Long Weekend

Lama sungguh tak post apa apa entry di blog ni. Hari ni rasa macam nak cerita pasal cuti hujung minggu yang panjang baru baru ni.

Bulan September ni banyak betul cuti umum yg bersambung dengan cuti hujung minggu. Macam minggu yang sebelum ni cuti Hari Kebangsaan jatuh pada haru Jumaat...minggu ni pula cuti Haru Keputeraan YDPA jatuh pada hari Ahad,maka hari Isnin nya di kira cuti umum ganti. Kemudian bersambung pula dengan cuti tahun baru Hijriah, 1 Muharram pada hari Selasa. Maka straight la cuti 4 hari. Ramai la yang ambil kesempatan untuk berjalan2.

But too bad for us tak dapat nak ke mana2 sangat. Sabtu Ahad saya ada order kek, suami pula ada pertandingan badminton hari Sabtu tu. Ahad pula dia ke KK dan balik hari Isnin. Tu pon matahari dah tenggelam baru sanpai rumah.

Hari Selasa pagi pula anak2 yang exam UPSR dan SPM ada kelas tambahan. Maka petang di hari terakhir cuti hujung minggu yang panjang tu baru la kami semua dapat berjalan.

Encik suami ajak kami ke Rabbit Farm di Kimanis. Actually, di Apin Apin pon ada juga satu rabbit farm tapi yang di Kimanis ni suasananya sejuk sikit sebab terletak di atas bukit dan tinggi dari aras laut. Hehe .


Malang tidak berbau semasa dalam perjalanan nak ke rabbit farm tu tayar kereta kami pecah la pula. Dah satu hal nak kena ganti tayar. Dalam setengah jam juga kami tersadai di tepi jalab Kimanis tu.

Bila tayar dah siap tukar kami pon sambunglah perjalanan kami yang tinggal tak sampai separuh pon lagi.

Sampai je di rabbit farm suasana agak tebal dengan kabus. Bangku2 pon semua sedikit lembab. Bila tengok semua arnab berlari2 keluar dari kandang untuk mendapatkan makanan dari kami terus hilang perasaan yang terganggu dek kejadian tayar pecah tadi. Hahaha. Memang boleh hilang stress tengok arnab yang gebu berebut2 nak makan. Comel dan jinak semua nya. Anak2 pon semuanya seronok melayan arnab yang banyak ekor tu. Satu jam jugalah kami di sana. Hampir2 jam 6 petang kami pon bergerak turun.

Sebelum tu kami singgah dulu makan mee kari sedap dan pekena minuman panas di Restoran Keningau View. Tepat jam 7 kami sudah sampai di rumah.

Begitulah kami mengakhiri cuti 1 Muharram kami. Walaupon sekejap saja tapi seronok juga. Alhamdulillah.

Salam Maah Hijrah 1440 semua.

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik