O yeah!




Hari ni saya berasa agak gembira! kenapa? keputusan saya untuk mengikut somi saya menghantar Yasmin ke tadika pagi tadi juga merupakan keputusan yang bijak! kenapa ? hehehe...alah,tak ada apa sangat pon sebenarnyer sajer2 nak buat gempak...minta puji.

Lepas hantar yasmin kami pon pergi bersarapan. incik suami makan roti canai telur ,saya pulak makan nasi lemak. Hmm, Nasi Lemak dekat Restoran Novianty ni tak berapa kena la dengan tekak saya. Sambal dia tak berapa kick lah. Tak mengapa. Lepas dah lepak2 bersarapan incik suami membuat satu cadangan..." apa kata kita pergi kedai Aeropedo tu lepas ni...? " (tu kedai sukan). Tentu la saya setuju sebab rancangan nak ke Kedai Aeropedo tu sebenarnya cadangan saya! Saya dah bagi cadangan malam tadi lagi. Hahaha.

Kami pon tunggu la kedai tu di buka...nampak gaya kami la pelanggan mereka yang pertama untuk hari ni. Masuk2 terus pegi kat bahagian raket2 banyak jugak la pilihan...boleh laaa..........setelah di pegang2....di belek2....di genggam2....di hayun2.....incik suami kata " kita beli yang nih!" Wah..! Rasa macam nak melompat kat situ jugak. Tapi ahkak of kos la menten cool. Beli raket tu pulak dapat bola squash sebijik. Bola bintik kuning.




Tak sabar nak ngetest raket baru malam ni. Jumpa di Kompleks Sukan Keningau yer !

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!