Posts

Showing posts from August, 2017

Dari Dapur Janna: Kentang Oregano

Anak2 saya sangat suka makan kentang. Tak kira lah apa cara masakan nya mereka memang suka. Jadi di rumah ni memang kena selalu ada stok kentang.

Kali ni saya suka nak berkongsi satu resepi kentang yang mudah, cepat dan yang penting sedap.

Saya namakan kentang ni Kentang Oregano. Okay...jom kita tengok bahan bahannya.


Kentang Oregano


Bahan2:
-5,6 biji kentang, di kopek kulitnya dan di potong dadu dan direbus hingga empuk
- 100g salted butter
- secubit oregano


Cara2:
- toskan kentang yang sudah direbus tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
- ketika masih panas, masukkan butter dan juga oregano.
- gaul rata.
- siap!

Kan saya dah cakap, senang sajakan? Kentang oregano ni sedap kalau kita padankan dengan chicken chop ke..lamb chop ke...makan dgn sosej pom boleh atau pon dengan pasta. Memang sesuai. Jika sula boleh juga drizzle sedikit extra virgin olive oil. Pon sedap.

Jadi janganlah lupa untuk cuna resepi yang simple tapi sedap ni.

Dari Dapur Janna : Tuna Pasta

Image
Baru kali ni berkesempatan untuk tunaikan permintaan sahabat yang request resepi Tuna Pasta saya. So tanpa melengahkan masa jom kita tengok apa bahan2 nya.




Tuna Pasta

Bahan2:
1 pack pasta ( boleh guna apa2 jenis yg anda suka spaghetti, fettuciné ke..macaroni ke)- di rebus hingga ala denté

5 ulas bawang putih- di cincang
1 biji bawang besar - di potong wedges
1 biji capsicum - di potong panjang2
1 tin isi ikan tuna
50g butter
Garam secukup rasa
Serbuk parmesan cheese
Chilli flakes
1 sudu kecil oregano kering
Minyak zaitun utk menumis.


Cara:
-panaskan minyak zaitun dalam kuali atau pan kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
- kemudian masukkan capsicum dan kacau2.
- seterusnya masukkan pasta, isi tuna, garam dan serbuk parmesan cheese. Kacau2 biar rata.
- masukkan butter, kacau lagi sehingga butter cair, dan lepas tu boleh la masukkan oregano kering dan chilli flakes. Gaul rata dan siap.

Sedap di makan panas2.  Senang saja kan? Saya memang selalu buat tuna pasta ni s…

The day I turned 41.

Image
Yer... 9 Ogos datang lagi maka bertambah lah umur Mak. Sekarang umur Mak dah 41. Haish. Tua dah tu.

Gambar kat atas tu adalah hadiah hadiah dari encik suami dan juga anak anak. Hehe.

1) Hand cream tu pemberian dari Sophea. Rupanya dia beli untuk Mak. Mak dah nampak hari tu tapi mak tak terfikir pon ia adalah untuk Mak sebabnya dia memang suka online shopping dan gemar sangatlah beli skin care. Tahun lepas dia bagi Mak sekotak facial mask. Dalam kotak tu ada 5 pack facial mask. Seminggu pakai lah sekeping. So patutnya dalam masa 5 minggu habis lah kesemuanya tu kan. Namun, bukan itu yang berlaku. Selepas setahun dan sehingga hari lahir Mak untuk tahun ini datang lagi Mak masih ada 1 pack lagi facial mask yang belum dipakai. Sori ya kakak, bukan Mak tak suka..tapi mak ni tak cukup berdisiplin nak pakai mask segala tau. So tahun ni dia bagi hand cream. Haa..yang ni Mak rasa mak akan pakai sampai habis sebab mak memang suka pakai hand cream. Best je kalau nak bersalam dengan orang. Plus …