Kad Raya Pengganti Diri

Tadi lepas baca entry pasal kad raya di blog my sister - Ami, timbul la idea nak update blog. Asal nya nak komen je kat entry dia sekali tengok2 tulis komen dah macam karang satu entry .... hahaha, jadi baik saya update blog kan ?

Sebenarnya dah lama saya tak menghantar kad raya. Lagi2 zaman sekarang ni yang mana ramai orang lebih suka wish melalui SMS and kad raya elektronik...termasuk la saya. Ye la...kalau sms tu modal nya kecik je, tak payah kuar rumah nak beli kad ..tak payah pegi pejabat pos. Tapi tahun ni saya bersemangat pulak nak pos kad raya.

Awal2 lagi dah beli kad raya siap2, beli stem  banyak2...lepas beli tu terus balik rumah and tulis siap2 untuk dihantar kepada yang tersayang. Memang betul macam Ami cakap...kena put a quite some of effort untuk hantar kad raya ni..and kena ada modal juga!Modal duit untuk beli kad raya and stem, juga modal air liur untuk tampal stem.

Hahaha !


Juga kena memerlukan ketahanan jari yang tinggi lebih2 lagi bagi saya yang adik beradik ramai ni...ye la...nak mengarang kad raya kan....nak kena tulis address lagi....tambah2 plak saya yang dah lama tak pegang pen ni....asik pegang senduk ( eceh! konon rajin masak la tu....hahaha) , pegang telipon, pegang keyboard je kan.....




Ayat yang di karang plak kena kreatif juga, tak boleh la guna ayat yang samaaaaaa je untuk 10 keping kad yang nak di hantar. Kena la karang ayat yang berbeza...so jenuh juga di situ. Dah tu pulak adik beradik saya ni dok merata2 seluruh Malaya and abroad so address pon macam2 pesen......Klinik kesihatan laaa...jalan tekukur laaa...seksyen2 laa...puncak2 laaa......batu2 laaa.....condo2 laa...alamat nama macam Phua Chu Kang pon ada ! Yang macam ayat mantera nak berbomoh pon ada ! Ohmachi....Oh machi.... hahaha. Sabor jelah. 

Kad yang pertama tulis ok lagi tulisan....masuk kat untuk adik beradik yang ke -6 dah buruk dah tulisan....masuk kad untuk adik beradik yang ke-7 sampai salah tulis ...sepatut nya Adinda jadik Kekanda...hahaha...sabor jelah... ( kepada yang berkenaan, sori again la ye ! ) . Selain kad raya untuk adik beradik saya yang 9 orang tu ..( ye la 9 sebab tak termasuk saya)  saya juga ada hantar kad raya untuk sahabat2 yang rapat dengan saya juga. Saya hantar tu tak lah mengharapkan balasan tapi saya tahu dalam banyak2 kad yang saya hantar tu confirm ada sorang yang pasti balas , kalau saya tak hantar kad raya pon dia tetap akan hantar jugak kad raya untuk saya ....every year never failed to send Raya cards.  :)

Jadi dah siap2 tulis2 and tampal stem kena la pos pulak....so tidak dapat tidak kena la pegi ke pejabat pos . Punya la gigih nak hantar kad raya kan ?

Kepada mereka yang hantar kad raya kat saya tu, terima kasih banyak2 ! Suka sangat2 ! Saya dah stick di peti ais ...hehehe....ye la..nak gantung2 kat dinding tak padan la plak ...ater 2 keping jer....hihihi.










Ok lah....Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan saya di mana jua anda berada ! Maaf Zahir dan Batin......


p.s  : shoot gambar untuk Raya 2012 ni tak buat lagik,.....haish, sempat ke ?

Comments

Aisyah Wm said…
teringin jgk nk hantar kad raya.. tp tahun ni byk kekangan.. huhu.. anyway thank u vry much kk ja for the card. mmg best bila dpt kad raya ni..bc kad yg di tulis tgn.. (ptt la kad tie buruk doh ckit tulisan..maklumlah dah no.8..huhu)
fatienwm said…
ater p0n 2 keping jugok...:P

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!