Elvis Presley's Sandwich





Dah lama dah nak makan ni sebenarnya tapi selalu la tak cukup bahan. Kadang2 roti ada tp pisang tak ada. Kadang tu pulak pisang dah ada, roti dengan peanut butter pulak tak ada. Kalau dah tak ada rezeki nak makan macam tu la kan ? Nama benda alah ni Peanut Butter Banana Sandwich atau pon nama glemer dia Elvis Presley's sandwich sebab nya ini adalah sandwich kegemaran Elvis.

Akhirnya semalam dapat jugak makan. Dah beli pisang berangan siap2, pastu roti pon dah beli jugak dengan peanut butter nya sekali. Balik je dari KK terus pegi dapur tengok2 roti cuma tinggal 2 keping je. Pisang pon tinggal 2 bijik je....Alahai....tak apa lah. Janji dapat makan. So buat la ....

Sekali anak2 tengok semua pakat nak terai....padahal sebelum ni diaorang semua mana la suka makan peanut butter, tengok mak letak pisang kat dalam and roti pon nampak garing serta rangup semua la pakat nak terai. Bagi la setiap sorang rasa sikit. Dah semua pakat suka la pulak...suruh Mak buat lagi. Biasa la kan...benda yang sikit tu la yang sedap.

Nanti mak nak pegi beli roti dengan pisang lah. Nak buat lagi .Heheh...

Comments

waah, sedap ke? macam mane buat die che ja?
bagi cheja sedap la...hehehe...nanti cheja ajar yer !

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!