Posts

Showing posts from October, 2015

Dari Dapur Janna : Mac & Cheese, my style.

Image
Assalamualaikum semua...

Hari ni nak update resepi Mac & Cheese yang dah agak lama jugak la kawan2 mintak. Sebenar nya saya pon tak pasti resepi sebenar macam mana...pernah la tengok sekali dalam rancangan masak2 kat tv tapi ingat2 lupa plak.....tapi rasa nya resepi yang saya try ni ok la kot. Anak2 cakap sedap. Hehe. Dan paling best sebab senang ke nak buat. Anak2 pon boleh buat sendiri ni ....

OK lah..tanpa melengahkan masa mari kita tengok resepi nya yaa...



MAC & CHEESE

Bahan2 :




300g macaroni ( masak seperti yang di arahkan pada packaging, kemudian toskan)




50g butter
2 sudu besar tepung jagung
400ml susu segar

50g cheddar cheese ( parut)
50g mozarella cheese ( parut)
4 sudu besar serbuk parmesan cheese
3 sudu bear serbuk nacho cheese
garam secukup rasa.


Cara2:

- Panaskan kuali/periuk..kemudian masukkan butter dan biar sehingga cair. ( kalau boleh guna periuk or kuali non-stick)
- Bila butter dah cair...masukkan pula tepung jagung, kecikkan api dan kacau2 hingga tepung tak b…

Hari Itu Dalam Sejarah.

Image
Ni nak cerita ni...cerita haru dan sedih.  Hehehe.

Masa cuti skolah baru2 ni cik abang ajak la pegi ke KK. Plannya nak pegi...pastu tido satu malam pastu esok nya balik lah. Saja jelah..bawak anak2 jalan2. Mak ni bukan apa sangat pon..mak ni kalau pegi KK, nak makan je. Sebab ada banyak pilihan tempat makan yang best2 dan sedap2 dan tak ada di Keningau. Hehe.

So masa hari kejadian tu kami semua pon bersiap2 la nak ke KK...packing baju apa semua. Sampai je KK kami semua dah kelaparan. Tapi sebelum pegi makan Mak singgah la kejap beli barang2 kek sikit....pastu Ayah plak singgah ofis Maa Takaful nak submit borang.

 Selesai semua urusan penting maka kami pon bersemangat la nak pegi mengisi perut. Lapar giler dah semua ni . Perut kita orang semua dah menyanyi2. So cik abang kata kita pegi 1B la...so ok la. ke 1B la kita semua....

Mak pon berpikir2 la nak makan apa...sambil wajah tersenyum2 bahagia...sedapnya kalau boleh makan Nando's...Chicken Rice Shop pon sedap juga. Tapi...kalau da…

Dari Dapur Janna : Sambal Bilis Tempoyak Petai ( or without the Petai, hehe)

Image
Assalamualaikum semua....

 Ok kali ni  ada sebab nak update blog sebab ada sahabat ni mintak resepi. So kita mengarang resepi la kali ni .

Resepi yang sahabat saya minta ni adalah resepi Sambal Bilis Tempoyak dan Petai. Saya sebenarnya bukan lah peminat tegar tempoyak...mungkin sebab saya orang kelantan kot. Kalau di Kelantan kami tak makan tempoyak..tapi kami makan Sambal Durian....tapi saya tak makan jugak pon, Hehe. Well, apa beza SAMBAL DURIAN   dengan TEMPOYAK ? Sambal durian ni di buat dari durian fresh dan masih elok...pastu di tumbuk dengan cili padi bagi pedas2...tapi tempoyak plak sifat dia masam2 sikit...itu lah bezanya.

Okey, back to our resepi. Actually respi ni saya main hentam jer. Sebab saya memang tak tahu resepi asal. Main belasah ikut suka hati je. Asal nya saya tengok kat Facebook ada orang upload gambar...saya plak memang suka makan petai....so terliur ler. Kebetulan plak ada tempoyak beli dengan sorang sahabat ni jugak..so bermula la sesi menerai dan mengolah resepi…