Posts

Showing posts from June, 2018

Tips Supaya Anak-anak Mudah Tidur Malam

Assalamualaikum semua...

Sejak dua menjak ni terasa rajin pulak nak update blog. Hehe.

Sekarang ni dah pukul 2 pagi dan saya masih belum tidur. Bukan apa tadi lepas solat Maghrib saya dah terlelap sekejap. Sampai tak pergi terawikh di masjid. Bila saya sedar dah dekat jam 9. Suami pon dah balik dari masjid.

Umar dan LinLin pon dah nyenyak tidur dari tadi lagi. Oh, sebut pasal Umar dengan Lin saya teringat seorang kenalan saya ni tentang anak2 dia yang jenis tidur lambat sampai jam 2,3 pagi. Allahu..kesian betul dengan dia. Hampir setiap malam jadi burung hantu.

Macam Umar dengan Lin pon kadang2 kerap juga tidur lambat. Tapi saya ada cara untuk bagi diaorang mudah tidur.

Saya mandikan mereka berdua sebelum tidur!

Betul!

Saya tak kira pukul berapa pon hatta jam 12 tengah malam pon saya mandikan je budak dua orang tu. Saya mandikan dengan air suam laa. Orang tua2 kata tak bagus mandi malam takut nanti kena penyakit paru- paru berair? Nampaknya itu semua mitos semata mata. Para doktor pon…

Pergi Tak Kembali.

Image
Hari ni sudah masuk hari ke-16 kita di bulan Ramadhan. Baru la saya nak update blog. Hehe. Tak apa.

Apa nak cerita ya...?

Owh..ye..Ramadhan kali ni saya telah kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang sangat baik. Sentiasa tersenyum. Mudah untuk kita minta tolong. Sahabat satu sekolah rendah dulu. Radzuan nama dia. Tapi kami semua panggil dia Wan je.

Masa sekolah dulu saya tak pernah sekelas dengan dia rasanya. Arwah telah diserang angin ahmar untuk kali kedua beberapa hari sebelum puasa dan tak sedarkan diri. Sebelum ni pon dia dah pernah kena stroke sekali...tapi just mild stroke. Masih boleh berjalan..masih boleh memandu kereta.

Wan ni memang baik orangnya. Cakap pon lembut je. Muka tu tersenyum sokmo. Kalau geng Redang ni ajak jumpa, pegi minum2 ke...pekena me rebus ke dia mesti join. Tak pernah tak join. Kali terakhir saya jumpa dia masa akhir tahun lepas. Kita semua ramai2 pegi makan mee rebus kedai Rahim. Hehe.

Siapa sangka, Allah panggil dia dulu...di usia 42 tahun. Perginya di…