Posts

Showing posts from April, 2013

Elvis Presley's Sandwich

Image
Dah lama dah nak makan ni sebenarnya tapi selalu la tak cukup bahan. Kadang2 roti ada tp pisang tak ada. Kadang tu pulak pisang dah ada, roti dengan peanut butter pulak tak ada. Kalau dah tak ada rezeki nak makan macam tu la kan ? Nama benda alah ni Peanut Butter Banana Sandwich atau pon nama glemer dia Elvis Presley's sandwich sebab nya ini adalah sandwich kegemaran Elvis.

Akhirnya semalam dapat jugak makan. Dah beli pisang berangan siap2, pastu roti pon dah beli jugak dengan peanut butter nya sekali. Balik je dari KK terus pegi dapur tengok2 roti cuma tinggal 2 keping je. Pisang pon tinggal 2 bijik je....Alahai....tak apa lah. Janji dapat makan. So buat la ....

Sekali anak2 tengok semua pakat nak terai....padahal sebelum ni diaorang semua mana la suka makan peanut butter, tengok mak letak pisang kat dalam and roti pon nampak garing serta rangup semua la pakat nak terai. Bagi la setiap sorang rasa sikit. Dah semua pakat suka la pulak...suruh Mak buat lagi. Biasa la kan...benda yan…

Berdua denganmu.

Baru2 ni saya ke KFC berdua sahaja dengan suami. Lepas dah dapat order kami pon duduk la di meja kecik sesuai untuk dua orang ,duduk saling mengadap. Tiba2 lalu seorang kenalan suami dan menegur kami berdua..... " Wah....romantiknya. Berdua je ? " , Suami mengangguk, saya pula cuma tersenyum sahaja.

Actually, ini bukanlah kali pertama kami keluar berdua. Malah boleh di katakan kami sentiasa keluar berdua hampir setiap hari . Tambahan pula suami saya kalau ada urusan sekali pon lebih gemar membawa saya bersama. Kalau tiada urusan pon suami saya memang akan pastikan sekurang2 nya 2  kali seminggu kami berdua mesti kluar berdua. Bukan pegi mana2 pon, pegi minum2 he, duduk2 bercerita....sambil pegang henfon masing2 and melayari Facebook. Kuik kui kui  .Hatta nak mengopi dengan kawan2 dia pon dia akan bawak saya bersama. Kadang2 malu juga saya sebab saya sorang je perempuan, suami saya sorang je yang bawak isteri , sedangkan kawan2 dia semua datang sorang, single. Paling2 pon ba…

Al- Fatihah.

Hari Sabtu baru2 ni saya mendapat berita bahawa one of the teachers here - Cikgu Muji telah diserang strok. Saya kenal gitu2 je dengan beliau. Tapi encik suami memang kenal la dengan dia walau pon tidak rapat mana ....tambahan pula dia juga orang Kelantan. Sesiapa yang biasa melihat dia memang tahu dia memang sempoi orang nya. Selalu bermotosikal je ke mana2.

Maka semalam, hari Ahad saya dan suami pergilah ke hospital melawat beliau. Ramai kawan2, kenalan yang datang melawat, namun sayangnya, beliau tidak dapat melihat semua tu kerana tidak sedar diri . Ketika itu kakak beliau yang baru sahaja sampai dari Kelantan yang menjaganya sementara isteri beliau balik ke rumah sekejap.

Hari ini, Isnin saya mendapat berita bahawa Cikgu Muji telah pon kembali ke rahmatullah kira2 jam 11.30 pagi tadi. Walaupon kami semua tidak lah begitu terkejut dengan berita itu namun kami semua tetap berasa sedih dan kehilangan. Semuanya berlaku begitu pantas. Jenazah arwah akan diterbangkan balik ke Kelantan …

My plain and dull blog

Saya ada terbaca somewhere pasal this blogger ni kata ada orang bagitahu dia tulisan di blognya semakin lama semakin plain and dull, tak macam dulu. And she admitted it. Dia kata dia pon perasan yang tulisan nya sudah tidak berapa menarik, tak macam masa dia dok di oversea dulu.Masa dia dok oversea dulu dia kata dia boleh buat macam2, ada macam2 aktiviti, ada banyak tempat2 menarik tak macam di Malaysia. So it made me think.......i have been living in Malaysia all my life so my life must be boring la kan? Apa lagi saya cuma seorang surirumah maka tentula double the dullness la kan?

Pada pendapat saya...di mana kita tinggal bukanlah faktor utama yang membuatkan kehidupan kita menjadi menarik atau in this case faktor yang menjadikan sesuatu blog tu menarik. Kita yang tentukan sama ada ia akan jadi menarik atau sebaliknya.  Saya bagi contoh blog kakak saya Ramizah....dia tidak tinggal di luar negara (pergi ke luar negara tu biasa la kan) tapi entry2 dia di blog sangat menarik dan berkesa…

Today's breakfast

Image
Pagi ni mula2 mak ingat nak buat pancake for breakfast, pastu rasa macam malas plak. Hahahah. Saborjelah ye anak2 dapat mak pemalas.....

 Last2 mak goreng fries dan 4 batang sosej.  Sosej tu cukup untuk anak2 sorang satu.






Cerita Roti Jala

Image
Apa khabar semua ? Wah ! Baiknya Mak hari ni siap bertanya khabar. Hehehe. Tak apa la kan. Apa nak cerita ni ya....Oooo...baru ingat. Hari tu Mak terasa nak makan roti jala. So tenghari tu mak masak la kari ayam, plan nya nak makan roti jala tu for dinner, tengahari makan nasik. Sekarang ni Mak dah boleh masak dah. Alhamdulillah tak ada alahan sangat. Gitu2 je. Tapi boleh di katakan macam tak alah langsung dah. Tapi my cik abang masih mengalami alahan. Hihihihi. Kesian dia. Sekarang ni dia dah tak boleh minum teh ke, kopi ke, milo ke...yang ada campor susu nanti dia rasa loya2 dan muntah2. Aduhai....so sekarang ni kat rumah kena sentiasa ada stok air buah..macam air Tropicana Twister tu....haaa...kalau gi minum kat kedai pon mesti dia order air tembikai atau pon fresh orange.

Eh, cerita pasal benda lain pulak. OK, berbalik kepada cerita Mak nak makan roti jala tu kan...so malam nye lepas solat Maghrib mak pon masuk la dapor nak buat roti jala. Walau pon masa tu perut Mak memang dah …