Posts

Showing posts from January, 2011

Advetorial

Image
Semalam saya telah melawat satu pusat rawatan kecantikan yang baru di buka. Saya sungguh tertarik dengan pusat kecantikan ini sebab ada sesuatu yang istimewa serta lain dari yang lain. Cuma tak tahu la pulak apa nama kedai ni. Sebaik sahaja sampai di pintu hadapan kita akan di sambut dengan "papan tanda" ini... Pusat rawatan ni banyak di tampal dengan pelbagai notis dan papan tanda sebagai peringatan kepada pelanggan dan juga sesiapa yang berada di dalam premis. di bakul sampah pon ada notis Ketika saya sampai di situ terdapat 2 orang pelanggan sedang menunggu giliran di ruang khas untuk menunggu........ setia menunggu giliran dengan sabar. ...dan ada seorang pelanggan sedang menjalani rawatan. Mujurlah saya telah dibenarkan oleh pemilik premis ini untuk merakamkan sesi rawatan yang sedang dijalankan. Saya di fahamkan bahawa pelanggan ini sedang mendapat rawatan untuk melembutkan kulit tangan . Pelanggan di bawah pula datang untuk menjalani rawatan melembutkan kaki. Itulah y

Buhsan la pulak

Hari ni saya merasa sungguh la bosan. Tak tahu kenapa. Mujur la rumah hari ni berkemas elok jer. Jadi tidak la menambah semak di mata dan di kepala ni. Nak kata ada problem..tak pon. Biasa2 jer. Cuma selera untuk makan tu tidak ada tetapi tidak la sampai tak masak. Saya masak tapi saya masak untuk orang lain makan. Bukan untuk saya. Bila anak2 dan suami makan saya duduk semeja tengok mereka semua makan dengan berseleranya. Jam 4 kami semua ke gelanggang squash. Perut saya dah bergendang2 menyanyi lagu hip hop rasanya. Tapi tak terasa jugak nak makan. Bila anak2 warm up ..saya pon warm up. Lepas tu saya berjoget2 sekejap. Keluar la peluh setitik dua. Lepas tu saya duduk ...sampai badan kembali sejuk. Balik rumah terus sambung buat kek dan pizza. Ada orang oder. Pon selera saya tidak terbuka. malah bertambah bosan rasanya. last2 saya minum milo je satu mug. jadik lah. kali terakhir saya makan nasi....pukul 11 pagi semalam.

People

Image
Saya suka tengok gelagat orang. Gambar2 ni saya ambil sementara menunggu suami ke bank. Jadi saya curi2 ambil gambar orang2 yang lalu lalang. Ada yang tua...yang muda.....yang ranggi....yang simple.....yang nak pergi kerja atau cuma jalan2...... Ibu dan anak... New Sabah Times ada? Dia ni mungkin bekerja di pejabat agama kat atas bank ni rasanya. Bapa dan anak pulak yang tengah cakap telefon pon ada.... ni pon ye jugak... alamak ini pakcik sudah nampak saya curi ambil gambar dia...! yang ni tunggu gewe dia kot...dengan phone kat tangan lagi tu... Ibu dan anak lagi.... macam pernah tengok je sis ni .....tapi di mana ya ..? Jangan gaya ada,tapi duit tak ada..jadi kena la pegi bank cucuk duit dulu... Saya suka budak yang kecik tu...cumil jer. Mungkin mereka ni dari Timur Leste. sapu2 sampah... Gigih nya lah saya mengupload gambar dan maaf juga atas quality gambar yang tak berapa menarik, sebab semua gambar ni saya ambil dari dalam kereta je tanpa menurun kan cermin sebab malu

dialog

Mak : adulaaa...ngantuk weh! (sambil gosok2 mata) Nana : tido la... Mak : tido kat mana? Nana: Tido kat sini la....katil nana dan kak chick ni.. Mak : ok...mekasih Nana,......................................................! v v v v v v v v v v v v v v Nana : ....tapi kena bayar. Mak : ???????

:(

Aduhai....punah segala harapan dan rancangan saya untuk pergi berdating bersarapan berdua dengan suami tahun depan. Huhuhuhuu......nampak gaya kena la bersarapan puas2 dengan cik abe minggu ni dan minggu depan. Lepas raya cina dah tak boleh dah. Yang...esok kita pegi Pak Kandar lagi yerr......?

Alahai......

Image
Alahai....saya beli bende alah ni nak wat sangkut tudung2 saya yang tak banyak mana tu. Tapi ada la pulak orang pegi sangkut kemeje keje dia kat penyangkut tudung saya ni. Nak wat cemaner....penyangkut ada 28 lubang..tudung saya cuma 7 helai...ada 21 lubang lagi. Hmmm...kena la gigih mengumpul tudung la nih. Kang penyangkut tudung bertukar jadi penyangkut kemeja pulak.

