Posts

Showing posts with the label Makan2

Hari Itu Dalam Sejarah.

Image
Ni nak cerita ni...cerita haru dan sedih.  Hehehe. Masa cuti skolah baru2 ni cik abang ajak la pegi ke KK. Plannya nak pegi...pastu tido satu malam pastu esok nya balik lah. Saja jelah..bawak anak2 jalan2. Mak ni bukan apa sangat pon..mak ni kalau pegi KK, nak makan je. Sebab ada banyak pilihan tempat makan yang best2 dan sedap2 dan tak ada di Keningau. Hehe. So masa hari kejadian tu kami semua pon bersiap2 la nak ke KK...packing baju apa semua. Sampai je KK kami semua dah kelaparan. Tapi sebelum pegi makan Mak singgah la kejap beli barang2 kek sikit....pastu Ayah plak singgah ofis Maa Takaful nak submit borang.  Selesai semua urusan penting maka kami pon bersemangat la nak pegi mengisi perut. Lapar giler dah semua ni . Perut kita orang semua dah menyanyi2. So cik abang kata kita pegi 1B la...so ok la. ke 1B la kita semua.... Mak pon berpikir2 la nak makan apa...sambil wajah tersenyum2 bahagia...sedapnya kalau boleh makan Nando's...Chicken Rice Shop pon sedap juga. T...

Nasi Arab/ Nasi Mandy Kambing

Image
Sejak makan nasi arab di restoran sahabat saya Amelia dan Nazli di Melaka hujung tahun lepas ( Restoran Nasi Beriani Haji Thamby, Padang Temu) kami anak2 beranak dah jadi kemaruk haaa... nak makan sokmo. Tapi di Keningau ni mana la nak cari ...memang tak ada orang jual pon. Di KK ada la jugak ....tapi yang saya tahu di Grace Point je..... So bila terasa nak makan memang la kena buat sendiri. Sedap sangat tu...tak la jugak, tapi boleh la kot....incik husband kat sedap, anak2 pon suka.....ok la kan ? Ada la beberapa kali buat nasi arab ni. Mujur la bahan2 nak buat senang di cari dan ada di jual di Keningau ni. Masa buat solat hajat untuk Sophea periksa UPSR baru2 ni pon saya buat nasi arab. Siap hidang dalam talam lagi....hehehe...pastu masa raya haji baru2 ni pon Cik abang suruh saya buat nasi arab jugak.....mula2 tu memang rasa macam susah nya nak buat nasi arab ni..tapi bila dah cuba buat 2 kali rasa macam ok laa....tade la rumit dan renyah sangat buat nasi arab nih.... Itu jel...

Minangkabau Cuisine, Kota Kinabalu.

Image
Semalam Cik Abang ajak ke KK, nak hantar borang nak mintak tiket free kekdahnya. Aduhaii....baru nak hantar borang haa..orang lain dah dapat waran dah pon. Lupa pulak nak tengok tarikh untuk balik tu Cik Abang isi berapa haribulan. Pergi kali ni bawak Nana and Kak Chik. Kak Chik demam sebenarnya tapi sebab tak ada orang yang boleh nak jaga and tunggu budak2 ni kat rumah maka terpaksa la heret je sekali pegi KK demam2 pon. Sempat la berhenti kat tepi jalan sekali bersihkan muntah Kak Chik. Dah selesai hantar borang kami singgah rumah di UCA2 kejap. Boleh la rehat2 luruskan tulang belakang. Hehehe. Lepas dah selesai solat apa semua kami pon balik la....tapi singgah dulu cari barang2 kek sikit. Yela...alang2 dah turun KK ni kan. Selesai cari barang kek Cik Abang pon beriya la ajak saya makan. Dari hari tu lagi dia dok cerita kat saya pasal tempat makan yang baru dia pegi masa bertugas untuk SAGA baru2 ni lah. . Kawan sewasit juri nya jugak yang bawak..so dia memang dah janji kalau ke KK n...

Cerita Roti Jala

Image
Apa khabar semua ? Wah ! Baiknya Mak hari ni siap bertanya khabar. Hehehe. Tak apa la kan. Apa nak cerita ni ya....Oooo...baru ingat. Hari tu Mak terasa nak makan roti jala. So tenghari tu mak masak la kari ayam, plan nya nak makan roti jala tu for dinner, tengahari makan nasik. Sekarang ni Mak dah boleh masak dah. Alhamdulillah tak ada alahan sangat. Gitu2 je. Tapi boleh di katakan macam tak alah langsung dah. Tapi my cik abang masih mengalami alahan. Hihihihi. Kesian dia. Sekarang ni dia dah tak boleh minum teh ke, kopi ke, milo ke...yang ada campor susu nanti dia rasa loya2 dan muntah2. Aduhai....so sekarang ni kat rumah kena sentiasa ada stok air buah..macam air Tropicana Twister tu....haaa...kalau gi minum kat kedai pon mesti dia order air tembikai atau pon fresh orange. Eh, cerita pasal benda lain pulak. OK, berbalik kepada cerita Mak nak makan roti jala tu kan...so malam nye lepas solat Maghrib mak pon masuk la dapor nak buat roti jala. Walau pon masa tu perut Mak memang d...

I guess, it's in my blood.

Image
Sejak balik dari kampung hari ni baru la saya masak. Hehehe. Apa la pemalas sangat saya ni kan. Cuba la contohi Ana Suzana tu....pegi holiday ke Paris pon siap bungkus bawak 'dapor' dia dalam beg haaa...gigih sungguh. Kalau saya tader laaa...sila la dok diam2 kat umah ye dapor...tak kuasa saya nak hangkut semua bawak pegi holiday. Hehehe. So tengahari tadi saya masak lauk Sardin Cap Ayam dengan telur dadar je....tapi makan sungguh la berselera. Sekali sekala makan lauk macam ni memang sedap kan ? Malamnya pulak saya buat daging goreng. Letak bawang besar, letak kacang panjang...pastu makan panas2.  Itula lauk semata tapi semua habis licin ! Bangganya la dengan diri sendiri.  Nasi kat periuk pon habis ....baguss...tiada pembaziran. Hihihi. Saya ni... kalau buat daging goreng ni....mesti teringat dekat mak mertua saya. Dia sangat la suka makan daging goreng yang saya buat ni. Baru2 ni masa balik kampung pon saya ada masakkan untuk lunch...punya la berselera mak m...

Durian Crepe

Heyy....! Saya tak buat la durian crepe....! Saya cuma nak cakap je sekarang ni memang trend orang makan durian crepe kan...Rata2 dok cerita pasal durian crepe. Hebat sungguh penangan nya ya. Saya sendiri belom cuba pon lagi tapi dah ada orang mintak saya buatkan. Aduhai....cemaner la nak buat, resepi pon tak ada. Lagipon kat sini sekarang durian tak banyak. Bila tak banyak harganya pon amatlah mahal. Hari tu ada la beli sekali kat jalan lama Papar tu...3 biji je beli 78 hengget ko! Tu pon blom tentu elok isinya. Tapi nak makan punya pasal pejam mata jela. Tapi lepas tu tak beli dah...tunggu balik kampung la kalau nak makan. Tak lama lagi dah nak balik pon. Tu yang tak sabar nak balik kampung ni! Hmm....sebut jugak pasal kampung dalam entry ni. Obvious kan ?

Pisang Goreng Cheese

Image
Anda penah dengar pisang cheese? Pernah makan ?Saya pernah. First time saya makan ni di gerai kawan saya -Kak Sheri. Mula2 tu rasa macam pelik juga, yelah...pisang goreng cheese...sedap ke? Masuk ker?Sekali bila dah rasa sedap rupanya ! I guess fried banana fritters and cheese is not a weird combination after all ! Cuba lah rasa.