German Cookies

 Nana cakap dekat Mak nak makan "Biskut Mahal " yang macam Che Tie buat tu....so Mak pon gigih la mintak resepi dengan Che Tie.....belum buat pon lagi ...tapi letak resepi kat sini sebab senang nak rujuk, heheeh....kepada kawan2 yang nak cuba buat pon boleh la tengok resepi kat sini. Bahan2 pon tak banyak yang pelik2 ni....boleh cuba la.....

German Cookies. 

Biskut ni memang sedap.. cair dlm mulut.. mungkin sbb tepung kentang tu.. hehehhee.. semalam kami wat 3 adunan , arini wat lagi 1 adunan..sedap punya pasai hihiiii.. jom skodeng resepi

Bahan-bahan :
125 gm butter
40 gm gula icing*
1 sudu teh esen vanilla
125 gm tepung kentang (kat bakery ada juai ni)*
80 gm tepung gandum*

ayak bahan yg bertanda *

Cara:
Pukul butter & gula icing hingga sebati. bubuh esen vanilla. Pastu campur tepung gandum & tepung kentang. Gaul bagi rata & jadi doh. Doh ni lembik sikit, simpan kejap dlm peti es. Kejap ja dlm 1/2 jam camtu. Pastu buat bulat2 & tekan dgn garfu & hias la ikut suka hati. Kami boh love merah.. hehehehe. Bakar suhu 170C masa 15 minit.. (ikot oven masing2 la). Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!