LENGA

Image
Ni namanya air lada @ pencicah. Wat makan dengan mee goreng pon sedap, wat cicah kopok lekor ke..kopok keping pon sedap. Cicah popia pon sedap jugak. Bila aku belek2 botol tu terbaca la bahan2 nyer...... lada....gula ...bla bla bla......pastu lenga. ha? LENGA? Muahahahahaahahaaa......!

What about you ?

Image
illustrasi semata2 Saya tengok orang zaman sekarang buat majlis bertunang macam majlis kawin dah kekdahnya. Takut pulak menengok. Harus jugak habis beriban2 juga tu. mana la tak pakai duit banyak nak kawin ni kan? siap ngan khemah...siap ngan pelamin....siap kenduri bagai. untuk apa semua tu sebenarnyer yer ? saya tak berapa faham. sebab kalu belah family saya tunang simple je. mai2...cerita2....sarung cincin dah. makan la skit2. tadak khemah. tadak kenduri. makan dalam rumah jer. hampar saprah, hidang lauk 2,3 jenis. baca bismillah, makan lah. malah ada antara adik beradik saya yang tak bertunang pon. kawin terus. tak tahu la kalau besok2 kot adik saya yang ada belen 2 orang belum kawin ni buat tunang grand2 giler tu..tak tahu lah. harap tidak lah. yang pihak perempuan la selalunya kalau beriya2 pon. tempah baju (tu pon pakai sekali tu jer, kawin esok tempah hak lain pulak!), tempah pelamin, tempah jurumekap,tempah katering, tempah jurugambar, tempah juru hias hantaran.....dan segala

Tahun ke-11

Tahun 2011 ni masuklah tahun ke-11 kami di negeri di bawah bayu ni. Suami saya datang ke sini pada bulan July 2000 sebaik sahaja tamat belajar manakala saya menyusul pada bulan Januari 2001 setelah sah bergelar isteri kepada suami saya pada hujung tahun 2000. Pejam2 celik pejam celik sudah pon masuk tahun ke-11. Sekejap je rasa. Saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan bermastautim di sini. Tidak merancang untuk memiliki rumah di sini, melahirkan dan membesarkan anak2 kami di sini serta menyekolahkan mereka juga di sini. Namun itu lah hakikatnya sekarang. Ketika saya mula menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini rasa memanglah rasa seronok. Walaupon terpaksa berjauhan dengan keluarga namun bagi saya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Jadi semua itu tidak menjadi penghalang malah saya tidak pernah ragu2 untuk ke sini walaupun ketika itu saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan saya di sini nanti. Enam bulan pertama saya banyak merungut. Di sini tidak ada

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.

Image
Anda semua tahu tak dari Keningau pon boleh nampak Gunung Kinabalu? Kalau hari yang cerah terutama di waktu pagi memang akan boleh nampak jelas susuk tubuh Gunung Kinabalu dari jauh. Ada masa2 gunung agak malu2 jadi dia menyorokkan wajah nya di balik awan. hehehe.... Gambar di atas suami saya ambil ketika pulang dari menghantar Sophea ke sekolah kira2 pukul 6.45pagi. Puncak gunung memang nampak jelas apabila hari cerah. Tapi kalau hari mendung je macam nak hujan..gunung pon malu lalu menutup puncaknya dengan awan macam gambar di bawah. nampak macam Gunung Kinabalu terapung2 kan? p.s: jauh sebenarnya Gunung Kinabalu ni...tp dengan bantuan kamera yang baik dapat la capture wajah Gunung sedekat yang boleh.

apekah ?

Hari ni elok je sampai rumah lepas hantar Yasmin ke tadika saya pon masuk la ke dapor hendak memasak. Walaupon saya masih kenyang tapi saya kena masak jugak sebab Angah nak pegi skolah pulak kejap lagi. Dalam kepala ni dah tersedia dah menu apa nak masak. Muehehehe...senang la keje kan bila dah idea nak masak apa dah ada. Saya pon siap2 la potong sayur kacang panjang...terung....err..saya nak buat gulai terung....pastu ikan tenggiri dua keping pon dah saya keluarkan awal lagi untuk self defrost. Ikan ni saya nak panggang tawar jer..untuk makan dengan budu.....adeh...sedapnyer. Pastu saya pon tanak la nasi 3 pot dan rebus telur masin sebiji dalam periuk nasi tu sekali. Sekali bila saya nak hidup kan api dapor api tak hidup2. Aiseyman...gas habis la pulak. Saya pon hendaklah mendail no.telefon gas ...sekali tader la plak dalam phone. Ish2..sabar jelah. Nampak gaya alasan untuk tidak memasak sangat la kukuh. Jadi, tak jadi la saya nak masak. Nasib baik pagi tadi somi saya ada beli nasi le

Confession No.2

Image
gambar ihsan dari Google Yer kali ni saya nak cerita pasal my confession no.2 pulak. To tell you the truth I have this dream to be playing a music instrument in an orchestra. Whenever I look a group of musicians performing particularly an orchestra , I wished that I was one of them. And if I'm one of them I choose to play the violin or may be flute or piano. owh...masa kecik2 dulu memang sangat teringin nak belajar piano but faham2 lah..back then, being a musician is like a taboo. Lagipon 25 years ago hanya orang kaya2..or orang yang duit terlebih je yang hantar anak belajar piano. So berkubur lah impian saya tu. Luckily masa saya sekolah rendah dulu kurikulum baru sekolah rendah ketika itu untuk mata pelajaran muzik ada silibus belajar rekoder...jadi saya memang sangat2 gembira. So music class had always been a subject that I was looking forward to. I and was really good at it ! Asal ada lagu2 baru yang tengah hit mesti saya akan cuba ikut melody nya dengan menggunakan rekoder.

O yeah!

Image
Hari ni saya berasa agak gembira! kenapa? keputusan saya untuk mengikut somi saya menghantar Yasmin ke tadika pagi tadi juga merupakan keputusan yang bijak! kenapa ? hehehe...alah,tak ada apa sangat pon sebenarnyer sajer2 nak buat gempak...minta puji. Lepas hantar yasmin kami pon pergi bersarapan. incik suami makan roti canai telur ,saya pulak makan nasi lemak. Hmm, Nasi Lemak dekat Restoran Novianty ni tak berapa kena la dengan tekak saya. Sambal dia tak berapa kick lah. Tak mengapa. Lepas dah lepak2 bersarapan incik suami membuat satu cadangan... " apa kata kita pergi kedai Aeropedo tu lepas ni...? " (tu kedai sukan). Tentu la saya setuju sebab rancangan nak ke Kedai Aeropedo tu sebenarnya cadangan saya! Saya dah bagi cadangan malam tadi lagi. Hahaha. Kami pon tunggu la kedai tu di buka...nampak gaya kami la pelanggan mereka yang pertama untuk hari ni. Masuk2 terus pegi kat bahagian raket2 banyak jugak la pilihan...boleh laaa..........setelah di pegang2....di belek2....di

Training.

Image
Sekarang kami dah start training anak2 ,main squash. Err..Sophea dan Laila je pon. minggu lepas ain hari ahad jer....Ahad baru2 ni pon main jugak start minggu ni main kerap lagi....Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad. Main sejam2 je pon. Kenapa pilih squash? Well, sebab dulu2 saya pon main squash jugak untuk team sekolah pastu rasa main squash ni lagi jmat dari main badminton..pastu pulak kat Keningau ni tak ramai yang main squash. Err...ke kami je yang main sebab kalau tengokkan dekat fail orang2 yang tempah court squash tu ada nama kami jer. Hihihi. Lagi pon bagi kami squash atau badminton tak der la banyak beza sangat. Badminton ni ramai sangat yang main...so kalau la kata nak main seriously untuk wakil sekolah ke....apa ker saingan nye ramai la. Setakat dok main baru dua kali untuk tahun ni ni...nampak anak2 dah ada improvement. Sebelum ni nak pukul bola alahaiii.....sekarang ni dah boleh da. Memang nak kena training lebih lagi. Walaupon court squash yang ada di Kompleks Sukan Keningau

Jemput makan...

Image
nak cite ni...hari ni saya masak kari kepala ikan tenggiri. tu jelah. tader goreng sayur, tader goreng ikan ke...ayam ker. itu lah lauk semata. kalau masak asam pedas pon selalu gitu gak. masak la asam pedas ikan pari semata. dah. senang kerja. luckily anak2 pon jenis makan pedas jadi tak ada masalah la....tak perlu nak masak yang lain atau pon menu tak pedas untuk anak2. mungkin juga sbb saya dah biasakan mereka dari kecik makan yang pedas2 sikit so maybe la sebab tu depa pon kira nya takde masalah la kalau pedas2 nih....

Breakfast : The Kelantanese Way

Image
Yup. Lets do it the Kelantanese do it. And how is that? Start your day with the various selection of breakfast menus. The most popular dish is Nasi Belauk. Steamed rice served with either fish or chicken curry. Err...curry ker ? bukan kari tapi kami panggil gulai darat. Owh...nyum2....if you're anywhere in Kelantan there'll be no shortage of breakfast. Boleh kata setiap tempat mesti ada orang jual nasi belauk kat tepi jalan. My tips untuk pilih gerai yang mana..pergi la gerai yang ramai sekali orang pegi beli...yang dok beratur panjang ...ha mesti gerai tu la yang nasi belauk dia sedap. Saya kalau balik Kelantan mesti pekena Nasi Belauk ni pagi2....biasa saya beli di Pasar Kubang Pasu, not very far from Masjid Muhammadi. My choice of lauk has to be lauk ikan la....and ikan untuk nasib belauk ni plak biasa nye Ikan Tongkol lah...tak pon ikan kering pon ada gak. Tengok tempat. maaf la,dah gaul2 baru nak amek gambor -nasi belauk lauk ayam. Kalau anda tak mahu makan nasi belauk an