Posts

Showing posts with the label you and me

Serupa Tapi Tak Sama

Image
Suami saya tak pernah tak ada misai. Sejak misai mula2 tumbuh dulu memang dia tak pernah sekali pon cukur misai dia. Masa saya kenal dia dulu pon memang dia dah ada misai ,nipis2 gitu...dan saya sangat la suka kan misai dia tu. Bila dah kawin beberapa tahun dia ada cakap kat saya dia nak cukur misai dia. Saya tak bagi. Saya kata nanti dia nampak macam budak form 3 yang baru nak amek PMR. Saya juga kata kat dia, dia nampak lebih hensem kalau bermisai. Tetapi baru2 ni...well, actually, tader la baru jugak....beberapa bulan lepas laa...sebelum raya puasa lagi la...dia akhirnya telah mencukur misai dia. Saya pon redho ajelah. Cuma masa mula2 tu saya tengok muka dia nampak laiiiiin je bila tak bermisai neh. Namun, walaupon misai dah cukur...tapi dia dah simpan janggut plak. OK lah....sunnah lagi pon kan. Tetapi....baru2 ni ada orang kata muka dia dah macam Beto Kusyairy la pulak ! Member ni yang memang langsung tak pernah dengar dan tak kenal pon sapa Beto Kusyairy gigih la google image.......

Honeymoon

Saya teringin la nak pergi berbulan madu. Sejak saya dan suami berkahwin almost 13 years ago kami tak pernah pegi berbulan madu berdua. So sekarang ni since anak2 pon dah besar memang teringin nak pergi honeymoon ni. Tader la nak pegi jauh2 pon, dekat2 pon boleh....asal berdua . Pergi Kundasang je pon ok jugak ! Atau pon kalau time kami balik Semenanjung tu dapat pergi berdua ke Pantai Cherating pon dah ok rasanya...ehehe....tak pon pegi Pulau Perhentian ke....haa...tengok my cousin pegi Pulau Perhentian bestnye lah ! Cantik sungguh pantai dan air laut nya amat la jernih. Tapi kalau ke Perhentian Island tak bawak anak2 macam tak best plak sebab anak2 pon belom sampai jugak lagi...jadi macam tak best plak tinggal anak2. Tapi pernah la pergi tido di hotel berdua je dengan suami 2 tahun lepas. Alaa..hotel kat Keningau ni je pon...masa tu Cik Abang kena bertugas untuk Sukan Sabah la jugak....so wasit2 ni dapat la bilik penginapan kat hotel...so hari last tu wasit yang dok sebilik dengan my...

Angau

Sejak dua menjak ni dada asyik berdebar je. Hati ni pulak asyik berasa rindu je.  Setiap hari selalu rasa macam tak sabar nak berjumpa. Apelah maksudnya semua ini? Aduhai.......l

Berdua denganmu.

Baru2 ni saya ke KFC berdua sahaja dengan suami. Lepas dah dapat order kami pon duduk la di meja kecik sesuai untuk dua orang ,duduk saling mengadap. Tiba2 lalu seorang kenalan suami dan menegur kami berdua..... " Wah....romantiknya. Berdua je ? " , Suami mengangguk, saya pula cuma tersenyum sahaja. Actually, ini bukanlah kali pertama kami keluar berdua. Malah boleh di katakan kami sentiasa keluar berdua hampir setiap hari . Tambahan pula suami saya kalau ada urusan sekali pon lebih gemar membawa saya bersama. Kalau tiada urusan pon suami saya memang akan pastikan sekurang2 nya 2  kali seminggu kami berdua mesti kluar berdua. Bukan pegi mana2 pon, pegi minum2 he, duduk2 bercerita....sambil pegang henfon masing2 and melayari Facebook. Kuik kui kui  .Hatta nak mengopi dengan kawan2 dia pon dia akan bawak saya bersama. Kadang2 malu juga saya sebab saya sorang je perempuan, suami saya sorang je yang bawak isteri , sedangkan kawan2 dia semua datang sorang, single. Paling2 pon b...