Buhsan la pulak

Hari ni saya merasa sungguh la bosan. Tak tahu kenapa. Mujur la rumah hari ni berkemas elok jer. Jadi tidak la menambah semak di mata dan di kepala ni. Nak kata ada problem..tak pon. Biasa2 jer. Cuma selera untuk makan tu tidak ada tetapi tidak la sampai tak masak. Saya masak tapi saya masak untuk orang lain makan. Bukan untuk saya. Bila anak2 dan suami makan saya duduk semeja tengok mereka semua makan dengan berseleranya.

Jam 4 kami semua ke gelanggang squash. Perut saya dah bergendang2 menyanyi lagu hip hop rasanya. Tapi tak terasa jugak nak makan. Bila anak2 warm up ..saya pon warm up. Lepas tu saya berjoget2 sekejap. Keluar la peluh setitik dua. Lepas tu saya duduk ...sampai badan kembali sejuk.

Balik rumah terus sambung buat kek dan pizza. Ada orang oder. Pon selera saya tidak terbuka. malah bertambah bosan rasanya. last2 saya minum milo je satu mug. jadik lah. kali terakhir saya makan nasi....pukul 11 pagi semalam.

Comments

Effa Sahat said…
alahai kak janna.. kenapa ? the time of the month ke ape... saya pun ada time-time buhsan gile2... huhuhu
nonie said…
ni kiranya buhsan makan la ni yea kak janna? hmmm samala saya pun tengah melalui episod kebosanan melihat makanan... hatta terbau certain2 makanan sekali pun tak lalu... huhu tapi demi baby, ku gagahkan gak menelan... huhuh

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!