Macam2 ragam maknosia....


BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama


 Apa komen anda pasal kes ni ? Hmmm...kalau saya la kan...anak saya tak buat kerja skolah, lepas tu kena rotan pulak dengan cikgu....pastu keluar dari kawasan skolah pergi merayau ke hujung kampung sorang2...pastu ngadu plak kat saya, harus saya tambah rotan lagi  dan bukannya pegi buat report polis !

Saya memang beri kebenaran kepada cikgu (secara bertulis)  untuk merotan anak saya sekiranya perlu. Tapi rotan pon di bahagian yang dibolehkan sajalah, macam tapak tangan ke...bontot ker...betis ke.....dan rotan tu pulak jangan la sampai patah riuk anak saya sudah.....sebab nya saya dulu2 pon memang biasa kena denda macam ni dengan cikgu. Salah 5 soalan ujian Math kena rotan 5 kali kat tapak tangan, salah 10 soalan kena cuit perut sampai biru....tu antara jenis denda2 nya lah, tapi murid2 zaman tu terima je apa2 hukuman dari cikgu. Tader nye la nak pergi balik mengadu kat mak bapak. Jadi orang jugak kami ni !

Dalam kes di atas ni pulak memang dah jelas budak ni tak buat kerja skolah...jadi cikgu nya pon rotan ( kena denda la kan ) dan part yang budak tu kata cikgu halau dia keluar tu rasa nya mungkin cikgu tu cakap macam ni la... 

 " Awak ni nak belajar ke tak nak ? Kerja skolah tak buat ! Kalau awak tak nak belajar baik awak balik je ! ".

 Mungkin juga cikgu tu cakap begitulah lebih kurang la kot....jadi budak ni pon keluar lah dari kawasan skolah. Tapi tak balik ke rumah. Kalau kita la kan kena marah dengan cikgu macam tu tak ada nya kita nak keluar or balik betul2 sebab takut dengan cikgu . Tak berani nya kita nak balik. Betul tak ?

Lagi pon budak ni pelajar Tahun 6, dah nak UPSR tak sampai 2 bulan pon lagi masih lagi nak malas2 tak siapkan kerja skolah...mahu cikgu nya tak hangin ?

Yang bapa nya pon satu...patutnya pegi la ke sekolah anak, tanya cikgu tu sendiri macam mana, dengar cerita dari pihak cikgu tu pulak , bukannya terus pegi balai polis buat report pastu panggil press..... hadoi laahh. dan sepatutnya sebagai ibubapa kenala pantau kerja skola anak2...kalau bapa or ibu budak ni rajin or biasa pantau kerja skolah anak nya tentu kes macam ni tak kan jadi. Sekarang ni haa...fofuler dah dua beranak ni satu Malaya.



p/s : Baru je semalam kat skolah hubby ada kes budak form 5 pukul budak darjah 6 pasal kes berebut jantan, dah jadi kes polis ....adoyaiii...yang ni pon Mak budak tu mai skolah marah2...serang cikgu dengan wajah yang menyinga, sekali bila dah dengar cerita penuh dari mulut anaknya ...singa terus bertukar jadik kucing.  Macam2.

Comments

Unknown said…
huh..kalau garang nye...samala kita...orang lain terpulangla nak rotan ke tak ke...tapi anak den kono la strict banyak..
FA said…
kalu dulu kena maroh ko cikgu or kena denda..takut nak oyak ko ma and abah. takot kena ngepek lagi. hehehe
paNavia said…
Susah jadi cikgu zaman sekarang...
Saya harap saya tidak akan menjadi seperti bapa dalam kes ini..
AziniMZ said…
Ni la situasi kena hadap hari2.. skrip cikgu tu mcm real la k.jana.. hehehe
AziniMZ said…
Ni la situasi kena hadap hari2.. skrip cikgu tu mcm real la k.jana.. hehehe
Sky , tu la pasal...even dalam Islam pon dibolehkan merotan anak ni kalau nak mengajar...

Adek, tu la, tok ajing pong ngadu mugo tahu kalu ngadu pon Ma Abah akan sokom cikgu dari kito, heheh...

Nana, u ok kot...hehehe....

Azie, ahahaha...real la sebab biasa la cikgu2 dulu oyat gini...heheeh....

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak