Tagal Kampung Kinolosodon, Papar.

Oh, lupa pula saya nak tulis pasal cerita kami pergi ke Tagal Dolungan Sumbiling, Kg Kinolosodon di Kimanis. Eh, apa tu? Panjangnya nama? Hehe. Ok, mari la kita cerita satu-satu.



Tagal ni maksudnya ' tidak boleh memancing'. Mana2 sungai yang sudah kena tagal ni maknanya kita memang tidak dibenarkan memancing kat situ. Tujuannya adalah untuk menjaga stok ikan di sungai tu. Eh, stok la pulak....kira macam nak jaga populasi ikan di sungai tu. Haa..macam tu la. Tapi tak silap saya dalam sekali setahun akan ada satu hari khas akan diperuntukkan di mana orang ramai akan dibenarkan untuk menangkap ikan. Tak kira nak pancing ke, nak jala ke..atau nak sauk2 je tak kisah. Tak silap saya laa...kalau salah tolong betulkan ye?

Sebenarnya di Sabah ni ada banyak juga sungai sungai yang kena tagal tapi yang paling popular dan boleh kata paling ramai dikunjungi oleh orang ramai ialah di Kg. Luanti, Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu tu kira-kira 2 jam naik kereta..ataupon mungkin lebih. Boleh dikatakan tempat ni adalah antara destinasi wajib bagi mereka yang melancong ke Sabah. Saya pon tak pernah sampai lagi sebenarnya. Hehe.

Tapi, baru-baru ni (kira2 tahun lepas la) saya dapat tahu dekat Kimanis tu rupanya ada juga Tagal ni. In fact ada dua tempat. Padahal dok lalu situ sokmo, setiap kali nak ke KK memang lalu jalan Kimanis ni tapi tak pernah pula saya tahu ada tagal yang memang dibuka untuk orang ramai. Aduhai....jadi baru-baru ni juga saya berkesempatanlah bawa anak-anak ke salah satu tagal yang ada di jalan Kimaniß ni iaitu Tagal Dolungan Sumbiling, Kg. Kinolosodon yang berada di dalam bahagian Papar.

Tagal Kg. Kinolosodon ni kalau dari Kota Kinabalu jaraknya kira2 1 jam la..tak pon 1 jam lebih. Bergantung kepada cara pemanduan dan trafik. Hehe. Tapi jalannya okay. Tidaklah berliku liku sangat macam nak ke Ranau tu.

Kebetulan hari yang kami pergi tu hari cuti umum tahun baru jadi pengunjung agak ramai. Kebanyakan yang saya tengok memang siap bawa tuala, baju extra , makanan dan minuman sebab memang boleh kalau nak berkelah sambil bakar ayam ke kat situ. Tapi kalau musim cuti agak sesak la sedikit.

Tagal ni dibuka setiap hari dari jam 8,9 pagi ke macam tu sampai jam 4.30 petang. Tetapi....ha..ada tetapi di situ...jika hari hujan dan air sungai menjadi deras biasanya pihak pengurusan akan tutup tagal ni sebab keadaan sungai yang agak bahaya. Hari yang kami pergi hari tu tak hujan pon walaupon cuaca sedikit mendung tapi air sungai nya boleh tahan laju jugak dan pengunjung semua tidak dibenarkan mandi pada hari tu tapi aktiviti memberi makan ikan masih boleh berjalan seperti biasa. Selamatlah kiranya.

Bayaran masuk ke tagal ni tak mahal pon.
Untuk warganegara harga untuk kanak- kanak (12-10 tahun) cuma RM1 dan dewasa (13 tahun ke atas) RM3 sahaja. Bawah 10 tahun percuma. Tak payah bayar.

Mana kala untuk Bukan Warganegara , kanak-kanak RM3, dewasa RM5.

Makanan ikan pula harganya RM2 sebungkus.



Ikan- ikan yang ada di sungai ni ialah ikan kelah yang boleh dikatakan jinak sebab bila kita bagi makan ia akan selamba je datang dekat kita , berbelit2 di kaki. Agak geli juga bila ikan2 tu bergesel. Hehe. Bagaimanapun pengunjung adalah dilarang untuk menangkap dan mengangkat ikan tu...setakat nak gosok2 badan ikan tu dalam air , ok lagi. Tapi kalau sampai nak angkat, nak peluk untuk bergambar....itu tak boleh. Malah ditegah sama sekali. Tiada tempoh masa dihadkan. Maknanya korang boleh nak dok situ bagi ikan makan dari pagi sampai petang pon tak apa.  Cuma orang ramai dinasihatkan agar berhati2 la masa bagi ikan makan tu sebab batu2 kat sungai tu agak licin jugak. Takut tergelincir je.






Macam mana nak ke tagal Kimanis ni ? Anda bolehlah memandu jika nak ke sini. Public transport tu saya tak pasti pulak ada ke yang boleh hantar sampai ke tagal ni tapi kalau dapat memandu sendiri itu lebih baik. Jika anda memandu dari Kota Kinabalu @ Beaufort , selepas bulatan yang nak ke Beaufort tu ada la kot dalam 35minit lagi ...dan simpang tu berada di sebelah kanan jalan. Jika anda memandu dari Keningau , selepas turun dari bukit Kimanis boleh lah drive pelan2 sebab dah tak jauh sangat dah dan simpang tu berada di sebelah kiri jalan. Ada juga papan tandanya. Cuma mak lupa nak ambil gambar. Hehe.

Ok lah. Rasanya cukup lah ni info yang mak boleh bagi dan mudah mudahan ia dapat membantu anda semua.

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik