Posts

Showing posts from July, 2013

Macam2 ragam maknosia....

Image
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. “Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dari saya dan keluarga untuk seluruh muslimin dan muslimat. Maaf lah, sejak dua menjak ni agak tak berapa rajin nak update blog, hehehe.. Alhamdulillah, setakat hari ni baru sekali kami berbuka di luar. Tu pon sebab tak sempat nak masak kerana dok siapkan orde kek orang. Yer, puasa2 ni tempahan kek tetap di buka macam biasa, tade cuti2. Bazaar Ramadhan pegi jugak, tu pon sebab nak beli air tebu yang wajib ada tiap kalu berbuka...pastu beli la jugak tau fu fa ke..kuih2 memang tak beli sangat lah. Kalau berbuka pon biasa nya ala kadar je....setakat ni dah buat Nasi Arab, Mee Kari, Mee goreng, Nasi Minyak....(nasi putih toksah cakap la...hehehe). Kuih pon tak buat sangat....buat yang senang and cepat siap je, macam goreng pisang cheese, bubur pulut itam ke..serikaya ...gitu lah. Tapi...bila dah nak dekat berbuka tu..tengok2 kat meja penuh juga dengan macam2 kuih dan juadah lain...hasil sedekah dari jiran2. Kat taman sini memang begitu dah adat nya setiap kali Ramadhan,