Posts

Kembali bersama Chef Laila Amani.

Image
selamat sejahtera tuan2 dan puan2...bertemu lagi kita dalam rancangan bersama Chef Laila amani. Hari ni chef telah menyediakan satu lagi resepi yang sangat mudah. Anak2 puan pon boleh buat kat rumah. Resepi kita ada hari ini ialah... ROTI TELUR. Untuk melihat cara2 membuat nya kita boleh la rujuk gambar di bawah yer...... ( kalau tak dapat baca arahan resepi, sila klik gambar untuk imej yang lebih besar yer) yer...itu lah resepi kita untuk kali ini. Harap anda semua dapat mencubanya di rumah, jika ada sebarang kemusykilan..anda boleh la bertanya kepada mak kepada anak sedara anda.....sekian. p.s: ingat pesan chef... celuk roti ke dalam mangkuk yer......

Sekarang.

Yer..sekarang saya dah tak boleh tido dah lepas subuh. dem. sekarang saya kena prepare brekfes cincai2. sebab sophea dah sekolah pagi. Yasmin dah tadika pagi. sekarang dah tak boleh iron baju hari isnin..kena iron baju hari ahad. sekarang juga sejak yasmin masuk tadika, aina pon bangun pagi jugak. haish. jadi bila yasmin mandi pagi2 kol 7 nak gi tadika, dia pon mandi gak skali. sekali harung senang. sekarang laki den pon tokleh tido lepas subuh sebab pukul 6.30 kena hantar sophea gi skolah sebab dia masuk kelas kol 6.40....kol 7.30 pulak hantar yasmin. sekarang ni asal tengahari kol 1,..kol 2 ker kepala mula pusing2. tandanya kena tido la tu. haish. payah ni nak tido siang. camno? tahun depan semua skolah pagi. boleh saya berdeting pegi sarapan dengan cik abam. wah...dah pikir tahun depan. tahun ni pon baru masuk. sekian.

Resepi Tomyam Seafood

Image
Jadi, untuk menceria kan hari yang mendung je ni mari kita belajar cara2 nak masak tomyam seafood yer... Mula2.... sila rujuk no. 1 dan 2 yer.... Pastu tengok plak no. 3....amek ko...ayam kena tikam, Kemudian....ehh...dah skip no. laaa...hantam sajalah....tapi ntah sape la ajar dia serai yang di picit.... Seterusnya............. And then.........pastikan cendawan yang terkoyak yer.... akhirnya....taraaaaaa.....! Siap! Itu lah sahaja resepi tomyam seafood untuk hari ni. Sehingga kita bertemu lagi di lain rancangan bersama Chef Laila Amani lagi........bye!

Urrghhh..!

hari ni saya mulakan hari saya dengan rasa yang tidak best. Urrghhh..! sungguh saya tak suka. Rasa tak bersemangat jer. rasa macam badan saya ni kering .....tak per lah.Harap2 esok akan menjadi hari yang best dan lusa pula lebih best. Itu lah azam saya untuk hari ni.

Back to School, Go to School !

yup...Sophea and Laila are back to school while yasmin goes to school for the first time. hehehe. Tahun ni Sophea dah start sekolah sidang pagi sebab dia dah masuk Tahun 4. Ish2..dah besau dah anak mak. Laila plak masih lagi sidang petang. Yasmin pulak saya enroll kan dia ke Tadika Pasti As-Syariff. Yasmin pon gi sekolah pagi. So kali ni no more nap lepas subuh,hihihih. And lupa pulak..my husband pon back to school jugak! Dia masih lagi setia di sidang petang...entah la..macam takder harapan dah dia nak naik ke sidang pagi. Tak per lah Yang.....you lebih sesuai mengajar petang. Persiapan anak2 ke sekolah biasa2 jer...ala kadar jer. Mana barang2 lama yang masih boleh di guna kita guna je...tak perlu beli yang baru. Macam baju2 sekolah tak beli baru pon. sebab baju sekolah tahun lepas masih elok2 lagi. Lagi pon tiap2 tahun budak2 ni masing2 memang dapat 2 pasang baju kurung sekolah free ! So jimat dah kat situ. Kasut sekolah pon tak beli baru...tahun lepas punya masing2 dah ada 3 pasan

Bye 2010 Welcome 2011

yup, finally 2010 has come to its end....... 2010 has been a good year for me....my business is growing and hopefully in 2011 it will expand more, insyaAllah. In 2010 also we celebrated our first decade being together as husband and wife..there has been ups and downs...but over all, it was good. I don't have any particular resolution for 2011...er, actually I never had any particular resolution every year because I believe that new resolution should be made on daily basis. I just hope that I'll earn more so that I can give more , I have big dreams especially for my business and my familly. So far it's been wonderful I wanna be a loving, understanding and more patient mother and wife....I wanna be a better daughter to my parents , a better sister to my siblings, I just wanna be a better person in whole. insyaAllah.

Meletopsss!

Image
Tengahari tadi saya tak sempat masak sebab nak siapkan order orang. Kesian anak2. Tapi suami saya yang baik hati telah sudi menapau soto di Warung Alan. Ni pon sebenarnya nak kena siapkan 2 biji kek orang order sebab besok diaorang nak amek pagi2, tapi masih ada hati nak update blog. Jadi....malam ni untuk menebus kes tak masak tengah hari tadi maka saya telah memasakkan Mee Kari untuk anak2 dan juga suami. Anak2 dan suami serta saya sangat suka makan mee2 ni...terutama mee kari dan juga mee bandung. Kalau buat dua menu ni...memang masing2 dok menanti2 bila nak siap. pastu pulak saya kalu buat mee kari misti mewah ...eceh....mewah gitu, misti banyak fish ball....fish cake pon kena banyak...sebab tu memang favourite anak2, pastu udang pon kena banyak jugak sebab incik suami sangat suka makan udang...... Siap je kuah mee kari terus saya hidang masing2 satu mangkuk. Mengadap la masing2 dengan penuh khusyuk. Suka saya menengok. Puas hati masak. Ini gambar mangkuk Mee Kari saya. Mee kari sa

Rindu

Image
Yer saya rindu (Bukan produk Rindu yang x-bini Uncle Seekers senget punya tu....) baru beberapa hari pulang dari kampung saya sudah mula rindu. rindu semua yang ada di sana. rindu dengan air liur Aqeef...(kak nana kata aqeef tetindai detat tampun ) .....dengan budak2 ini...... .....rindu dengan Muhammad Wazif ("Muhammad waziff......"-nyanyi style Nana) ...dan tentu sekali rindu banget sama budak tembam ini.... dan rindu ashtray ni juga...ehh....sebenarnyer rindu dengan Abah saya.....ashtray ni rasanya dah boleh wat masuk muzium rasanya....ashtray tembaga, mana nak cari lagi, kan? gambar crane ni cheja amek dari bilik hotel, istimewa untuk Muaz Wajdi dan che ja suka sangat dengan gambar ni..... :) miss you all!

jumpa x jumpa

Saya sekarang sudah berada di Keningau. Rasa penat masih berbaki namun esok sudah perlu kembali bekerja. Apa boleh buat. Sudah menjadi tanggung jawab. Owh balik kampung tahun ni best. Part yang tak berapa nak best...abaikan saja. Tiap kali balik kampung saya akan pastikan saya dapat bertemu semua adik beradik saya yang seramai 10 orang tu. .....namun kali ni ....macam tahun lepas juga, tak dapat bertemu one of my sisters. Tahun lepas tak dapat berjumpa dengan Kak Ngoh sebab masa tu dia sedang menunaikan fardhu haji di Mekah tetapi pada tahun ni saya tidak di izin kan oleh-Nya untuk bertemu dengan kakak sulung saya...Kakak, yang berada di Singapura kerana tidak dapat balik bercuti di Kota Bharu. Kami cuma dapat bercakap2 di telefon sahaja. Tak per lah. Lain kali la kita jumpe yer Kakak, Abe Long, Kak Long...Kak Ngah and Kak Ann. Miss you all! Owh lagi satu....tak dapat jumpe my very best cousin, Adrina . Huhuhu...sangat sedih. Dengan dia pon tiap2 tahun misti kena jumpa..tp tu la..tah

Mixed

I'll be leaving for Keningau in a couple days........hmm.....I have mixed feelings, sad because my annual balik kampung holiday has come to an end....yet am also happy to get back to my home sweet home....................

Nasi Tupae

Image
Ini dio Nasi Tumpang Oghe Kelate panggey, Nasi Tupae. Kito makae waktu sarapae, kalu nok beli keno gi ppagi, takut habih la pulok kakgi nasi di bukuh nga daung pisae, ddaley dio ado lauk ikae, nasi lembek nga sambal ikae kunyoh sikit pah teghuh telae oghe tuo hok tak dok gigi ataupun budok hok tok tumbuh lagi molek benar la makae goni paka kunyoh nga gusi.... nasi tupae sedak sengoti, makae sekali misti nok lagi, kalu demo nok gi beli, ambo nok kighing seklosong lagi.... bulih ko? p.s : ambo beli nasi tupae ni di Pasar Kubae Pasu...demo pulok,beli mano?

Really.

Malam tadi saya dengan Ma, Abah, Incik Suami dan anak pergi melawat my uncle Ayah In yang baru balik dari Makkatal Mukarromah...my Ayah In nampak kurus sikit, but alhamdulillah...sihat walafiat. Sepanjang perjalanan dalam kereta tu saya tengok di tepi2 jalan banyak betul kedai2 makan, gerai2 dan restoran. Macam2 gaya...macam2 nama...meriah dengan lampu yang berwarna warni....orang pon boleh tahan ramai. Masa tu baru la saya perasan...saya ni orang Kota Bharu...lahir di Kota Bharu...membesar...bersekolah pon di Kota Bharu....tapi saya tak tahu pon kat mana tempat makan yang menarik dan best di Kota Bharu. Pity me kan? Kalau la orang tanya kat mana tempat nak makan Tom Yam yang sedap KB...saya tak tahu. Kalau orang suruh saya tunjukkan tempat makan ikan bakar yang best di KB....pon saya tak tahu. Siyes saya tak tahu. Tambah2 pulak sejak kawin ni pon balik kampung setahun sekali jer... Nak buat macam mana...selama2 saya dok di KB..dari kecil sampai la sekolah menengah kami adik beradik ni
currently at kampung penambang ,kota bharu....my hometown. nasi belauk dah makan....owh..baru tingat..nak kena goreng udang la....chow dulu yer !

Jalan2 Makan Jem

Image
Hari ni hari last kami di Pulau Indah. Mula2 ingat tak dapat la nak ke mana2, lagi pon nak mengemas2...nak packing2 barang....but ibarat orang nak berjalan di beri kunci kereta..( eh...apa plak ibarat,memang ye pon) maka gembira la kami. Mula2 pergi ke Seksyen 3 , Bangi....rumah my sis Kak Noor untuk tajaan makan tengah hari menu nya Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa, Daging Beefstik, hati goreng, ayam masak merah, nasi putih ( boleh tambah tanpa had atau sehingga nasi di periuk habis ) , air oren, air suam, sira pisang, Nasi^Impit dan kuah kacang, satay goreng (set ni di taja oleh Kak Ngoh). Perjalanan ke Bangi dari Pulau Indah sangat lancar melalui Lebuh Raya Kesas dan Plus. Total tol fare was RM6.60 + RM2.70 Setelah dah kenyang kami pon bertolak pula ke PWTC sebab cik abam saya ni nak sangat pegi ke KL Motorshow....dia cakap dia dah dok berangan nak pegi since bulan 6 lagik. Tapi...tahu2 la kalau dah masuk KL...kalau tak makan jem, tak sah. Kali ni memang kami di bagi makan jem cukup2, a

Gembira2 kan diri anda

Yer..happy kan lah diri anda. Supaya anda kekal cantik dan sihat. Betulla orang kata, kalau hati anda tenang...gembira dan tidak sakit....kita akan turut cantik di luaran. Badan kita pon sihat dan susah mendapat penyakit. Jika kita tidak gembira..hati kita tidak tenang....wajah kita pon tidak ceria. Penyakit pon mudah datang . Makan ubat pon susah nak baik. Orang yang sihat....tapi di dalam hati nya tidak pernah gembira dan tidak tenang akan nampak macam orang sakit. Tapi kalau orang sakit namun hati nya tenang serta ceria akan nampak sihat walaupun sedang bertarung dengan penyakit kronik. maka..ceria2 kan lah hidup anda...bersihkan la hati dan jiwa anda..... p/s : I feel sorry for her because she's not happy.

@ Kampung

hi..I'm now at my husband's kampung at Pulau Indah, Port Klang. Setakat ni aktiviti yang kami buat ialah makan and makan and more makan. Adeh. Camno la nak kurus kan? (Kata kakak ipar saya, kalau nak kurus pergi la menebas semak kat belakang umah tu....hihihhi, haaa...amek ko! ) we'll be here until 6th December and after that we'll be flying back to my hometown pulak to see my loved ones. Yeeehhuuuuuu! Owh...saya sangat teringin nak pegi makan nasi beriani dekat Shah Alam yang selalu Ana Suzana tu oder untuk makan2 kat umah dia...so...dok tengok2 gambar kat blog dia membuatkan saya sangat la terliur ....adoii...makan lagik. Ala...tak kisah la....balik kampung setahun sekali je kan. Hari ni tak tahu la nak buat apa....agak buhsan la jugak. Tak per la..hari ni ada Pasar Malam kat kampung cik abam saya nih...so nanti boleh la kita buat lawatan ke sana. Lama dah tak pergi pasar malam....tak per la...walaupon pasar malam kat sini ni tader la besar sangat.... Ingat nak pegi b

GA! Anniversary Give away

Image
Syarat2 nak join mudah je : 1. Keutamaan bg yg jd followers blog ana.. yg takde blog pun boleh gak jd follower, just create google akaun je.. 2. Copy paste entry ni balik dan Letak banner ni kat sidebar korang bagi yg ada blog.. yg takde blog korang email je ye.. 3. Tag 2 org kawan anda.. 4. Yang dah join sila letak link kat komen ye.. utk ana buat terjahan.. takyah wish apa2 pun.. nak wish pun leh gak.. kekeke.. 5. Keputusan ana akan umumkan pada hari anniversary ana pada 28 Nov nanti.. hadiah2 nyer ialah................. Tarikh Tutup : 26 November 2010 Ucapan : Sy sangat suka bulan november. Macam sweet november gitu. Anyway, Selamat ulang tahun perkahwinan buat Ana. Such A sweet Family. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Kehidupan tidak selalu indah, tapi percayalah itu lah kemanisan dalam kehidupan. Good Luck Dear Anna. And the Tag Goes toooo....... 1) Iena hamdi 2) Riko

Apa boleh buat.

Hmm....nampak gaya..rancangan saya nak pergi jalan2....makan angin sambil berehat tidak kesampaian. Konon lepas raya nak pegi Mesilau la....Kundasang laa....tak jadi. Pastu plan pulak nak pegi pulau la...siap berangan nak pasang khemah segala la....pon tak jadi. Owh..hari tu ada la jugak pegi sungai...ala2 picnic...tp ntah.......maybe sebab tu plan orang lain maka saya tak enjoy sangat .tak kisah la asal anak2 enjoy. Tak per la..kita hanya merancang kan ? Allah yang tentukan. Lagi pon ni nak balik kampung dah...maka berehat2 la sepuasnya nanti . Hmmm...boleh ke nak berehat ni ? Tengok la macam mana.....atau nanti rancangan pon hanya tinggal rancangan jer. Saya bukan apa...setelah penat bekerja....I think I deserve to rest and enjoy myself...

Happy 10th anniversary and Happy Birthday Nana!

Image
Last 16 November was our 10th anniversary dan juga hari lahir Nana yang ke-3. Kami pergi sambut di KFC jer and I baked brownies instead of cakes. Buhsan dah makan kek lagi la macam saya ni hari2 dok mengadap kek. hehehe... Ingat nak wat karangan panjang2 pasal cemana saya dan cik abang bertemu sebab dah banyak kali dah jugak peminat setia saya dok suruh saya cerita kisah cinta saya. adoii....macam2 lah. Tapi kali ni macam tak berapa ada mood nak mengarang. Lagipon sibuk skit..nanti kalu saya ada masa dan ada mood saya cerita. Mungkin saya akan wat entry berpassword .....hehehe... and memandangkan my handphone pon dah ala2 nyanyuk..so my lokung gave me this as our anniversary present.... Thank you Yang...... .

Adik2, Kakak dan Adik, Kakak2.

Owh....seronok nye merepek meraban dengan adik2 saya di alam maya tadi. Sorang dok Kota Bharu, Kelantan ...sorang dok Adelaide, Australia dan sorang lagi harus la dok Keningau,Sabah. Lama dah tak macam ni, borak2...bercerita sampai ke pagi....cerita meleret2 dari satu cerita ke satu cerita. Panjang berjela komen2 kat Facebook tu...padahal yang tukang komen nya 3 orang ni jer. pastu saya nak la kongsi kat sini pasal abah saya...abah saya ni klakar....hehehe..abah2...abah tengok gambar kek thomas and kek barbie yang saya buat tu....abah pon puji2 laa.. Abah : Panda Janna lukih...dengae tangae kiri pulop tu... my Ma: ho la...mugo janna kae memae ngiri... kuikuikui........abah2....