Posts

Showing posts from July, 2010

:(

I'm having an emotional breakdown. Waking up in the morning with a feeling like this, is not fun at all. Hell no.

Dah kena dah.

Image
Dah kena apa? Dah kena banci laaa.....hehehe. Semalam la dok dengar umah jiran depan ada orang dok bagi salam..intai2....ooo...orang membanci sudah datang! cepat2 tukar baju yg semenggah skit...pakai tudung. Yang membanci di rumah saya ni perempuan. Budak lagi. Rina namanya. Baru omo 20 tahun. Maknanya masa previous census tu omo dia baru 10 tahun....hehehe. Macam2 la dia tanya. Ala...sapa2 yang dah kena banci tu tau la kan all the basics questions tu kan. Dah habis dia interview saya...saya pulak interview dia. Hahaha...biasa la saya ni, tak sah kalu tak interview orang. Saya tanya dia omo berapa...orang mana...cemaner dia leh tahu pasal orang nak cari pembanci and apa proses2 yang dia kena lalui sebelum lulus untuk jadi pembanci. Tanya punya tanya...sekali dia kenal Hugau daa....sabor jelah. Saya tanya jugak la pengalaman dia dok membanci cemane.....dia cakap masa dia sampai taman perumahan saya ni, dia takut ada anjing jer. Saya cakap, tak per...kat lorong rumah saya ni memang tade

Pengakap: Buat Sehabis Baik!

Image
Hari ni awal2 lagi dah siap wat nasi ayam. Malam tadi dah siap2 perap ayam, so hari ni tinggal goreng jelah. Pastu plak tadi pagi ada budak2 pengakap mai umah. Hmm..aku sker layan budak2 pengakap neh. Aku tak tahu la nak suruh diaorang wat apa..suh sapu2 je kat depan umah tu,susun2 kasut2 and selipar.....kalu ikut hari aku nak suh depa lipat kain,sapu lantai, vaccum umah, mop lantai....kasi clear sumer sawang2....cuci dapo, lap2 perabut...segala2 nya lah! Hahaha....biar rumah ku bersih dan bersinar2. Baru la kalu ada tetamu datang nanti...tader la depa bercerita2 di belakang saya betapa bersepah2 dan berkubang2 nya rumah saya ni, kan? walaupun rumah saya tak cantik serta berhias, tapi saya ikhlas menjemput kawan2 saya datang ke rumah. Saya menerima kedatangan mereka dengan hati yang terbuka.Tapi tak pela...nak wat cemaner..rumah saya ni tak cantik serta tak berhias.....tak secantik rumah sesetengah orang. Dan w/p orang buat macam tu dekat saya...saya takla buat perkara yang sama....kal

Banci Penduduk

Saya ni dok tunggu orang datang membanci di rumah saya. Tak sampai2 pon lagi. Hari ni dah berapa hari bulan yer? Member saya yang di KK hari tu pon dah datang dah pegawai pembanci...and umah my mom hari tu pon masa saya call tengah2 dok membanci. So terpaksa benti cakap tepon dulu. Bagi laluan kat depa. Umah saya ni...or perumahan saya ni tader datang pon lagik. Hari tu dah ada orang datang. Pakai elok je ngan uniform bagai. Ingatkan pegawai pembanci sekali orang jual kepala gas daaaa.....cheit.

Berkongsi

Biasanya bila kita rapat dengan seseorang, apa pon kita boleh dan hendak kongsi dengan dia. Boleh dikatakan,tiada rahsia. Tetapi, sampai ke suatu tahap apa bila kita menjadi terlalu rapat ,ada hal2 yang kita tidak mau berkongsi dengan dia. Terutama kesedihan kita. Kita tidak mahu dia tahu kita bersedih...kita hanya mahu dia nampak kita gembira dan tiada apa2 masalah. Macam antara ibu dan anak....ibu seboleh2 nya tidak akan menunjukkan kesedihannya kepada anak2 walau sesedih dan sewalang mana pon hati nya.

Lagu apa nak nyanyi ni haaa...?

Ahlami! Bagi idea kat saya nak nyanyi lagu apa ni yang sesuwai dengan tema hari ni- tader semangat dan rasa nak nangih. Time gini2 ni..mula la nak menyanyi2...layan blues konon, hehehe...tp tak tahu nak nyanyi lagu apa la. Lagu2 lama2 orait jugak, sebab lagu2 zaman skang ni saya tak berapa folo laa...dengar gitu2 jer. Sebab memang jarang dengar radio pon. Lagi pon kat Keningau ni radio yang best skit pon Muzik FM la......lain2 FM....cam Sinar ka....Hot Fm laaa...Era kaa..Mix ke....apa ker...tak dapat. Kalu di KK...dapat la jugak. So,apa lagu nak nyanyi ni ?

Perangkap Dah Mengena!

Image
Akhirnya, perangkap yang di pasang sudah mengena. Perangkap apa pulak? Perangkap tikus daa.. kat rumah kami ni lately banyak betul tikus. Aduii...geram sungguh. Malam2 tu kat atas siling kemain lagi dengar tikus2 dok main kejar2..berlari2...entah2 dok menari2. Sebelum ni pon ada jugak, tp tak la sebanyak skang. Sejak orang dok wat perbesar jalan raya dekat ngan perumahan kami ni....habis longkang2 di korek...utan2 di tebang...pastu kebetulan pulak belakang umah kami ni ada orang wat ladang kambing.....so rasanya..tu pon kira macam faktor penuymbang la jugak kepada peningkatan komuniti tikus ni di kawasan perumahan kami ni. Sori la gambar tak berapa memuaskan...almaklum, pakai camera fon jer, DSLR tader... ( Ahlami , pinjam Nikon awok tu...) So incik suami telah membeli sebuah perangkap tikus. Hasrat nye nak menjerat tikus la barang seekor dua. Masa mula2 letak....tak dapat2 pon. Umpan habis....tikus sekor pon tak dapat. Bijak betul tikus2 ni skang yer. Last2 kami tukar. umpan....bubuh

Ini la dia.

Image
Memandangkan ramai yang dok tanya lada putih ni cemaner...jadi meh saya tepek gambor dia. Saya tak tahu la kot2 memang ada nama khas ke untuk lada ni...tapi saya panggil lada putih jer, dek kerana kulit dia yang putih....hehhehe....rasa dia tak pedas....bagi saya la (sebab saya sangat suka makan pedas). Kalu geget2 gitu pon baru la ada rasa aura2 pedas di sket.....kecik je lada ni ...macam saiz cam lado cengik @ cili padi tu jugak hai...saya lada putih. ni plak ikan terubuk masin Sarawak. kot la ada yang tak kenal kan...hehehe

Selamat Hari Raya

Image
Selamat Hari raya semua. Setelah berpuasa selama 3 hari berturut2..pastu cuti poser selama 3 hari juga...dan sambung balik puasa selama 4 hari berturut2 akhirnya tiba la masa untuk saya berhari raya puasa ganti. Sebagai sambutan hari raya saya ni, maka saya telah pergi membeli sarapan nasi lemak. Dah lama asik dok bersahur je kan...jadi bila dapat peluang bersarapan..elok la kita sarapan dengan Nasi Lemak. Nak buat sendiri...tahu2 ajelah, saya ni 'rajin' orang nya. Lagipon sian pulak Makcik yang jual nasi lemak tu....tade orang nak beli pulak nasi lemak dia. Juadah di pagi raya Saya pergi beli sarapan dengan menunggang kapcai somi saya tu. Kejap je pegi sebab tak jauh mana pon. Sampai2 rumah and elok je nak parking kapcai tergolek jatuh sebiji kuih roti goreng saya. Hmm...tak pe la, tader rezeki. Tanpa melengah2 kan masa saya terus bersarapan. Wangi betul nasi lemak yang dibungkus dalam daun pandan ni,eh! daun pisang laaa.....tapi hari ni nasi dia mcm terlebih air. Lembik sik

Sambal IKan Masin

Image
Atas permintaan sahabat saya DD yang nak sangat resepi Sambal Ikan Masin ni maka saya tepek la kat sini. Actually, saya merasa agak pelik dan sedikit terkagum juga bila dia mintak resepi ni dan beriya2 menyuruh saya menepek nya di blog, sebab mintak2 resepi2 ni adalah di luar kebiasaan dia. Yang biasa dia wat ialah suh orang siap2 buat untuk dia je supaya dia hanya tinggal untuk makan je. Jadi besarla harapan saya agar dia dapat buat sendiri Sambal Ikan Masin ni.... Actually resepi ni saya tak pasti la betul ke tidak, ori atau tak sebab saya main hentam je ikut instinct saya je. Sebelum ni pernah makan la...beberapa kali je pon, and sedap la pulak. Nak beli kat kedai ke...tader pulak orang jual. So nak tak nak saya cuba sendiri jelah. Saya rasa Sambal Ikan Masin ni memang originated from Sabah ni kot....tapi tak tahu la kot2 tempat lain pon ada. Tapi kalu versi Sabah lebih kurang gini la resepi nya. (Sekarang kalu orang tanya apa makanan Sabah yg best...saya boleh cakap Hinava and Sa

Saya sangat gembira

Image
Yer...hari ni saya sangat gembira sebab hari ni saya dapat bercuti! Bercuti ke mana? Owh...tak ke mana2 pon, tak keluar pon dari Keningau ni, cuma dapat bercuti dari kerja saya! Hari Sabtu ada order pagi je pastu untuk Ahad pon tader order maka dapat la saya bercuti dari kerja sekali sekala! Bahagia sungguh rasa . Kegembiraan saya itu bertambah2 bila saya juga dapat cuti memasak. Woot ! Woot! Sebab saya ada jemputan kenduri both on Saturday and Sunday. Berganda2 bahagia. So petang semalam selepas balik dari kenduri rumah colleague Encik Suami kami terus ke pekan. Cari barang2 sket....pastu balik. Nikmat nya dapat berjalan2 di siang hari. Sebab dah lama benar saya tak meronda2 di waktu siang. Hari ni pulak anak2 semua di kerah bangun pagi sebab nak pergi bersarapan. Owh...sudah lama tak pekena roti telur ka...roti sardin ka....bila dapat makan roti telur cicah kari +gula sangat la heaven. Lepas tu pegi pulak pasar nak top up lauk pauk di peti ais. Sejak dua menjak ni asyik menapau je ke

Happy anniversary my dear BLOG! hehehe..

yer..saya hampir terlupa. 8July lepas genap la 5 tahun saya di dunia blogging ni. Wah...dah 5 tahun....tak sangka plak boleh setia dan mantain berblog. Asal berblogging sebab suka. Lagi pon I have always loved to write. If only I got the chance to actually learn how to write properly I think I would be a good writer. Hehehe. And if only I read more and more books I guess that would help too. Okay lah..semoga saya akan terus berblogging selagi terdaya.....

Biler Cik "M" datang

Biler cik M datang misti blog saya tak berupdate. Bila Cik M menjelma..saya rasa nak bergolek2 je sepanjang hari. Aduhaii...nasib baik kerja sendiri , jadi tak der Boss yang nak marah2. Hahaha. Marah diri sendiri la...boleh? Tapi ...nak tak nak, kerja saya tetap kena siap kan, tempahan orang mesti kena setel kan. Jadi..what the hell am i doing here? Get your ass up and do your work! There are buns to be baked and cakes to be decorated !