Tahun ke-11

Tahun 2011 ni masuklah tahun ke-11 kami di negeri di bawah bayu ni. Suami saya datang ke sini pada bulan July 2000 sebaik sahaja tamat belajar manakala saya menyusul pada bulan Januari 2001 setelah sah bergelar isteri kepada suami saya pada hujung tahun 2000.

Pejam2 celik pejam celik sudah pon masuk tahun ke-11. Sekejap je rasa. Saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan bermastautim di sini. Tidak merancang untuk memiliki rumah di sini, melahirkan dan membesarkan anak2 kami di sini serta menyekolahkan mereka juga di sini. Namun itu lah hakikatnya sekarang.

Ketika saya mula menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini rasa memanglah rasa seronok. Walaupon terpaksa berjauhan dengan keluarga namun bagi saya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Jadi semua itu tidak menjadi penghalang malah saya tidak pernah ragu2 untuk ke sini walaupun ketika itu saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan saya di sini nanti.

Enam bulan pertama saya banyak merungut. Di sini tidak ada nasi belauk, di sini tidak ada keropok lekor. Kalau terasa hendak bersarapan nasi lemak2 pagi pon tidak ada orang yang jual. Kalau terasa hendak makan di luar pon hanya ada 2,3 kedai sahaja yang kena dengan tekak saya. Maka saya sering merungut. Mahu tidak mahu terpaksa la saya membuatnya sendiri di rumah. Tetapi itulah hikmahnya.Daripada seorang yang tidak pandai memasak akhirnya saya boleh memasak kerana keadaan sekeliling yang mendesak saya untuk memasak sendiri.

Tahun pertama saya di sini cuma ada 2 supermarket yang menjadi tumpuan penduduk Keningau dan sekitar . Milimewa (baru) dan Milimewa (lama). Itu pon tidak mempunyai kemudahan escalator. Kami memang tiada pilihan lain. Itu sajalah. Ada juga beberapa mini market lain di pekan Keningau ni cuma yang dua itu lah yang nampak moden sedikit. Mujur lah juga ada KFC....maka tidak la saya terasa hulu sangat. Hehehe.

Kenderaan pon tidak begitu sesak. Boleh kata tidak pernah jem. Suasana malam pon tidak begitu meriah (kecuali di kelab2 malam dan juga pusat karoeke yang agak banyak la juga di pekan). Masuk je jam 9 malam sudah terasa kesunyiannya. Memang sangat berbeza dengan kehidupan malam di Kuala Lumpur yang tidak pernah tidur.

Namun sedar tidak sedar saya semakin senang tinggal di sini. Menjadi warga di sini sehinggakan pada tahun 2005 kami telah berpindah ke kediaman sendiri yang kami tinggal sekarang. Ketika mula2 kami membeli rumah ini ramai yang tidak bersetuju . Kata-kata seperti " owh...sudah tidak mahu balik ke Semenanjung lagi ke? atau pon " owh...sudah nak jadi orang sabah ke ?" adalah antara soalan yang banyak kami terima. Kami hanya tersenyum. Dalam pada banyak reaksi negatif yang kami terima, Abah saya lah antara yang paling menyokong tindakan suami saya membeli rumah di sini. Abah kata, daripada beli kereta mahal puluhan ribu...ratusan ribu baik beli rumah.

Sekarang, makin ramai sahabat2 saya yang akhirnya mengikut jejak kami membeli rumah di sini. Iya, apalah salahnya kalau membeli rumah di sini pon kan? Kalau sudah sampai seru untuk balik ke semenanjung rumah itu boleh disewakan...atau pon dijual. Rumah yang kami beli pada harga RM93k ini...sekarang bernilai lebih dari RM170k. Alhamdulillah..dan oh, ketika kami beli rumah ini kami berdua belom pon berumur 30 tahun.

Selama hampir 11 tahun di sini kami telah melihat banyak perubahan berlaku di Keningau. Banyak perumahan2 baru di bina, bangunan2 baru, sekolah2 baru, jalan2 baru, kedai2 baru. Kereta pon semakin banyak jalan semakin sesak. Orang Keningau pon sudah pandai makan jem di waktu2 puncak. Sudah ada Servay (di Labuan pon tidak ada Servay,hehehe...), ada Keningau Mall (so- called mall ), sudah ada banyak kedai makan yang best, KFC pon sudah di besarkan dah tidak lama lagi akan ada Pizza Hut pula ! Kompleks Sukan Keningau pon sekarang sedang sibuk dengan kerja2 penambahan padang hoki , dan boling padang, di Keningau juga ada tempat main paint ball dan juga gelanggang futsal...jalan raya di Keningau juga sedang di naik taraf dari jalan raya satu lorong ke dua lorong.

Jadi agak2 bila lah hati kami akan terbuka untuk balik ke semenanjung ? Kami tidak ada jawapan untuk itu. Sehingga hari ini kami masih gembira di sini walaupon masih banyak kekurangan. Biarlah kami di sini dahulu. Selama mana pon kami di sini kami tidak akan lupa asal usul kami....di mana pon kami , kami tetap orang yang sama kamu kenali .

Comments

Adrina Adi said…
alhamdulillah.

rasa macam baca buku sejarah jer ni kak ja.
Mrs Hardlena said…
pejam celik x sangka plak janna dh 11 tahun kat sini. seronok alin baca entry janna ni sbb dpt melihat pembangunan di keningau. bufot pun x sehebat keningau, hopefully dpt la ke sana 1 hari nnt.
Keningau begitu synonim dgn u dear. I kalo baca pasal Keningau nie..automatik teringat kat u...peh tu tingat kat ayam percik yg u masak, frozen foods yg u buat...cake yg so marbeles...well done Janna!
iena hamdi said…
betul kata nurul tu kak..

sebelum ni tak pernah dengar pun keningau nun...

sejak kenal akak iena mula tahu keningau.... eh kat labuan tak dak servay ke? ermm ooo servay tu kat miri ada.. hahah patut la mcm pelik baca akak kata labuan tak dak.. sebb iena pernah g.. heheh miri rupanyer...

yup kat labuan pun milimewah nyer tak dak escalotor... mmg hazab la nak naik sampai tingkat 3 nun.. heheh

miss u kak.. insyaallah sebelum akak pulang ke semenanjung teringin gak nak pijak kaki keningau nun
makne-nya.. hang kawein lbh kurang aku lorr! tahniah utk ko yg dh satu abad di Keningau.

Jauh perjalanan, luas pengetahuan, lagi byk ilmu yg ngko ada dr kami yg byk kumpul dosa! (ngko pahamx2-lah kt KL nie.. byk dugaan & cobaaannnn.....)
kakak: lerr..dah macam buku sejarah plak yer ? ok la tu, almakna tidak ada bahasa rojak,muehehehe.

Alin : ye alin, janna pon tak sangka, rasa macam baruuuu je lagi dok sini,hehehe.

Nurul: hehehe, yeke? sampai ke situ u teringat, apa2 pon thankx!

Iena : la..yeke tak penah dgr pasal keningau ? tak pela,skang dah kenal kan ?

Nur : adoyaaiii..! bukan satu abad la Nur...kalu satu abad mahu dah bongkok 7 dah aku...hahahah...lebih satu dekad....hehehe....anyway, thanx Nur ! mai la ke keningau sementara aku masih dok sini ni.
HA HA HA.. aku pun nk tergelak doh! sorry yea laling... ntah maner otak aku meligat ms type komen hang tur!

Insya Allah... satu hari nanti.

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!