Posts

Showing posts with the label Keningau

Long Weekend

Lama sungguh tak post apa apa entry di blog ni. Hari ni rasa macam nak cerita pasal cuti hujung minggu yang panjang baru baru ni. Bulan September ni banyak betul cuti umum yg bersambung dengan cuti hujung minggu. Macam minggu yang sebelum ni cuti Hari Kebangsaan jatuh pada haru Jumaat...minggu ni pula cuti Haru Keputeraan YDPA jatuh pada hari Ahad,maka hari Isnin nya di kira cuti umum ganti. Kemudian bersambung pula dengan cuti tahun baru Hijriah, 1 Muharram pada hari Selasa. Maka straight la cuti 4 hari. Ramai la yang ambil kesempatan untuk berjalan2. But too bad for us tak dapat nak ke mana2 sangat. Sabtu Ahad saya ada order kek, suami pula ada pertandingan badminton hari Sabtu tu. Ahad pula dia ke KK dan balik hari Isnin. Tu pon matahari dah tenggelam baru sanpai rumah. Hari Selasa pagi pula anak2 yang exam UPSR dan SPM ada kelas tambahan. Maka petang di hari terakhir cuti hujung minggu yang panjang tu baru la kami semua dapat berjalan. Encik suami ajak kami ke Rabbit Farm d...

Langkah Kanan

Image
Hari ni pegi pasar nak beli lauk basah. Plan nya nak buat nasi ayam. Dari hari tu lagi nak buat nasi ayam tak jadi2. Hehehe. So pegi pasar tadi beli la sekor ayam....pastu pikir pulak apa menu untuk berbuka esok pulak....tanya2 Kak Chik dia kata nak makan tomyam. So , ok lah tomyam....puasa ni memang belom buat lagi tomyam....maka saya pon pegi la dekat di particular fishmonger....saya memang kalau beli ikan beli dengan dia lah. Saya ni pulak kalau buat tomyam tak sah tak letak udang dan sotong. Tak boleh letak ayam je....ater...peminat seafood la katakan.....so beli la udang setengah kilo....sotong skilo....sekali Beliau yang jual ikan tu datang....di suruh anaknya bungkus sepotong ikan yang agak besar juga la....di bagi nya pada saya....buat berbuka katanya....alahai....terharu sungguh saya...walaupon ini sebenarnya bukan kali pertama saya dapat ikan free dari dia......saya pon nak cakap apa lagi la kan...cakap terima kasih banyak2 ajelah...hehehe....dan he's not even a Muslim ...