Posts

Showing posts from March, 2012

Bangun Lambat di Hari Jumaat...haish.

Hari ni mak bangun lambat. Kol 6.30 baru sedar. Haish. Kalau kat semenanjung bangun kol 6.30 memang sempat lagi....tapi dah nasib dok Sabah, matahari terbit kat sini dulu. Maka tak pergi skolah la anak2. Pepandai je mak bagi cuti. Cemaner la boleh tak sedar, selalu nya ngam2 kol 5 sebelum jam bunyi mesti otomatik mata terbukak. Ke sebab sakit kepala sangat malam tadi ? Tu lah. Tido awal sebenarnya, belom kol 12 dah tido pasal sakit kepala yang amat. Sampai rasa macam nak tumbang. Itu yang terus pegi menumbang kan diri kat tilam tu. Selalu selagi tak lepas kol 12 tak reti2 nak tido..hehehe. So lepas dah bangun tu terus pegi pasar. Dari semalam lagi dah pasang niat nak beli sekor lembu .Ehh....ekor lembu jer. cadang nye nak buat sup lah. Sekali dah sampai pasar, tengok2 jangan ke ekor lembu, orang yang jual daging lembu pon tader ! Memang tader rezeki betul la .....so kita beli ikan ajelah. Beli sayor skit. Pastu beli komik plak. Lepas beli komik beli nasi lemak. Pastu dok memutar tak ta

TomYam Seafood/Ayam

Image
01Ni haaa....ada orang minak resepi tomyam la pulak nih. Ramai sungguh peminat.Hahaha. Nampak gaya blog akak ni dah jadi blog resepi la pulak. Tak apa lah. Kepada Puan Lizzy Bardott, ini adalah resepi tomyam yang akak guna la. Akak tak guna pes yer...yang kiub ker...yang pes2 tu ke...memang tak guna. Dulu2 zaman baru2 pandai pegang senduk ni pes2 tu memang my bestfren lah. Tapi sekarang tidak lagi. Cuma kiub pati ayam je yang masih jadi my bestfren. Ok lah, tanpa kita berlengah2 lagi mari kita tengok bahan2 nyer yer... Tom Yam Seafood Bahan2 : 3 ulas bawang putih -di ketuk 5 ulas bawang merah - di tumbuk. 5 batang serai - di ketuk 7 helai daung limau purt -di koyak ( sejak bila aku jadi org Teganu neh ? ) ( kena ketuk, kena tumbuk,di koyak2, memang macam bergadoh) 1inci galangal ...eh apa tu ? lengkuas ....( sambil belajar masak, sambil belajar English, amacam ?) 3 keping asam keping sebiji asam limau nipis ( orang Sabah panggil limau kapas) air seperiuk 9 bijik cili padi ( berapa2 y

Bayam Masak Lemak

Image
My cousin yang cumil request suruh letak resepi Bayam Masak Lemak. So saya pon nak letak la nih. Tapi sebelum ni nak bagi tahu la...resepi ni saya main agak2 je. Pastu plak saya tak tahu la resepi original macam mana sebenarnya. Sebab kalau Ma saya buat pon ,saya tahu makan je. Hehehe. Untuk resepi ni saya main belasah je letak itu ini. Senang je wat masak lemak ni, tade tumis2 apa, Semua main masuk je terus dalam periuk. Cuma kena rajin kaco2 skit sebab tanak bagi santan nye berketul2. Sorila gambar tak berapa merembes sebab pakai kamera fon je kan Bayam Masak Lemak (My style) . Bahan2: - Sayur Bayam satu ikat ( Kalau saya seikat ni saya sorang pon boleh habis. Lagi pon dah memang sifat bayam ni pulak, masa lom di masak kemain kembang , nampak macam banyaaaakkk sangat ,alih2 bila dah di masak habis kecut semua...seciput je jadik ) -2 cawan santan ( guna santan segera pon boleh) - 2 cawan ayaq -3 ulas bawang merah ( di tumbuk) -1 sudu kecik lada hitam ( di tumbuk jugak- ni nak masak k

Pagi2 Main Buai

Image
Hari Ahad baru2 ni sebelum pegi sarapan kami pegi ke taman permainan. Pagi2 lagi dah pegi main buai, main jongkang jongkit.... Best la pulak pegi pagi2. Tak ada orang. Kami je. Pastu ada sorang lelak ni dengan anak dia yang masih hisap susu botol. Hahaha. Macam mana saya tahu masih hisap susu botol ? Sebab budak tu siap bawak bekal susu lagi. Budak tu plak sibuk nak ikut main ngan anak2. Haha. Cumil. Tak takut ngan orang plak tu. Bapak dia panggil dia wat dekk jer....dok pegang tangan Sophea. Lepas main2 kat taman kami pon pergi bersarapan makan nasi lemak Pak Kandar. Angah la yang request nya. Bawak anak2 jalan ni pasal petang tu Ayah nak OS la plak ke Sandakan. Anak2 steady jer....Mak je yang over. Hahaha.

Tiada Yang Istimewa

Saya cuma seorang surirumah... orang yang tak masuk universiti pon boleh jadi surirumah, tak sekolah tinggi pon boleh masak, tak ada ijazah pon pandai kemas rumah, tak perlu sijil setakat nak jaga anak... siapa pon boleh.... maka ...Tiadalah yang istimewa... Saya tidak bekerja.... tiada siapa yang boleh berbangga ... tiada jawatan yang di sandang apalagi pangkat yang boleh ditumpang tader title Cikgu, atau Doktor di pangkal nama... Title Puan pon tak ada.... maka....Tiadalah yang istimewa... Saya seorang pembuat kek, ada oder, ada lah pendapatan, berapa lah sangat, nak di bandingkan dengan orang yang makan gaji ada pendapatan tetap... ada elaun, boleh claim, boleh outstation... apa lah sangat pembuat kek... apalah sangat yang boleh saya sumbangkan ? berapa sangat lah sumbangan saya ..? maka ...tiadalah yang istimewa... Saya seorang ibu... apalah sangat mengandung dan bersalin, orang lain pon mengandung juga, orang lain pon boleh beranak juga, takat saya ada anak 4 orang apelah sangat..

Terima Kasih Kawan2.....

Tiba2 malam ni teringat masa dok berjauhan dengan incik suami dulu2. Masa tu belom kawin la. Bila saya dapat tahu dia kena posting ke Sabah...rasa sedih juga .Tapi dalam sedih2 ada juga terselit rasa syukur sebab masa tu saya rasa kalau dia kena posting Sabah Sarawak ke saya rasa macam ada can je nak kawin cepat. Hahaha. Gatai sungguh. Masa sehari sebelum dia fly ke Sabah,batch guru2 yang sama2 kena posting ke Sabah juga kena kumpul kat Hotel ni...kat KL lah. Sanggup saya ke KL naik LRT jumpe dia. Bukan apa..buah hati pengarang jantung dah nak pegi jauh...lama lagi dapat nak berjumpa, nanti komfirm rindu rinduan. Lagi pon saya tak tahu boleh ke nak pegi ke airport hantar dia. Mana ada transport. Yang ada cuma public transport. Tapi , nak jadi cerita masa on the way balik ke rumah sewa from KL pada hari tu....terserempak la dengan my fren ni......Cik Mar saya panggil dia.... " Kak Zana, mu dari mana ... " tanya dia...saya pon bagi tahu la semua nya...sebak juga tapi tak na

Yok ke Perpustakaan! -Memartabatkan Budaya Membaca

Image
Hmm...cuti sekolah dah nak habis dah. Anda semua bercuti ke mana ? Bagi mereka yang tak pergi bercuti mesti terfikir2 juga ke mana nak bawak anak2 berjalan2 kan ? Selain pergi bersiar2, pergi ke taman permainan ker, elok juga kalau kita bawak anak2 pegi ke perpustakaan atau pon macam Nana cakap, PerPUTUStakaan. Hehehe. Banyak faedah pegi perpustakaan ni, ...anak2 boleh belajar mencintai buku. Kalau pon anak kita tu belum pandai baca pon tengok2 gambar kat dalam buku pon jadi lah. Anak2 saya pon suka juga ke perpustakaan. Ada la jugak saya bawak mereka ke sana, pergi pinjam buku . Sophea dan Laila memang mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Keningau. Tapi sejak dia hilangkan sebutir buku yang dia pinjam dulu....lama dah tak pegi pinjam buku di library. Tapi tu la....kalau nak ke perpustakaan ni kenala naik kereta pergi ke pekan. Kalau encik suami free dan rajin boleh la anak2 ke sana...tapi kalau encik suami malas tak ada masa...tak dapat la anak2 nak pegi. Kan bagus kalau ada perpust

Resepi Butir Nangka/ Bubur Candil

Image
Memandangkan ada beberapa orang tanya saya cemaner la nak buat Butir Nangka ni ...atau pon jugak nama dia Bubur Candil ( ni orang Jawa panggil) ...jadi saya dengan baik hati nya akan letak resepi kat sini .Tapi sebelum tu saya nak bagi tahu la....Butir Nangka yang saya buat ni lain skit. Butir Nangka yang original, kuah dia putih jer. Bubur Candil yang original plak tader kaler2....butir2 tu kaler putih jer...tapi kuah memamg kaler cekelat la sebab guna gula melaka. Jadi memandang kan saya orang Kelate biasa tengok Butir Nangka yang warna warni dan suami saya pulak orang Jawa yang biasa dengan kuah letak gula melaka, maka saya kawin kan kedua2 resepinya. Macam saya kawin ngan somi saya lah, mix Kelate + Jawa. Hehehe. So in lah resepi nya. Senang jer. Macam buat pengat jugak. Butir Nangka +Bubur Candil Bahan2 : 1/2 paket tepung beras pulut ( Glutinous rice flour ) 1cawan air ( actually, saya agak2 je ni) pewarna ( any color you like - I used red and blue) Cara2 : - campor tepung dan ai

School Break Cooking Class

Image
Cuti sekolah ni kami tak kemana2. Keadaan kereta dan poket tak mengizinkan. Hehehe. Jadi kita dok di Keningau ajelah. Lagi pon cuti semingu jer. Kejap je seminggu. Tengok, hari ni pon dah hari Rabu...tak lama lagi dah Ahad...dah nak skolah dah. Kejap je kan ? Saya dah rangka aktivit masa cuti nih. Kita buat Cooking Class. Setakat ni baru berjalan sebanyak dua sesi . Sesi pertama belajar western food - Baked Pasta. Saya bagi resepi....bagi tips2...pastu depa buat semua sendiri. Owh..saya ada tolong gak, tolong cincang bawang and tolong angkat pasta yang baru masak keluar dari oven. Lain2 semua Sophea and Laila buat. Hidupkan api...tumis bawang segala...hiris sosej....suka budak2 ni belajar masak. Sesi kedua pulak kita belajar buat manisan - Bubur Candil atau pon juga nama dia Butir Nangka. Yang ni pon depa wat sendirik...Yasmin pon join sekali tolong gentel tepung. Hehehe. Dah siap2 masak semua diaorang jugak yang tak sabar2 nak rasa hasil kerja depa. Excited kekdahnyer. Hmmm...lepas n

People

Hari Ahad lepas ada jemputan kawin. Kawan incik suami. Dia pon sebenarnya dah terlupa dah kena jemput. Bila kawan nya tu call tanya bila nak datang baru dia teringat. Masa tu dah nak Asar. Kawan tu cakap kalau tak dapat datang petang malam pon boleh. Since orang yang menjemput tu dah telefon sendiri....maka kami pon terus siap2 nak pegi. Jemputan ni wajib di penuhi kalau tak ada alasan, kan ? Saya pon siap2, siap solat Asar semua pastu terus la pegi. Kat Pekan je pon kenduri nya. Pergi berdua jer dengan Cik Abe. Saya suka kalau pegi kenduri kawin ni. Suka makan lauk kenduri kawin. Hehehe. As usual lauk kenduri kawin kat Sabah ni mesti ada isi ikan sweet sour pastu ada lemon chicken, daging masak kicap (kot. sebab kaler itam ) , ayam masak kicap ( kot jugak, sebab pon kaler itam ) , rendang daging ( kot, tapi tak pedas ) , sayur campor ( ni pon sayur wajib ada gak kalu kenduri kat Sabah ni ), pastu apa lagi yer ,tak ingat. Lupa pulak nak amek gambar lauk dalam pinggan. Ingat nak ngap je

Alhamdulillah, rezeki.

Image
Baru ni saya pegi pasar nak beli lauk basah lah. Kalau beli ikan saya suka beli dengan satu Beliau ni ....saya tak tahu la nama dia apa tapi anak dia anak murid Incik Suami. Jadi asalnya incik suami la yang selalu bawak saya pegi beli tempat dia. Yang bagus nya dia ni kalau ikan hari tu elok, fresh dia akan bagi tahu....and kalau ikan hari tu tak berapa bagus pon dia bagitahu jugak. Bagus la kan gitu kan ? Sebab tu saya suka pegi beli kat tempat dia. Orang nya pulak sangat la peramah, suka bercerita2 jugak dengan saya. Orang berniaga kena macam ni, tak boleh sombong2, tak boleh masam2, mulut kena ringan, hati kena jujur. InsyaAllah pelanggan akan setia ngan kita. Begitu la jugak dengan Beliau ni. Kat tempat dia saya ikan yang boleh di katakan wajib saya beli ialah Ikan Kerisi, Ikan Tenggiri atau pon kepala ikan. Saya suka juga beli ikan pari tapi Beliau ni tak jual la plak. Dia kata dia pon tak tahu kenapa dia tak berapa nak jual ikan pari. Mungkin juga sebab dia tak berapa makan. Ja

Dugaan

Image
Hari Selasa baru2 ni saya ke KK dengan incik suami, berdua jer. Anak2 semua tinggal dengan Hugau. Pergi nak amek stok barang2 kek. Masa on the way ke KK tu temperature kereta naik. Punya la kami laki bini risau sampai nak bercerita2 dalam kereta pon macam tak terkeluar suara. Mata ni asik dok perati je meter temperature tuh. Aduhaiii....yer la nak wat cemaner...kereta pon dah berusia, macam ni lah. Tapi tua2 kereta ni pon hari tu elok je bawak ke Sandakan. Alhamdulillah, kami sampai juga ke KK. Terus la menuju ke kedai bakery supplier nih. Namun dukacita di maklum kan bahawa banyak stok barang2 kek yang kritikal macam cream cheese, whipped cream habis stok. Maka kami beli ajela mana yang ada. Sedih tu sedih la jugak. Tapi nak buat macam mana kan . Memandangkan banyak barang yang kami nak beli tak ada stok maka kami pon nak balik ajelah. Lagi pon malam ni nak tengok citer First Wives Club. Hehehe. Lepas dan solat kami pon bergerak la. Sepanjang perjalanan dari KK ke Papar tu temperatur

Adikonda Demam

Image
t Mula kita cerita pasal Adikonda demam la yer. Adikonda ? Alah, Nana la. Dia yang cakap dia tu ADikonda pasal lepas tengok cerita Anaconda. So hari Jumaat lepas Nana demam. Malam tu dia ada muntah sekali, sekali jerlah. Pastu esok nya terus demam , maka tak pegi skolah la Nana. Biasa kalu anak2 demam ni saya tak terus rush pegi klinik ke...spital ke ,saya just bagi ubat je dulu. Biasa nya kalau demam biasa lepas dan makan ubat insyaAllah baiklah demam. Tapi demam Nana tak kebah2. Kejap badan dia ok, kang nanti panas balik. Dah bagi ubat pon gitu jugak. Last2 Ahad malam tu Cik Abe saya kata elok la kita ke spital sebab Nana dah 3 hari demam tak kebah2. Maka Ahad malam tu ke spital la kami. Mujor la zaman sekarang ni bahagian pesakit luar dah bukak sampai 10 malam, malah hari Ahad pon bukak. Kiranya 7 hari seminggu lah. Bagus kan ? Pergilah spital....sampai bahagian pesakit luar saya tengok orang tak ramai, yer la...mungkin sebab dah malam, dah pukul 9 pon. Kat kaunter pendaftaran pon

Whatevelah.

Malas nye lah nak update blog. Tader idea pon yer. Dah masuk bulan March pon. Sekejap jer. Sabtu Ahad ni tak ke mana2. Di rumah jer. Lagipon incik suami ada kursu pentauliahan Pegawai KRS. Tengok dia pakai uniform, perghh! ensem la plak. Hehehe. Hari ni pon gigih saya iron uniform dia...dia plak jahit lencana (??) kat beret... Kasut nya gigih saya polish nak suh berkilat.....semangat neh nak meng'hensem'kan suami. Hahaha. ok lah. tu je.