Posts

Showing posts with the label raya

Salam Lebaran 1435H/2014M

Image
Assalamualaikum w.b.t Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maad Zahir dan Batin  untuk semua. Tahun ni kami beraya di Keningau (lagi). Apa boleh buat....cuti pon seminggu je. Lagi pon nanti bulan 9 kami nak balik juga sebab my youngest sister nak kawin. Lain la kalau ada yang sudi nak sponsor tiket flight kami anak beranak. Hahaha...! Mau ada yang tercekik lemang nanti kang kalau dengar suh sponsor. Kan ? Kan ?

Api Yang Berbunga, hehe.

Image
Sebenarnya dari bulan puasa lagi budak2 ni sibuk dok cakap nak main bunga api. Aduhaii.....bukan Mak takmo beli ,masalahnya Mak tak tahu kat mana ada orang jual bunga api ni. Kalau dulu2 zaman Mak kecik2 memang senang nak beli bunga api. Kat mana2 ada orang jual secara terbuka. Tapi zaman sekarang ni dah tak boleh dah....kang tak pasal2 kena tangkap dengan pihak berkuasa kang. Kalau ada pon orang jual bunga api pon semua secara sembunyi2 dan sorok2. Huhuhuhu. Maka untuk tidak mengecewakan anak2 Mak pon beli la mercun pop2 tu...yang banyak di jual di pasaraya dan kedai runcit tu....ala...yang bulat2 kecik2 tu....and bila kita baling ke lantai dia akan meletup2 pop2. Haaa....yang tu lah...terubatla sikit perasaan anak2 walaupon tak seseronok bermain bunga api, Hehehe.... Tiba2 budak2 ni ternampak anak2 one of my jiran main bunga api. Ntah dari mana diaorang dapat pon saya tak tahu. Mak pon cakap la kat Yasmin suruh tanya Rashdan ( anak jiran tu laa...and dia sekelas dengan Yasmin ) kat...

Salam Aidilfitri 2013

Image
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada : - Kedua ibu bapa saya yang berada di Kota Bharu, Kelantan, - kedua ibu bapa mertua saya yang berada di Pulau Indah, Port Klang, Selangor. - kakak sulung saya Aida sekeluarga yang berada di Singapura, my second sister Ramizah sekeluarga di Kuala Lumpur, my 3rd sister Noor Haniah sekeluarga yang berada Bangi, Selangor, my 4th sister Halilah sekeluarga di Kota Bharu ,Kelantan. - kepada adik2 saya Abdullah Munsif dan isteri di Seri Kembangan ,Selangor, Wan Azizon sekeluarga di Kulim, Kedah, Siti Aisyah sekeluarga di Sandakan, Sabah, Ahlami sekeluarga di Yonezawa, Jepun dan Fatien Adibah di Bangi, Selangor. - juga buat ipar2 di Pulau Indah dan Shah Alam, - buat kawan2 di SRK Redang, Ma'ahad Muhammadi (P), SM Ismail Petra, Matrikulasi UPM Terengganu, UPM Serdang - sahabat2 dan saudara seGayong PSSGM, PSSPGM - sahabat2 dan kenalan2 di Keningau dan seluruh negara , sahabat2 di alam maya dan di alam nyata....

German Cookies

 Nana cakap dekat Mak nak makan "Biskut Mahal " yang macam Che Tie buat tu....so Mak pon gigih la mintak resepi dengan Che Tie.....belum buat pon lagi ...tapi letak resepi kat sini sebab senang nak rujuk, heheeh....kepada kawan2 yang nak cuba buat pon boleh la tengok resepi kat sini. Bahan2 pon tak banyak yang pelik2 ni....boleh cuba la..... German Cookies.  Biskut ni memang sedap.. cair dlm mulut.. mungkin sbb tepung kentang tu.. hehehhee.. semalam kami wat 3 adunan , arini wat lagi 1 adunan..sedap punya pasai hihiiii. . jom skodeng resepi Bahan-bahan : 125 gm butter 40 gm gula icing* 1 sudu teh esen vanilla 125 gm tepung kentang (kat bakery ada juai ni)* 80 gm tepung gandum* ayak bahan yg bertanda * Cara: Pukul butter & gula icing hingga sebati. bubuh esen vanilla. Pastu campur tepung gandum & tepung kentang. Gaul bagi rata & jadi doh. Doh ni lembik sikit, simpan kejap dlm peti es. Kejap ja dlm 1/2 jam camtu. Pastu buat bulat2 & tekan d...

Salam Aidilfitri 1433/2012

Image
Salam Aidilfitri !  Maaf lah lama tak update, sibuk beraya. Hehehe. Well, tahun ni macam2 juga tahun2 yang lepas kami sekeluarga beraya di Keningau sahaja walau pon memang ramai juga sahabat2 yang pulang beraya di kampung ...sedih juga. Tapi...tak apa lah....insyaAllah nanti sampai juga giliran kami untuk beraya di kampung . Cuma jangan nanti bila dah boleh balik beraya di kampung bergaduh pulak nak balik kampung sapa dulu....hahahaha. Kalau gaduh2, kita raya di KEningau ajelah.... Kami dah buka pintu rumah untuk tetamu2 datang pada 2 Syawal. Menu simple2 jer ....satay, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh dan juga sambal sotong. Itu jer. Simple2 jer. Hari tu kami memang dok kat rumah sungguh2 tunggu tetamu datang. Ingat kalau line clear nak la cabut kejap pegi ke rumah jiran yang membuka pintu pada hari tu juga ....tapi tak dapat, tetamu tak putus2 datang so memang tak boleh nak tinggal langsung. 3 Syawal terus la sambung ke open house lagi....makan tak henti2. Tapi tetap berin...

Kad Raya Pengganti Diri

Image
Tadi lepas baca entry pasal kad raya di blog my sister - Ami, timbul la idea nak update blog. Asal nya nak komen je kat entry dia sekali tengok2 tulis komen dah macam karang satu entry .... hahaha, jadi baik saya update blog kan ? Sebenarnya dah lama saya tak menghantar kad raya. Lagi2 zaman sekarang ni yang mana ramai orang lebih suka wish melalui SMS and kad raya elektronik...termasuk la saya. Ye la...kalau sms tu modal nya kecik je, tak payah kuar rumah nak beli kad ..tak payah pegi pejabat pos. Tapi tahun ni saya bersemangat pulak nak pos kad raya. Awal2 lagi dah beli kad raya siap2, beli stem  banyak2...lepas beli tu terus balik rumah and tulis siap2 untuk dihantar kepada yang tersayang. Memang betul macam Ami cakap...kena put a quite some of effort untuk hantar kad raya ni..and kena ada modal juga!Modal duit untuk beli kad raya and stem, juga modal air liur untuk tampal stem. Hahaha ! Juga kena memerlukan ketahanan jari yang tinggi lebih2 lagi bagi saya yang adik beradik ...

Aidilfitri 1432H @ Sandakan

Image
Ya Allah....seriously la sangat malas nak update blog. Ntah penyakit apa menyampuk pon tak tahu. Cerita raya dengan gambar raya yang di janjikan pon tak letak2 lagi. Ape lah nak jadi. Nak kata sibuk...tak la sibuk jugak, biasa2 jer . Cuma bila tiba hujung minggu je order agak lebat la jugak sebab orang dok order untuk open house kan. Alhamdulillah...walaupon sekarang ni sendirian je mengurus...tapi masih cukup tangan lah cuma tu la kalau ada apa2 hal dan kena keluar rumah..kena la tutup kedai kejap,ehehehe..konon la kedai. Ok la...meh la kita bercerita pasal raya sikit. Raya pada tahun ini macam juga tahun2 lepas kami beraya di Sabah je. Cuma kali ni ada sedikit kelainan sebab kami beraya di Sandakan...rumah my sister Siti. Selalunya Siti kalau dia tak balik beraya di Kelate dia akan datang beraya di Keningau , tapi kali ni kami la pulak yang ke Sandakan.....ok la tu...lagi pon lama dah tak ke Sandakan. Perjalanan nak ke Sandakan dari Keningau sangat la jauh. Baru sampai Kundasang Yas...

Selamat Hari Raya !

