Posts

Showing posts with the label info

Kokob Rafflesia Conservation Garden, Ranau.

Image
 Baru baru ni suami Mak bawa kami semua bercuti ke Kundasang. Kebetulan kakak ipar pon datang ke Sabah bercuti dengan keluarga so kami pon join la sekali. And kali ni Mak berpeluang untuk tengok bunga Rafflesia secara live! Seronok sungguh. !  I have lived in Sabah for almost 19 years but never once I got the chance to see the biggest flower in the world with my own eyes.  Tempat yang mak pegi tengok #rafflesia hari tu namanya Kokob Rafflesia Conservation Garden . Ia terletak kira kira 6km dari pekan Ranau. Tak jauh mana cuma jalannya memang kena lalu kampung orang.  Mula mula sampai tu terkejut jugak sebab tengok sampai kat rumah orang. Ingatkan salah tempat sebab tak macam garden pon. Hehe. Tapi rupanya memang dah betul. Lepas dah tulis nama dan bayar RM10 seorang tuan rumah tu yang juga merupakan pemegang amanah untuk menjaga Rafflesia ni pon bawa la kami masuk hutan di tepi rumahnya sahaja. Mak dah risau dah kalau masuk rainforest ni...takut ada binatan...

Tagal Kampung Kinolosodon, Papar.

Image
Oh, lupa pula saya nak tulis pasal cerita kami pergi ke Tagal Dolungan Sumbiling, Kg Kinolosodon di Kimanis. Eh, apa tu? Panjangnya nama? Hehe. Ok, mari la kita cerita satu-satu. Tagal ni maksudnya ' tidak boleh memancing'. Mana2 sungai yang sudah kena tagal ni maknanya kita memang tidak dibenarkan memancing kat situ. Tujuannya adalah untuk menjaga stok ikan di sungai tu. Eh, stok la pulak....kira macam nak jaga populasi ikan di sungai tu. Haa..macam tu la. Tapi tak silap saya dalam sekali setahun akan ada satu hari khas akan diperuntukkan di mana orang ramai akan dibenarkan untuk menangkap ikan. Tak kira nak pancing ke, nak jala ke..atau nak sauk2 je tak kisah. Tak silap saya laa...kalau salah tolong betulkan ye? Sebenarnya di Sabah ni ada banyak juga sungai sungai yang kena tagal tapi yang paling popular dan boleh kata paling ramai dikunjungi oleh orang ramai ialah di Kg. Luanti, Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu tu kira-kira 2 jam naik kereta..ataupon mungkin lebih. Bo...

Temasek : A Visit.

Image
Meh la saya cerita masa saya pegi ke Singapura baru2 ni. Sebenarnya dari tahun lepas lagi kami merancang nak ke Singapura tapi tahun ni baru la betul2 jadi.  Anak2 dan Cik Habang memang tak pernah sampai lagi dan saya sendiri pon dah lamaaaa tak ke sana juga. Kami pegi naik keretapi hari Selasa malam Rabu (27/11). Aduhai...keretapi pon kami dah lama tak naik juga. Dapat plak tempat duduk je so lenguh nya boleh tahan la jugak. Kalau dapat tempat tido best la sikit...at least2 goyang2 ketapi tu boleh la kami imagine macam goyang2 tido dalam buaian.  Hehehe. Suami saya bawak mak nya sekali...jalan2 kenal tempat orang. Lagi pon Mak pon tak pernah juga lagi sampai Singapura. Kami sampai di Woodlands Checkpoint pagi2 lagi. My eldest sister, Kakak  and my niece Ann yang jemput and bawa kami balik naik teksi. Sampai rumah Kakak lepas sarapan Cik Habang dan mertau sambung tido. Hehehe. Lepas solat zohor terus kakak bawak kami jalan2. Kat sini kami jalan2 dengan MRT je. OK je...

