Kokob Rafflesia Conservation Garden, Ranau.


 Baru baru ni suami Mak bawa kami semua bercuti ke Kundasang. Kebetulan kakak ipar pon datang ke Sabah bercuti dengan keluarga so kami pon join la sekali. And kali ni Mak berpeluang untuk tengok bunga Rafflesia secara live! Seronok sungguh. !  I have lived in Sabah for almost 19 years but never once I got the chance to see the biggest flower in the world with my own eyes. 

Tempat yang mak pegi tengok #rafflesia hari tu namanya Kokob Rafflesia Conservation Garden. Ia terletak kira kira 6km dari pekan Ranau. Tak jauh mana cuma jalannya memang kena lalu kampung orang. 

Mula mula sampai tu terkejut jugak sebab tengok sampai kat rumah orang. Ingatkan salah tempat sebab tak macam garden pon. Hehe. Tapi rupanya memang dah betul. Lepas dah tulis nama dan bayar RM10 seorang tuan rumah tu yang juga merupakan pemegang amanah untuk menjaga Rafflesia ni pon bawa la kami masuk hutan di tepi rumahnya sahaja. Mak dah risau dah kalau masuk rainforest ni...takut ada binatang merayap yang hisap darah tu. Huhu. Alhamdulillah tak ada pon. Tapi mak tetap mengambil langkah berjaga2.

Memang tak jauh pon. Jalan sikit je...pastu terus nampak rafflesia tengah kembang. Memang kagum sungguh bila dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Ada banyak kuntum juga. Ada yang lagi 4 bulan nak kembang...ada juga yang lagi 3 minggu nak kembang. 






So kalau siapa2 nak tengok rafflesia saya memang recommend tempat ni. Walaupon bayarannya agak mahal la jugak...tapi sebab nak tengok punya pasal tak apalah. Mudah mudahan di masa akan datang mereka akan cantikkan lagi tempat ni.


#kokobrafflesiaconservationgarden
#biggestflowerintheworld
#borneotreasure
#ranau
#sabahbeauty
#sabah

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik