuti umum ganti. Kemudian bersambung pula dengan cuti tahun baru Hijriah, 1 Muharram pada hari Selasa. Maka straight la cuti 4 hari. Ramai la yang ambil kesempatan untuk berjalan2. But too bad for us tak dapat nak ke mana2 sangat. Sabtu Ahad saya ada order kek, suami pula ada pertandingan badminton hari Sabtu tu. Ahad pula dia ke KK dan balik hari Isnin. Tu pon matahari dah tenggelam baru sanpai rumah. Hari Selasa pagi pula anak2 yang exam UPSR dan SPM ada kelas tambahan. Maka petang di hari terakhir cuti hujung minggu yang panjang tu baru la kami semua dapat berjalan. Encik suami ajak kami ke Rabbit Farm d...

Tagal Kampung Kinolosodon, Papar.

Image
Oh, lupa pula saya nak tulis pasal cerita kami pergi ke Tagal Dolungan Sumbiling, Kg Kinolosodon di Kimanis. Eh, apa tu? Panjangnya nama? Hehe. Ok, mari la kita cerita satu-satu. Tagal ni maksudnya ' tidak boleh memancing'. Mana2 sungai yang sudah kena tagal ni maknanya kita memang tidak dibenarkan memancing kat situ. Tujuannya adalah untuk menjaga stok ikan di sungai tu. Eh, stok la pulak....kira macam nak jaga populasi ikan di sungai tu. Haa..macam tu la. Tapi tak silap saya dalam sekali setahun akan ada satu hari khas akan diperuntukkan di mana orang ramai akan dibenarkan untuk menangkap ikan. Tak kira nak pancing ke, nak jala ke..atau nak sauk2 je tak kisah. Tak silap saya laa...kalau salah tolong betulkan ye? Sebenarnya di Sabah ni ada banyak juga sungai sungai yang kena tagal tapi yang paling popular dan boleh kata paling ramai dikunjungi oleh orang ramai ialah di Kg. Luanti, Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu tu kira-kira 2 jam naik kereta..ataupon mungkin lebih. Bo...

Temasek : A Visit.

Image
Meh la saya cerita masa saya pegi ke Singapura baru2 ni. Sebenarnya dari tahun lepas lagi kami merancang nak ke Singapura tapi tahun ni baru la betul2 jadi.  Anak2 dan Cik Habang memang tak pernah sampai lagi dan saya sendiri pon dah lamaaaa tak ke sana juga. Kami pegi naik keretapi hari Selasa malam Rabu (27/11). Aduhai...keretapi pon kami dah lama tak naik juga. Dapat plak tempat duduk je so lenguh nya boleh tahan la jugak. Kalau dapat tempat tido best la sikit...at least2 goyang2 ketapi tu boleh la kami imagine macam goyang2 tido dalam buaian.  Hehehe. Suami saya bawak mak nya sekali...jalan2 kenal tempat orang. Lagi pon Mak pon tak pernah juga lagi sampai Singapura. Kami sampai di Woodlands Checkpoint pagi2 lagi. My eldest sister, Kakak  and my niece Ann yang jemput and bawa kami balik naik teksi. Sampai rumah Kakak lepas sarapan Cik Habang dan mertau sambung tido. Hehehe. Lepas solat zohor terus kakak bawak kami jalan2. Kat sini kami jalan2 dengan MRT je. OK je...

Hotel Transylvania : The Review......dan cerita2 lain.

Image
Cewah! Tajuk macam pengkritik filem profesional jer. Hehehe. Ini review from my point of view la yer. Orang lain saya tak tahu. So yes, Jumaat baru2 ni kami ke KK dan telah berjaya jugak tengok cerita ni. Tapi sebelum saya proceed dengan ulasan saya pasal movie ni meh la nak cerita sikit kisah2 sebelum dapat menontonnya. Lepas dah check in di Hotel Transylvania   Tang Dynasty Park Hotel kami pon terus menuju ke Suria KLCC..ehh...silap Suria Sabah. Sampai sana makan dulu sebab perut kami semua dah masuk angin pasal lambat makan pastu pusing2 skit dan terus pegi solat di surau. Alang2 dah nak dekat Maghrib terus la tunggu dan solat siap2. Senang hati bila dah selesai solat semua. Sebelum tu Cik Abang dah kata, kalau saya siap dulu tak payah tunggu dia dan dia suruh saya terus naik tingkat 8 pegi GSC. So bila dah selesai tu kami pon tanpa berlengah terus la naik atas, and terus la pegi kaunter tiket....and terus la beli tiket untuk 4 orang budak2 dan 2 orang dewasa.  Semua ...

Trip to Miri/Brunei (15-17 September2012)

Image
Seperti yang saya janji kan skang saya nak cerita la pasal our short trip to Miri and Brunei. Kalau anda semua nak tahu after 12 years in Sabah ni la first time kami ke Brunei dan Miri. Tak apa lah asal sampai la jugak. Bukan apa, alang2 dah berada di Borneo ni kalau boleh nak la sampai ke tempat2 menarik dan utama di Borneo ni. Kalau pon tak dapat pegi semua dapat pegi ke sebahagian tempat pon jadi lah.  Plan nak ke Miri dan Brunei ni sebenarnya dah lama ada cuma kali ni la baru dapat direalisasikan. Mula2 nya kawan2 yang lain tak dapat nak pegi sebab ada hal lain, tapi ntah macam mana last minute jadi pulak kita orang konvoi ramai2. Bukan apa, seronok kalau berkonvoi ni. Kan ? Our rides :) So hari Sabtu 15/9 tu kami pon bertolak la dari Keningau ni kira2 jam 9 pagi. Route kami ialah Keningau  > Tenom > Sindumin > Lawas(Sarawak) > Temburung (Brunei) > Limbang (Sarawak) > Bandar Seri Begawan (Brunei) > Miri . Ha tudia..nak kena keluar masuk ...

Makan2.

Image
Biasa nya saya kalau balik kampong ni mesti ada misi. Misi untuk makan apa2 jenis makanan yang tentu nya tak dapat di makan di Keningau atau di KK. Jadi agenda makan2 ni memang agenda wajib lah. Tak kira la makan kat luar ke…kat rumah ke…sorang2 ke..ramai2 ker… Kalau balik Kelate it is mandatory untuk pekena nasi belauk for breakfast. Mesti! Tidak dapat tidak bak orang Arab kata. So kalau dah ramai2 ada kat rumah my mom tu….anak2 cucu2 semua balik seolah2 macam dah set2 ikut turn dah…pagi ni sapa beli brekfes…besok sapa plak yang beli . Bergilir beli brekfes yer kawan2…bukan bergilir buat brekfes. Hehehe. Kalau pegi ke Pasar Kubang Pasu tu….semua ada. Nasi Belauk, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Kuning, Laksam Laksa, Mee goreng lah…mihun lah…satay pon ada…kuih muih toksah cerita laaa…..macam2 jenis macam2 kaler ada. Memang meriah. Saya rasa la...di Kelate je kot macam ni. Bukan apa…hari tu saya ada la pegi ke pasar di Pandamaran, Klang ni. Pegi pagi2 sebab nak beli ikan fresh…so ada...