Posts

Showing posts from September, 2018

Long Weekend

Lama sungguh tak post apa apa entry di blog ni. Hari ni rasa macam nak cerita pasal cuti hujung minggu yang panjang baru baru ni. Bulan September ni banyak betul cuti umum yg bersambung dengan cuti hujung minggu. Macam minggu yang sebelum ni cuti Hari Kebangsaan jatuh pada haru Jumaat...minggu ni pula cuti Haru Keputeraan YDPA jatuh pada hari Ahad,maka hari Isnin nya di kira cuti umum ganti. Kemudian bersambung pula dengan cuti tahun baru Hijriah, 1 Muharram pada hari Selasa. Maka straight la cuti 4 hari. Ramai la yang ambil kesempatan untuk berjalan2. But too bad for us tak dapat nak ke mana2 sangat. Sabtu Ahad saya ada order kek, suami pula ada pertandingan badminton hari Sabtu tu. Ahad pula dia ke KK dan balik hari Isnin. Tu pon matahari dah tenggelam baru sanpai rumah. Hari Selasa pagi pula anak2 yang exam UPSR dan SPM ada kelas tambahan. Maka petang di hari terakhir cuti hujung minggu yang panjang tu baru la kami semua dapat berjalan. Encik suami ajak kami ke Rabbit Farm d