The day I turned 41.
Yer... 9 Ogos datang lagi maka bertambah lah umur Mak. Sekarang umur Mak dah 41. Haish. Tua dah tu.
Gambar kat atas tu adalah hadiah hadiah dari encik suami dan juga anak anak. Hehe.
1) Hand cream tu pemberian dari Sophea. Rupanya dia beli untuk Mak. Mak dah nampak hari tu tapi mak tak terfikir pon ia adalah untuk Mak sebabnya dia memang suka online shopping dan gemar sangatlah beli skin care. Tahun lepas dia bagi Mak sekotak facial mask. Dalam kotak tu ada 5 pack facial mask. Seminggu pakai lah sekeping. So patutnya dalam masa 5 minggu habis lah kesemuanya tu kan. Namun, bukan itu yang berlaku. Selepas setahun dan sehingga hari lahir Mak untuk tahun ini datang lagi Mak masih ada 1 pack lagi facial mask yang belum dipakai. Sori ya kakak, bukan Mak tak suka..tapi mak ni tak cukup berdisiplin nak pakai mask segala tau. So tahun ni dia bagi hand cream. Haa..yang ni Mak rasa mak akan pakai sampai habis sebab mak memang suka pakai hand cream. Best je kalau nak bersalam dengan orang. Plus mak boleh letak dalam beg dan pakai bila2 masa.
2) Alat yg berwarna hijau tu pula hadiah dari Nana. Dia asyik la duk bertanya Mak...Mak nak hadiah apa ...so Mak cakap mak nak mixer sebab mixer jenama Berjaya mak yang dah berusia lebih 8 tahun tu dah rosak. Hehe. Senyum kelat Nana dibuatnya. Last2 mak cakap belikanlah Mak alat untuk buang sisik ikan sebab itu Mak belum ada and i need it and i will surely use it. So, there it is. Nana beli di Mr.DIY.
3) Senduk nasi besi tu pula dari Yasmin. Mak rasa ayah yang bagitahu tu sebab memang ada Mak sebut sebut nak beli senduk nasi yang baru.
4) Mug tu pula mak assume dari Angah walaupon Angah tak mengaku. Tak apa la. Angah kata tu Ayah yang beli.
5) Dan akhir sekali coklat Ferrero Roche yang sedap tu adalah pemberian dari cinta hati saya...my encik suami. Tapi kad ucapan yang kecil tu yang mak suka sekali...hehe.
Umar dan Lin bagi Mak apa? Owh..budak kecik dua orang tu dah hari hari dah bagi mak headache. Hahaha! Dia orang kecil lagi...tunggu besar sikit.
Apa2 pon mak gembira dan bersyukur untuk semua ni. Punyai anak anak yang baik, pandai dan bagi mak...cantik2 semuanya. Mak juga bahagia punya suami yang menyayangi Mak seikhlas hatinya. Semoga mereka juga bahagia dan bersyukur mempunyai ibu dan isteri yang serba kekurangan seperti Mak ni.
Mak bersyukur kerana diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk hidup sehingga berumur 41 tahun ini. Berapa baki hidup mak yang tinggal...hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Alhamdulillah.
Comments