Dari Dapur Janna : Mac & Cheese, my style.

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak update resepi Mac & Cheese yang dah agak lama jugak la kawan2 mintak. Sebenar nya saya pon tak pasti resepi sebenar macam mana...pernah la tengok sekali dalam rancangan masak2 kat tv tapi ingat2 lupa plak.....tapi rasa nya resepi yang saya try ni ok la kot. Anak2 cakap sedap. Hehe. Dan paling best sebab senang ke nak buat. Anak2 pon boleh buat sendiri ni ....

OK lah..tanpa melengahkan masa mari kita tengok resepi nya yaa...



MAC & CHEESE

Bahan2 :




300g macaroni ( masak seperti yang di arahkan pada packaging, kemudian toskan)




50g butter
2 sudu besar tepung jagung
400ml susu segar

50g cheddar cheese ( parut)
50g mozarella cheese ( parut)
4 sudu besar serbuk parmesan cheese
3 sudu bear serbuk nacho cheese
garam secukup rasa.


Cara2:

- Panaskan kuali/periuk..kemudian masukkan butter dan biar sehingga cair. ( kalau boleh guna periuk or kuali non-stick)
- Bila butter dah cair...masukkan pula tepung jagung, kecikkan api dan kacau2 hingga tepung tak berketul.
- masukkan pula susu segar. kacau2 lagi biar tepung dan susu sebati dan biarkan ia mendidih sedikit.
- Lepas tu masukkan kesemua 4 jenis cheese tadi...kacau2 lagi biar semua bercampur dan cheese yang di parut cair...pastu masukkan la macaroni..
- rasakan..kalau perlu masukkan garam...kalau dah cukup masin..tak payah letak pon tak per..sbb cheese2 tu semua dah ada rasa masin2 jugak..
- kacau2 biar sebati pastu tutup api, siap !


Senang je kan ? Macam kat rumah saya ni stok pasta memang sentiasa ada....stok cheese 4 jenis tu pon boleh kata mesti selalu ada dalam peti ais. So bila2 nak buat pon senang dan boleh terus buat. Cepat siap pulak tu !

So apa lagi..lepas ni bleh cuba ya !




Comments

Dewi Aja said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!