Tips Supaya Anak-anak Mudah Tidur Malam

Assalamualaikum semua...

Sejak dua menjak ni terasa rajin pulak nak update blog. Hehe.

Sekarang ni dah pukul 2 pagi dan saya masih belum tidur. Bukan apa tadi lepas solat Maghrib saya dah terlelap sekejap. Sampai tak pergi terawikh di masjid. Bila saya sedar dah dekat jam 9. Suami pon dah balik dari masjid.

Umar dan LinLin pon dah nyenyak tidur dari tadi lagi. Oh, sebut pasal Umar dengan Lin saya teringat seorang kenalan saya ni tentang anak2 dia yang jenis tidur lambat sampai jam 2,3 pagi. Allahu..kesian betul dengan dia. Hampir setiap malam jadi burung hantu.

Macam Umar dengan Lin pon kadang2 kerap juga tidur lambat. Tapi saya ada cara untuk bagi diaorang mudah tidur.

Saya mandikan mereka berdua sebelum tidur!

Betul!

Saya tak kira pukul berapa pon hatta jam 12 tengah malam pon saya mandikan je budak dua orang tu. Saya mandikan dengan air suam laa. Orang tua2 kata tak bagus mandi malam takut nanti kena penyakit paru- paru berair? Nampaknya itu semua mitos semata mata. Para doktor pon dah buktikan bahawa mandi malam ni bukan lah punca kepada penyakit tu.

Jadi, berbalik kepada cerita tadi, memang itulah yang saya amalkan. Mandikan mereka berdua sebelum tido. Sebabnya budak-budak kan suka main. Kadang tu bila dah nak tido badan dah berpeluh2, melekit. Nak tidur pon tak selesa macam gatal-gatal je rasa. Itu yang jadi payah nak tidur tu.

Biasanya saya akan mandikan diaorang dengan air yang suam-suam. Sabun, gosok gigi apa semua. Lepas mandi tu lap kering-kering dan bila nak pakaikan baju tu saya sapu pulak minyak ubat kat perut, dada dan belakang diaorang. Sambil tu picit-picitlah sikit biar diaorang rasa selesa.

Sapukan juga minyak dekat tapak kaki. Ini, jangan kata budak, kita pon kalau dapat macam ni pon rasa best kan?

Lepas dah siap pakai baju apa semua terus la siap-siap nak beradu. Tutup lampu. Kalau perlu buat susu pon buat la siap2. InsyaAllah tak dan lama anak-anak dah terlelap.

So, boleh cuba tips ni dekat anak masing-masing.

Until next time, insyaAllah kita bertemu lagi.

Wallahua'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak