5 sen

(gambar ihsan Google)


Semalam saya ke pekan nak beli Dynamo...ater dah habis dah ni,nak basuh baju pon tak boleh. Dah sudah beli Dynamo dan lain2 ( harusla ada jugak lain2 w/p niat cuma nak beli Dynamo) saya pon singgah la Pizza Hut...saja la nak tapau pizza untuk anak2. Yer, Keningau pon ada Pizza Hut you....hehehe.

Saya pon oder la 2 pizza saiz regular dan 4 pieces deli wings. Semua nya RM52.15 , so saya pon bayar la cashier tu RM52.20. Pastu saya pon tunggu la dia bagi resit dan baki 5 sen. Sekali masa dia hulur resit tu dia kata ... " Sori, saya tak ada 5 sen ..." , saya pon hangguk je and senyum. Pastu pegi la duduk kat ruang menunggu tu.

Sambil saya duduk dan minum air bergas bewarna kuning yang depa bagi free tu  dalam kepala saya ni masih dok teringat baki duit saya yang 5 sen tu. Memang la cuma 5 sen je...tapi itu duit saya. Pihak Pizza Hut sepatutnya tokleh la amek duit saya suka2 hati dia kan ? Hatta 5 sen je pon. Dalam kepala saya ni dok la berfikir...kalu sehari dia amek 5 sen dari 10 orang, dah 50 sen tu....kali plak seminggu dah RM3.50..kali plak setahun...uish ! banyak jugak tu! Dah boleh wat bayar installment tv LCD yang beli kat Court Mammoth dah rasanya.

Tapi saya ni jenis yang malas nak argue ataupon malas nak cakap banyak dan panjang2 kan cerita so saya iyakan saja and didn't say anything walau pon dalam hati terasa ralat la jugak.

Actually, kejadian tader baki 5 sen ke...10 sen ke...biasa juga berlaku kalau di kedai mamak, tapi at least mamak tu dia tak amek macam tu je. Tapi dia tukar ngan gula2. " Seposen tak ada la adik, amek gula2 la dua biji, boleh ? " . Haaa..macam tu ok la jugak kan ?

Bila dah tulis entry ni rasa macam nak pegi balik je Pizza Hut tu tuntut duit baki saya yang 5 sen tu.


Hahaha.



P.S : Teringat pula kes pekerja Hock Hua Bank in 1991- Aman Shah ( bukan Aman Shah penyanyi tu yer )  yang telah mencuri sebanyak 1sen sehari duit dari semua akaun di bank tempat dia bekerja sampai total duit yang dia curi tu berjumlah RM4.01 juta ! 1 sen je pon, tapi tiap2 hari or maybe selang sehari ke...selang dua hari ke...tapi lama2 sampai berjuta you ! Bijak kan dia ? And he was only 26 then. He was sentenced to 5 years jail.

Comments

fatienwm said…
kak ja punya kisah 5 sen ni sama mcm Bahruddin Bekri punya cerita..waa....hehhe
actually, memang dapat idea ni dari status dio la dek... hehehe.

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!