Selamat Hari Raya semua...! Cuti raya dah habis...skolah dah stat balik. Masih juga tade mood nak update blog. Bak kata Makcik Rehan...Roh belom mari gitu.... Nanti kang saya update la bila2 yer? Dengan tepek gambar gak sekali.... :)

25 Ramadhan 1432H

Ramadhan has almost come to its end. Sedihnya lah rasa. Anak2 rasa seronok lah sebab nak beraya. But as for me rasa sedih. Moga2 di panjang kan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang lain pula. Persiapan raya ? Biasa2 sahaja. Tiada langsir baru, tiada perabut baru, rumah pon tidak bercat baru...owh...cuma ada orang tu ber'lense' baru. Lain2 biasa2 sahaja. Baju raya dah lama tempah, dah lama siap pon. Sepasang sorang je baju kurung. InsyaAllah kalau ke KK nanti mahu juga cari lagi sepasang untuk anak2. Biskut raya pon saya tak tempah. Buat pon tidak. Kalau sempat esok nak buat lah. Kalau tak sempat kita tunjuk2 saja lah . Tahun ini...seperti tahun2 yang lepas kami beraya di Sabah sahaja. Cuma ada kelainan sedikit lah. Kami beraya di Sandakan, bersama adik saya Siti ,suami nya Hisyam dan anak nye Muhammad Nabil. Tak sabar rasanya. Kebiasaannya kalau Siti tak balik ke kampung dia sekeluarga akan ke Keningau untuk beraya bersama2 saya sekeluarga...tapi tahun ni t...

Raya 2010

Image
Salam semua....amacam raya ? OK ? Kami semua beraya macam biasa la...tapi tahun ni rasa semacam skit....semangat nak beraya tu tak berapa nak ada. Pergi cari baju raya anak2 pon last minit.....lagi 2 hari nak raya baru pegi KK. Tido sana satu malam. Jenuh cari baju raya anak2...last2 amek mana yang ada jer pasal dah tader saiz. Tu la akibatnya kalu pegi last2 minit kan ? Mak and Ayah cuma beli kasut raya je sorang sepasang and mak cuma ingat nak makan jer. Pastu balik Keningau pon rush2 sebab ada orang nak amek kek. Aduhaii...itu yg buatkan mood nak soping pon tak berapa best sebab dok tingat kan oder orang. Lain kali kalu nak pegi berjalan2 ke...jangan la gatal nak amek oder kan ? Nanti tak dapat nak berjalan2 dengan tenang. Selalunya tiap2 tahun saya mesti buat satay. 2 hari sebelum raya dah siap potong ayam and siap perap dah. Tapi kali ni ...alahai......tak prepare apa2 pon. Ntah la kenapa. End up 1st day raya memang tak wat apa2....memang plan tak mo wat apa2....hahaha..pagi2 pegi...

Salam Aidilfitri 1431H

Image
Saya dan suami ,Mokhsin Shaari serta anak- anak- Sophea, Laila, Yasmin dan Aina, ingin mengucapkan Selamat menyambut Aidilfitri buat seluruh kaum keluarga kami yang berada di Kampung Penambang, Kota Bharu Kelantan, Adelaide, Australia dan di Kg. Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang... Juga buat sahabat2 di SRK Redang, SK Pulau Indah, Ma'ahad Muhammadi (P), SAM Hishamudin Sg. Bertih, SMK Ismail Petra, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, UPM Terengganu, UPM Serdang, SMK Bingkor, Keningau, buat kenalan2 di alam maya CARI Forum, Bincang.Net dan pelanggan2 setia saya...serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia dan juga di seluruh dunia.... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

apa nak cerita?

Image
Apa nak cerita? Actually sekarang ni saya tak tido lagi, sebab nak buat kuah kacang or kuah satay. Ni haa....my blogger fren nih Ain a.k.a Nonie tempah ngan saya satay ..tak penah saya amik order buat satay nih walaupon saya ni boleh kata tiap2 kali Raya puasa memang mesti buat satay. Tapi bila Ain ni mintak tempah....saya pon kata....apa salah nyer kan? Ain mintak 250 cucuk satay jer.....(sebak tu eden sanggup,hahaha). Satay Ayam 150 cucuk.... Satay daging 100cucuk, dua2 belom di bakar. ni kacang tanah yang sudah rela untuk di blend..... Pastu kebetulan pulak ada kawan satu forum ni pon mintak saya buatkan Cheesecake sebiji ngan brownies......alhamdulillah...rezeki di bulan Syawal. Dah beriben pon brownies.... Ni pulak Simply Sinful Cheesecake.... Duhh! terliur saya tengok kek nih, geram .Silap2 nanti saya buat sebijik untuk saya jugak, hehehe. (Owh...saya kena ingat pesan Kak Ngoh saya...kena jaga makan,hehehe.)

Aidilfitri 2009

Salam Aidilfitri buat semua. Lama tak update blog. Tak sempat + takder masa + takder idea +malas +takder mood +penat pon yer....hehehe. Raya di Keningau tahun ni macam jugak tahun2 sudah, penuh ngan acara makan2..hehehe. Nama pon raya kan. First day raya kami pegi jalan2...second day raya baru kami bukak rumah untuk kawan2 datang. Aku buat satay ayam dengan nasi impit nd kuah kacang pastu ada jugak mee kari. Actually mee kari tu back up plan jer...sebab satay sumer dah sold out...ehh..sold out plak...dah habis maka terpaksa la buat mee kari plak. Tak sangka la pulak tahun ni laku la pulak satay gwe. Alhamdulillah. Punyer la sibuk sampai tak teringat nak amik gambar, gambar makanan,gambar orang...gambar tetamu...apa lagi gambar sendiri . Hadoi! So raya tahun ni..tak banyak gambar sangat lah. Kawan2 datang sampai ke malam...hinggakan kami sendiri pon tak sempat nak pegi rumah2 jiran2 sebelah yang sama2 buat open house. Nak buat cemaner kan sebab dah buat serentak kan. Setakat ni...sampai...

Dah nak raya ker?

Image
Kejap jer kan? lagi seminggu dah nak raya. Rasa macam baru jer poser. best nyer kalu raya2 ni dapat balik kampung...beraya ngan mak ayah....adik badik....sedara mara. *sigh* For the past 6 years we (me and my small family) had been celebrating hari raya here in Keningau and this year..it's going to be our 7th year or Raya in Keningau. Sedih tu...sedihla jugak..tapi nak buat macam mana. Kalu ada rezeki lebih2, teringin jugak nak balik beraya. Tapi, apa boleh buat. Ni pon ramai dah member2 kat sini yang start balik kampung. Ada yang dah balik hari ni....ada yang akan balik besok.....tapi yg paling ramai minggu depan la...hari Selasa....Rabu.....Khamis....ish....jeles la pulak. Tak pelah. Siyes memang lama betul kami tak merasa suasana beraya di kampung. Rasa nya anak2 pon, as long as they can remember..they never had any memories of celebrating the Eid with their relatives, not that they can recall of. And I think..since kami lama sangat tak beraya bersama, our absence pon dah tak t...

Salam Aidilfitri

Image
Salam Aidilfitri dari Mokhsin, Zanariah, Sophea, Laila, Yasmin dan Aina Keningau, Sabah. owh...lama nya kita tak bertemu di alam maya ni kan? Maaf la sebab masa dah hujung2 Ramadhan tu memang dah tak sempat nak online.....bila dah raya plak lagi la tak sempat sebab sibuk beraya. Hehehe.... Anyway, Syawal kali ni macam biasa la kami sambut di Keningau untuk kali- 6....nak buat macam mana kan....cumer yang istimewa kali ni my sister Siti and her husband Hisham pon datang beraya bersama kami di sini dari sandakan. Diaorang pon tak balik. So meriah la sikit. Hari Ahad (28/9) tu my Ayang pegi ke KK untuk jemput Siti and Ise. Aku tak ikut la...malas lah, lagi pon hari tu baru jer pegi KK. Tak boleh kerap sangat ke KK.....duit macam air kelaur kalau ke KK....nak wat cemaner,godaan tu banyak sangat...hehehe. Anak2 la yang paling happy sangat kalau Che Tie n Ayah Sae diaorang datang nak2 plak Che Tie n Ayah Sae dah beli ole2 for each and every one of them. Barbie Mariposa untuk Sophea...Laila p...