5 sen

Image
(gambar ihsan Google) Semalam saya ke pekan nak beli Dynamo...ater dah habis dah ni,nak basuh baju pon tak boleh. Dah sudah beli Dynamo dan lain2 ( harusla ada jugak lain2 w/p niat cuma nak beli Dynamo) saya pon singgah la Pizza Hut...saja la nak tapau pizza untuk anak2. Yer, Keningau pon ada Pizza Hut you....hehehe. Saya pon oder la 2 pizza saiz regular dan 4 pieces deli wings. Semua nya RM52.15 , so saya pon bayar la cashier tu RM52.20. Pastu saya pon tunggu la dia bagi resit dan baki 5 sen. Sekali masa dia hulur resit tu dia kata ... " Sori, saya tak ada 5 sen ..." , saya pon hangguk je and senyum. Pastu pegi la duduk kat ruang menunggu tu. Sambil saya duduk dan minum air bergas bewarna kuning yang depa bagi free tu  dalam kepala saya ni masih dok teringat baki duit saya yang 5 sen tu. Memang la cuma 5 sen je...tapi itu duit saya. Pihak Pizza Hut sepatutnya tokleh la amek duit saya suka2 hati dia kan ? Hatta 5 sen je pon. Dalam kepala saya ni dok la berfikir...k...

P.E.T.A.I.

Image
Saya ni suka juga makan ulam2. Tak kira la ulam apa2 pon. Lagi2 kalau ada budu ke..sambal belacan ke....memang meletop lah kesedapannyer. Tapi ada satu ulam yang saya suka ni ..tapi saya tak boleh makan sesuka hati. (Gambar hasil dari Google) Petai. Owh sedap nye petai....yang paling sedap pasal petai ni tentu la bau dia. Hahaha. Sabor jelah. Sama ada petai jeruk ke..celur ke....atau mentah ke semua saya makan. Tapi tu la ..sekarang ni sejak hampir 13 taun dulu kalau saya nak makan petai saya nak kena mintak izin dulu. Wah! Nak makan petai pon nak kena mintak izin bagai ke ? Minta izin ngan sapa ? Tentu la kena minta izin dengan incik suami lah. Dia tak suka bau petai. Apa lagi memakannyer. Jadi bila dia tak suka maka saya pon tak boleh la nak makan sesuka hati. Penah la saya minta la izin nak makan petai ni cicah ngan budu....dia kata boleh....tapi 3 ulas ke. Ade ke patut bagi saya makan 3 ulas ke ? Ada ke orang makan petai 3 ulas je ? Biasa nya tu sorang sepapan ada laa...

Good Luck Mr. Husband and Friends !

Image
My husband has left for Gunung Trusmadi with a group of his colleagues and students. Actually, he just came home from a 3 days trip to Kota Belud on Sunday and now he's gone again. Tak apa lah . he has been looking forward for this trip since this is his first time there. Well, it's everybody's first time since not so many people know about the Trusmadi mountain. Gunung Trusmadi ? Where is that ? Gunung Trusmadi is the second highest mountain in Malaysia. It stands at 2462m above sea level, almost half of Gunung Kinabalu's height. It is situated in Tambunan, approximately 40minutes drive from Keningau. According to people who has successfully conquered its peak, climbing Trusmadi is definitely a different and challenging experience compared to Kinabalu since so many part of its virgin forests has not yet been explored. Unlike the Kinabalu, Trusmadi is not provided with proper tracks and overnight cabins that makes it much more harder for hikers. Why Gunung Trusmadi ? W...

Tibayau

Image
Adik saya Fatien tanya ...Tibayau tu apa? Well, Tibayau ni adalah maskot Sukan Malaysia di Sabah pada tahun 2002. Ehehe....I'm not kidding ! Memang betul pon. Okay lah...i malas nak google2 atau pon copy paste rom Wikipedia..so I tulis je mana yang ai tahu yer dek ? Actually Tibayau is the name the locals (Sabahans) call for the Proboscis Monkey . Tibayau ni memang exclusive hanya terdapat di Borneo sahaja. Monyet ni memang special dengan ciri2 berhidung mancung....no wonder la the Indonesians call them with the name Monyet Belanda sebab hidung monyet tu macam hidung penjajah Belanda di Indonesia dulu...hahaha....nasib la kan. Di mana kita boleh nak tengok tibayau ni ? Tentulah di zoo...tetapi di Sandakan ada satu tempat nama dia Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary di mana di situ memang banyak tibayau and they are not kept in cages macam di zoo. Kiranya macam lebih asli dan semula jadi lah. Best kan Sandakan ni ? Nak Tengok orang utan pegi ke Sepilok...nak tengok Tibayau pe...

LENGA

Image
Ni namanya air lada @ pencicah. Wat makan dengan mee goreng pon sedap, wat cicah kopok lekor ke..kopok keping pon sedap. Cicah popia pon sedap jugak. Bila aku belek2 botol tu terbaca la bahan2 nyer...... lada....gula ...bla bla bla......pastu lenga. ha? LENGA? Muahahahahaahahaaa......!

Breakfast : The Kelantanese Way

Image
Yup. Lets do it the Kelantanese do it. And how is that? Start your day with the various selection of breakfast menus. The most popular dish is Nasi Belauk. Steamed rice served with either fish or chicken curry. Err...curry ker ? bukan kari tapi kami panggil gulai darat. Owh...nyum2....if you're anywhere in Kelantan there'll be no shortage of breakfast. Boleh kata setiap tempat mesti ada orang jual nasi belauk kat tepi jalan. My tips untuk pilih gerai yang mana..pergi la gerai yang ramai sekali orang pegi beli...yang dok beratur panjang ...ha mesti gerai tu la yang nasi belauk dia sedap. Saya kalau balik Kelantan mesti pekena Nasi Belauk ni pagi2....biasa saya beli di Pasar Kubang Pasu, not very far from Masjid Muhammadi. My choice of lauk has to be lauk ikan la....and ikan untuk nasib belauk ni plak biasa nye Ikan Tongkol lah...tak pon ikan kering pon ada gak. Tengok tempat. maaf la,dah gaul2 baru nak amek gambor -nasi belauk lauk ayam. Kalau anda tak mahu makan nasi belauk an...

Nasi Tupae

Image
Ini dio Nasi Tumpang Oghe Kelate panggey, Nasi Tupae. Kito makae waktu sarapae, kalu nok beli keno gi ppagi, takut habih la pulok kakgi nasi di bukuh nga daung pisae, ddaley dio ado lauk ikae, nasi lembek nga sambal ikae kunyoh sikit pah teghuh telae oghe tuo hok tak dok gigi ataupun budok hok tok tumbuh lagi molek benar la makae goni paka kunyoh nga gusi.... nasi tupae sedak sengoti, makae sekali misti nok lagi, kalu demo nok gi beli, ambo nok kighing seklosong lagi.... bulih ko? p.s : ambo beli nasi tupae ni di Pasar Kubae Pasu...demo pulok,beli mano?

Dah kena dah.

Image
Dah kena apa? Dah kena banci laaa.....hehehe. Semalam la dok dengar umah jiran depan ada orang dok bagi salam..intai2....ooo...orang membanci sudah datang! cepat2 tukar baju yg semenggah skit...pakai tudung. Yang membanci di rumah saya ni perempuan. Budak lagi. Rina namanya. Baru omo 20 tahun. Maknanya masa previous census tu omo dia baru 10 tahun....hehehe. Macam2 la dia tanya. Ala...sapa2 yang dah kena banci tu tau la kan all the basics questions tu kan. Dah habis dia interview saya...saya pulak interview dia. Hahaha...biasa la saya ni, tak sah kalu tak interview orang. Saya tanya dia omo berapa...orang mana...cemaner dia leh tahu pasal orang nak cari pembanci and apa proses2 yang dia kena lalui sebelum lulus untuk jadi pembanci. Tanya punya tanya...sekali dia kenal Hugau daa....sabor jelah. Saya tanya jugak la pengalaman dia dok membanci cemane.....dia cakap masa dia sampai taman perumahan saya ni, dia takut ada anjing jer. Saya cakap, tak per...kat lorong rumah saya ni memang tade...

TQVM

Baru2 ni sudah keluar pekeliling baru yang bertarikh.....err....ntah baper bila ntah, yang menyatakan bahawa mana2 guru @pegawai pendidikan dari Semenanjung yang bertugas di Sabah/Sarawak yang permohonan perpindahan ke Semenanjung nyer berjaya, pihak Kerajaan TIDAK akan menanggung segala kos kargo untuk hantar barang balik ke Semenanjung,.....al-makna, segala barang2 perabut jati berketul...kereta, motor, lori kenala guru tu hantar sendiri, nak pikul atas bahu ker...nak kasi hanyut ngan sampan ker....atau apa2 lah. Untuk memanjangkan kegembiraan para guru, mereka juga di maklumkan bahawa tiket penerbangan balik juga TIDAK akan di beri, maka guru2 dan semua ahli keluarga yang di bawah tanggungan guru/pegawai tersebut boleh la berenang sahaja merentasi Laut Cina Selatan. Hmm.....imagine la kalu cikgu tu dah berkhidmat at least 6,7 tahun, misti dah kawin..ada anak 2 orang ker....paling koman misti dah ada keta sebuah...motor sebutir....barang2 rumah misti dah penuh rumah......mainan an...

Feeding the kids

Macam mana nak start yer...? Gini la...saya ni...sangat la malas nak suap anak saya makan. Adakah saya ni seorang ibu yang jahat or tidak menyayangi anak2 nyer hanya kerana saya tidak suapkan makanan kat anak2 saya? My kids..once they know how to feed themselves then I will stop spoonfeed them as youg as 2 years old.Tak kuasa la nak suap2 kan anak2 yg dah besar2 nih....makan la sendirik. Terukkan? Kecuali laa...depa demam ker....tak larat sgt ker...atau ada la hari2 mereka mengada dan saya rajin melayan..baru la saya suap kan. Even Yasmin pon saya tak suap dah. Aina ni skang ni pon on training to feed herself. Setakat ni my kids..once they turned 2 mereka dah makan sendiri pakai sudu. Makan kat umah ke...kat kedai ke...I'll make sure they will have their own bowl or plate. Kecuali la kalau pegi makan kenduri kat rumah sesapa.....Yasmin n Aina aku akan suap...Sophea and Laila..of kos la makan sendiri jer. Antara alasan2 yang biasa saya dengar bila cakap bab bagi anak2 makan sendiri...

To all mothers out there!

Image
Semalam kemain aku dok perah otak nak cari idea untuk blog aku nih pastu malam tadi bila aku dok belek2 paper terbacalah artikel ni..."kempen penyusuan ibu gagal ". Gagal? Alahai..macam mana boleh jadi macam tu? Aku rasa kecewa sangat bila dapat tahu yang masih ibu2 yang lebih suka bagi anak2 mereka susu formula daripada susu ibu padahal masyarakat sudah sedia maklum betapa susu ibu kaya dengan khasiat dan mempunyai bermacam2 kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh susu formula. Bagi mama2,umi2, ibu2, mummy2 yang berkerja tu nak buat macam mana kan. Dah tak ada pilihan terpaksa la bagi susu formula kat anak2. Rasa2 nya kalu diberi peluang diaorang pun nak breastfeed jugak anak2 diaorang. Tak payah cakap orang lain la macam kakak2 aku yang kerja semua bagi susu formula...masa dalam cuti bersalin 2 bulan tu diaorang bagi la susu ibu pastu bila dah nak start keje balik diaorang akan campur dengan susu formula. Tapi aku memang tabik la kat Kak Ngoh aku nih, walau pun sibuk de...