Pergi Tak Kembali.

Hari ni sudah masuk hari ke-16 kita di bulan Ramadhan. Baru la saya nak update blog. Hehe. Tak apa.

Apa nak cerita ya...?

Owh..ye..Ramadhan kali ni saya telah kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang sangat baik. Sentiasa tersenyum. Mudah untuk kita minta tolong. Sahabat satu sekolah rendah dulu. Radzuan nama dia. Tapi kami semua panggil dia Wan je.

Masa sekolah dulu saya tak pernah sekelas dengan dia rasanya. Arwah telah diserang angin ahmar untuk kali kedua beberapa hari sebelum puasa dan tak sedarkan diri. Sebelum ni pon dia dah pernah kena stroke sekali...tapi just mild stroke. Masih boleh berjalan..masih boleh memandu kereta.

Wan ni memang baik orangnya. Cakap pon lembut je. Muka tu tersenyum sokmo. Kalau geng Redang ni ajak jumpa, pegi minum2 ke...pekena me rebus ke dia mesti join. Tak pernah tak join. Kali terakhir saya jumpa dia masa akhir tahun lepas. Kita semua ramai2 pegi makan mee rebus kedai Rahim. Hehe.

Siapa sangka, Allah panggil dia dulu...di usia 42 tahun. Perginya di pagi Jumaat, di bulan Ramadhan yang mulia. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 arwah Mohd. Radzuan Nurullah. Ameen.



Mohd. Radzuan b. Nurullah
(1976 - 18 Mei 2018
Bersamaan 2 Ramadhan 1439)



Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik