Advetorial

Semalam saya telah melawat satu pusat rawatan kecantikan yang baru di buka. Saya sungguh tertarik dengan pusat kecantikan ini sebab ada sesuatu yang istimewa serta lain dari yang lain. Cuma tak tahu la pulak apa nama kedai ni.



Sebaik sahaja sampai di pintu hadapan kita akan di sambut dengan "papan tanda" ini...



Pusat rawatan ni banyak di tampal dengan pelbagai notis dan papan tanda sebagai peringatan kepada pelanggan dan juga sesiapa yang berada di dalam premis.

di bakul sampah pon ada notis






Ketika saya sampai di situ terdapat 2 orang pelanggan sedang menunggu giliran di ruang khas untuk menunggu........






setia menunggu giliran dengan sabar.



...dan ada seorang pelanggan sedang menjalani rawatan. Mujurlah saya telah dibenarkan oleh pemilik premis ini untuk merakamkan sesi rawatan yang sedang dijalankan.




Saya di fahamkan bahawa pelanggan ini sedang mendapat rawatan untuk melembutkan kulit tangan .


Pelanggan di bawah pula datang untuk menjalani rawatan melembutkan kaki. Itulah yang istimewa tentang pusat kecantikan ini kerana anda boleh memilih untuk membuat rawatan bagi anggota badan yang tertentu seperti tangan sahaja (kedua2 belah tangan atau tangan kiri atau kanan sahaja), kaki sahaja, belakang badan sahaja, rawatan muka dan mata dan macam2 lagi.




tekun melayan pelanggan



Jika anda penggemar rawatan muka anda boleh mencuba sesi rawatan mask kertas yang di tawarkan oleh pusat ini. Teknik rawatan muka ini adalah teknik terbaru yang julung2 kali diperkenalkan di pusat ini malah saya rasa ini lah satu2 pusat rawatan yang menawarkan teknik ini kerana rawatan mask kertas ini memang di cipta oleh pengasas pusat kecantikan ini.


pelanggan yang menjalani rawatan mask kertas.







Testimonial :


Cik Sophea Munira ,10 tahun : Saya memang berpuashati dengan khidmat yang saya terima di pusat kecantikan ini dan saya memang pelanggan tetap di sini. Saya memang pastikan untuk datang ke sini setiap bulan dengan menggunakan elaun yang di berikan oleh Mak saya.




Cik Yasmin Liyana, 5 tahun : saya mempunyai masalah gatal2 di bahagian lutut , saya telah disarankan oleh sahabat saya untuk datang ke pusat ini . Sekarang gatal2 di lutut saya sudah semakin berkurangan , malah kulit juga semakin lembut.

Comments

Adrina Adi said…
kah kah kah........
DD said…
wahahahaha... best best... tak larat gelak aku. best giler.
fatien adibah said…
hhahaha!!Aduh la..at first mati2 percaya kedai betol.skali anak2 u semua!!lawokss
kakak: jemputla ke pusat kecantikan ni ya.

DD : blushing

adek: budok2 ni ,macae2...
iena hamdi said…
hahahahahahahaha
anak 2 dara kak janna
SN said…
kelaslahhh...beria aku dok heran spa apa banyak notis nih
Ahlami said…
MUAHAHAHAHHAHAHA !

mok and anok2 serupo jah belako! hahahahadoiii
RS said…
sorry akak kerana menyibok di page ini.saya adalah kawan fatien dan saya lihat anak akak pakai baju Liverpool.moga-moga besar nanti dia terus menyokong liverpool.btw, nice entry.keh3.mintak maaf lagi sekali kerana menyibok datang ke page ini.terima kasih.
ise3339 said…
kreatif sggh la budaok2 ni main..
tp mak dio dulu2 pom kreatif jgk main... jadi pramugari la...mcm naik flight:)
iena : tula budak2 ni,ada2 jer.

baya: hahaha,ada satu lagi notis aku tak ingat nak amek gambor

ami: mueheheee...2x5.

RS : owh,anda tidak menyebok,anda di alu2kan. anak saya pakai baju liverpool sbb ayah dia minat liverpool,itu lah sebab nya. by the way, marilah kita bertukar2 link.

Tie n Ise: hahaha,yer cumo maso Ma tok caro la nok amek gambar ko,gapo ko,hihihi.
Bintun Kasim said…
acik janna, lucu laaa... keh3x... mula2 tu fikirkn btol... hahaha... biasa la tu anak2 dara kn... ^_~
akimichi said…
spa q versi kanak2..hahaha
Adoiii...tergelak dibuatnyer entry nko kali nie. Mmg besh sesangat!

Paling besh tu mask fm kertas...konpem spa lain mmg tak ada cam nie punya.

Sweet betul yr 4 little princesses...sumer cantik2 belaka..cam ibu dia jugak.
ramizah said…
aduhai anak2 buah aku ni..memang kreatif and innovatif
Halen said…
hahaha.. ingatkan salon btol2 la. ni la best nya klu ramai adek beradik kan nk main pun xde masalah. kesian plk kt nasya xde kwn nk main asik main ngan teddy bear yg tak bernyawa je huhu..

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!