Feeding the kids

Macam mana nak start yer...? Gini la...saya ni...sangat la malas nak suap anak saya makan. Adakah saya ni seorang ibu yang jahat or tidak menyayangi anak2 nyer hanya kerana saya tidak suapkan makanan kat anak2 saya? My kids..once they know how to feed themselves then I will stop spoonfeed them as youg as 2 years old.Tak kuasa la nak suap2 kan anak2 yg dah besar2 nih....makan la sendirik. Terukkan? Kecuali laa...depa demam ker....tak larat sgt ker...atau ada la hari2 mereka mengada dan saya rajin melayan..baru la saya suap kan. Even Yasmin pon saya tak suap dah. Aina ni skang ni pon on training to feed herself. Setakat ni my kids..once they turned 2 mereka dah makan sendiri pakai sudu. Makan kat umah ke...kat kedai ke...I'll make sure they will have their own bowl or plate. Kecuali la kalau pegi makan kenduri kat rumah sesapa.....Yasmin n Aina aku akan suap...Sophea and Laila..of kos la makan sendiri jer.

Antara alasan2 yang biasa saya dengar bila cakap bab bagi anak2 makan sendiri ni ialah :

-anak2 nanti makan sepah
- lagi banyak nasi yg jatuh ke lantai dair masuk ke mulut
- anak2 makan sikit je kalau makan sendiri

well...what do you expect? If a 18 months toddler trying to feed himself...u expect dia akan duduk dengan bersopan santun serta makan dengan penuh tertib dan tak menumpahkan makanan dia? To master a skill it takes a lot of practice and training a toddler to feed themselvs is the same case. Playing with their food is normal among toddlers because that's what they do. Play. That's how they learn..through playing and this is where we play the role to teach the exact way to "play" the food.

Kita dulu2 pon tak pandai jugak makan sendiri...makan dengan tangan...tumpah2 jugak...tapi lama2...kita dah mahir. Kanak2 pon gitu la jugak...ibubapa cuma kena biasakan anak2 makan sendiri. Bila nak makan nasi tu....letakkan dia atas kerusi dia...letakkan satu mangkuk kecil dengan sudu untuk dia....macam kita sediakan makan untuk kita jugak. Letak la nasi sikit...bubuh la kuah sikit sebagia perasa...kalau ada ikan, ayam..carikkan kecil2 dan letakkan dalam mangkuk mereka. Nanti dia akan kutip makan satu2. Kalau dia main2, kita tunjuk cara yang betul untuk makan. Take their small hands...spoon the food and feed them...and then let them try it out themselves. First rule in teaching ur toddler to feed is do not expect that all the food goes into their mouth. Biarla bertabur sikit..apa salah nyer. Nanti kita kena sapu jugakkan? Kita dulu2 pon main2 jugak dengan makanan kan? Lama2 insyaAllah....ada improvement. Cuma kita ni kena la sabar sikit kalau tengok makanan tu bertabur2.

Paling sesuai nak ajar anak2 makan sendiri ialah dengan bagi dia makan mee, mihun, spaghetti ,atau jenis2 noodles gitu lah. Sebab mee2 ni dia lebih mudah di pegang and kalau makan dengan garfu pon senang nak ambik, jadi anak2 tu nanti tader la mudah rasa putus asa kalau di nak sudukan makanan tu sendiri.

Macam Yasmin sekarang memang dah makan sendiri...dulu2 pakai mangkuk kecik jer...sekarang ni nak pinggan besar macam pinggan kita jugak...layan kan ajelah, asal dia makan. Aina pulak...tengah training....masih bertabur jugak lagi...tapi dah ada banyak improvement. Kalau pegi makan kat luar pon saya akan bagi dia satu mangkuk kecik, letakkan makanan, carik2 kan ayam...nanti dia akan makan dengan khusyuk nyer. Dan kita pon boleh makan dengan amannyer.

Bagi ibu2 yang rasa anak2 tak makan banyak kalau tak makan sendiri...sebenarnyer saya rasa...anak2 tu makan sama banyak je..cume ibu2 ni jer yang macam tak yakin yang anak akan makan banyak or secukipnye kalau makan sendiri sebab dah biasa sangat makan bersuap. Kalau dia tengah lapar, mesti dia akan makan banyak...or at least habiskan nasi di pinggannyer. Mungkin juga ibu2 boleh buat macam ni...

- isi kan nasi sekadar sesenduk sahaja di pinggan anak2..jika dia nak tambah, dia mesti mintak lagi.
- makan la bersama2 satu meja dengan anak2...ini la sebaik2 nyer.
- kalau boleh sebelum mereka makan tu ,elakkan dari beri mereka makan makanan lain, supaya mereka betul2 lapa ketika makan.

kalau anak2 tak berapa nak makan nasi, janganla susah hati...kalau dia nak makan roti...tak ape, sebab roti pon kenyang...macam makan nasi jugak...kalau anak2 memang jenis minum susu..memang dia kenyang..bila perut dah kenyang minum susu..mana la larat nak makan nasi lagi kan?

my kids bukanlah jenis anak2 yang makan banyak. Mereka makan sekadar nye sahaja. Mereka juga tak cerewet pasal makan..ada ikan goreng...atau ayam goreng...telur dadar ker...itu dah cukup sedap dah tu. Sayur2 cukup susah nak makan...tak tahu nak buat macam mana. Mungkin juga saya ni bertuah sebab dapat anak2 yg tak susah makan serta yang mudah di ajar makan sendiri...nasib la anak2...dapat mak macam ni.

Comments

Adrina Adi said…
kak ja,

u kalau jadi penceramah bab2 parenting ni pun okay.

i sokong...
sesemutku said…
ank sulong aku pun dh pndai mkn sndr...actually seawal umo setaun ++ mang dia mkn sndr...berterabur jgn ckp la..lg bnyk tumpah dr msk mulut...tp skrg dah cekap la ckit...pakai sudu pn dah terer..
Mamadleena said…
sebab akak la adleena start mkn pakai sudu belum 2 tahun lagi.. sejak mkn kt umh akak tu .. huhuhu....
kakak: ai? jadi penceramah? siapa la nak jemput ai,ekekeke...tak sesuwai la...I pong byk bender la nak kena bajar....apa2 pon..terima kasih for the compliment..I assume it's a compliment lah,hehehe


semut: wah..bagus2...senang kalau anak2 dah pandai makan sendiri nih, awal2 of kos ler susah skit kan? lama2 okay la..

effa: aiseh? yeker? alah...makan kat umah akak pon sekali tu jer, selebihnyer...atas inisiatif effa sendiri jugak kan? all the best to you!

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!