Api Yang Berbunga, hehe.




Sebenarnya dari bulan puasa lagi budak2 ni sibuk dok cakap nak main bunga api. Aduhaii.....bukan Mak takmo beli ,masalahnya Mak tak tahu kat mana ada orang jual bunga api ni. Kalau dulu2 zaman Mak kecik2 memang senang nak beli bunga api. Kat mana2 ada orang jual secara terbuka. Tapi zaman sekarang ni dah tak boleh dah....kang tak pasal2 kena tangkap dengan pihak berkuasa kang.

Kalau ada pon orang jual bunga api pon semua secara sembunyi2 dan sorok2. Huhuhuhu. Maka untuk tidak mengecewakan anak2 Mak pon beli la mercun pop2 tu...yang banyak di jual di pasaraya dan kedai runcit tu....ala...yang bulat2 kecik2 tu....and bila kita baling ke lantai dia akan meletup2 pop2. Haaa....yang tu lah...terubatla sikit perasaan anak2 walaupon tak seseronok bermain bunga api, Hehehe....

Tiba2 budak2 ni ternampak anak2 one of my jiran main bunga api. Ntah dari mana diaorang dapat pon saya tak tahu. Mak pon cakap la kat Yasmin suruh tanya Rashdan ( anak jiran tu laa...and dia sekelas dengan Yasmin ) kat mana dia beli bunga api tapi malu la pulak si Yasmin neh....aduhaiiii.....mana la dia tak jadi malu sebab si Rashdan ni suka sangat panggil nama Yasmin, kui3. Asal nampak je Yasmin nanti mesti dia akan panggil2 ...." Yasmiiiinnn....." . Keh3. Dah jadi bahan la plak kakak2 ( dan Mak & Ayah,hihihih) untuk kacau Yasmin. Hahaha. Saborjelah kan....

Last2 Mak la jugak yang jadi tukang tanya...tanya Rashdan beli kat mana...dia kata beli kat S****Y ( tokleh kabor, takut keno ambush,hehehe) . So Mak pon plan la nok gi beli bunga api lah. Tapi sejak Rashdan bagitahu kat mana nak beli tu Mak tak gi beli2 lagi....hihihih...2 hari dah delay sampai Nana pon dah muncung sebab Mak tak pegi2 jugak beli bunga api.

Alih2 semalam Rashdan mai umah bawak sekotak bunga api. Ayah dia yang tolong belikan katanya...aiseyman....baik nya lah Rashdan. Cemaner dia bagitahu Ayah dia suh beli tu pon Mak tak tahu . Hehehe.....tengok2 kat kotak tu dia tulih 100pieces. Haa..Hamek ko ! Nak main sangat bunga api kan....tapi  bunga api tu bukan la Rashdan bagi free....Mak bayar laaa....hehehe. Terima kasih yer Rashdan...mekasih daun keladi !

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!