Dari Dapur Mak Janna : Tom Yam Putih Campur My Style

Baru baru ni ada beberapa orang sahabat yang request resepi tomyam putih  style mak. Mak masih belom update lagi resepi nya. So hari ni memandangkan mak berkelapangan marilah kita update sebelum terlupa.






TomYam Putih Campur My Style


Bahan2:

3 ulas bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih ( diketuk kasar)
1inci lengkuas (dihiris kasar)
5 batang serai ( dititik)
5 helai daun limau purut
sekeping asam keping
7biji cili padi diketuk ( boleh ejas ikut suka pedas anda)
air perahan limau nipis ( dari 2biji limau)
2 batang carrot saiz kecil ( di potong bulat2)
1 mangkuk bunga kobis
1biji bawang holland ( dipotong wedges)
2biji tomato di potong 4
2 pelepah daun ketumbar ( dipotong kasar2)
2 sudu besar susu cair
garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil serbuk/kiub pati ayam
4 cawan  air
Minyak secukupnya untuk menumis

Lauk2 untuk tomyam :

1 cawan  isi ayam ( dihiris)
sedikit bahagian ayam bertulang ( dipotong kecil)
12 ekor udang ( di buang kulit dan dibelah belakangnya)
1 cawan sotong ( di potong bulat atau memanjang)
Jika suka boleh juga letak ketam, kepah, dan juga daging.


Cara2:

-Panaskan minyak di dalam periuk, kemudian tumis kan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Selepas itu masukkan ayam yang bahagian bertulang dan tumis lagi hinggaq ayam layu. Masukkan pula air.

- Sekarang masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi , asam keping, carrot , tomato dan air perahan limau nipis. Tutup periuk dan biarkan ia menggelegak.

- Bila air sudah menggelegak, masukkan pula bunga kobis dan bawang holland. Jika suka boleh juga letakkan cendawan tiram atau apa2 cendawan kegemaran. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk atau kiub pati ayam. Rasakan. Biar cukup rasa masin, masam, manis dan pedas nya. Jika ada mana2 yang kurang boleh la di tambah. Ketika ini kuah tomyam akan kelihatan masih cair, Tapi jangan risau ya sebab belum siap lagi.

- Biarkan kuah mendidih lagi, kemudian barulah masukkan udang, sotong dan juga ayam ( juga lauk2 lain), biarkan mendidih seketika, masukkan susu cair, kacau2 sekejap dan matikan api.

- masukkan kuah tomyam ke dalam mangkuk dan tabur lah dengan daun ketumbar. Nanti tomyam anda akan berbau wangiiiii sangat. Hehe. Daun ketumbar tu jgn ambil daun nya sahaja, amek semua batang nya sekali. Akarnya pon boleh tapi kena cucu bersih2 sebab akarnya lah bahagian yang mempunyai aroma yang paling kuat.

- Tom Yam Putih Campur My style siap untuk di nikmati dengan nasi panas. Resepi yang Mak share ni cukup lah untuk 4 orang makan.

Okeyy...harap kawan2 yang minta resepi ni dengan Mak boleh la cuba ya! Selamat mencuba!





- Mak Janna-

Comments

Effah Mahat said…
Thank you kak janna
My pleasure effa! 😘
Unknown said…
As reported by Stanford Medical, It's really the SINGLE reason this country's women live 10 years more and weigh on average 42 lbs lighter than us.

(And actually, it really has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and EVERYTHING related to "how" they eat.)

P.S, I said "HOW", and not "what"...

Tap on this link to find out if this little test can help you unlock your true weight loss potential

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak