Thank You Allah
Ok lah. mari la kita cerita benda yang berlaku Rabu lepas. Entry ni mungkin panjang sikit la yer. Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya tapi masuk hari ni...hari Rabu juga...sudah seminggu ia berlalu. Kejap je . Tengokkan gambar dalam entry yang sebelum ni so dapat la anda meneka bahawa kami eksiden. Ya. Hari Rabu lepas. Hari tu kami tak plan pon nak pegi KK. Last minit punya plan. Dalam pukul 10 pagi baru la saya SMS incik suami tanya dia kot2 la boleh ke KK hari tu sebab dah banyak barang2 kek yang habis. Mula2 incik suami kata pegi esok sajalah (Khamis) tapi saya kata hari Khamis saya ada driving class yang saya tak sanggup nak ponteng , so saya kata kita pegi hari Jumaat ajelah.....dah Jumaat suami pulak ada hal...maka nak jadi cerita kami bertolak juga ke KK hari Rabu tu. Anak2 pula yang besar2 memang nak tinggal ...yang kecik dua orang ni jela..... Saya pon cuba tanya Ita - my weekly cleaner , dia keje kat lorong belakang rumah saya ni jugak. Alhamdulillah Ita was available so ...