Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dari saya dan keluarga untuk seluruh muslimin dan muslimat. Maaf lah, sejak dua menjak ni agak tak berapa rajin nak update blog, hehehe..

Alhamdulillah, setakat hari ni baru sekali kami berbuka di luar. Tu pon sebab tak sempat nak masak kerana dok siapkan orde kek orang. Yer, puasa2 ni tempahan kek tetap di buka macam biasa, tade cuti2.

Bazaar Ramadhan pegi jugak, tu pon sebab nak beli air tebu yang wajib ada tiap kalu berbuka...pastu beli la jugak tau fu fa ke..kuih2 memang tak beli sangat lah.


Kalau berbuka pon biasa nya ala kadar je....setakat ni dah buat Nasi Arab, Mee Kari, Mee goreng, Nasi Minyak....(nasi putih toksah cakap la...hehehe). Kuih pon tak buat sangat....buat yang senang and cepat siap je, macam goreng pisang cheese, bubur pulut itam ke..serikaya ...gitu lah. Tapi...bila dah nak dekat berbuka tu..tengok2 kat meja penuh juga dengan macam2 kuih dan juadah lain...hasil sedekah dari jiran2.

Kat taman sini memang begitu dah adat nya setiap kali Ramadhan, bertukar2 juadah....dapat bagi sikit2 sorang pon dah seronok dah. Yang jadi tukang hantar2 makanan ni haruslah anak2...hihihi. Malah Nana sangat la seronok and tertunggu2 waktu nak bagi2 juadah kat jiran2. Tiap2 hari tanya hari ni nak bagi apa pula....

Apa2 pon mari lah sama2 mengumpul pahala di bulan yang istimewa yang hanya muncul sekali setahun sahaja. Hari ni pon dah masuk hari ke -11. Sekejap je. 

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!