Yok ke Perpustakaan! -Memartabatkan Budaya Membaca

Hmm...cuti sekolah dah nak habis dah. Anda semua bercuti ke mana ? Bagi mereka yang tak pergi bercuti mesti terfikir2 juga ke mana nak bawak anak2 berjalan2 kan ?

Selain pergi bersiar2, pergi ke taman permainan ker, elok juga kalau kita bawak anak2 pegi ke perpustakaan atau pon macam Nana cakap, PerPUTUStakaan.

Hehehe.


Banyak faedah pegi perpustakaan ni, ...anak2 boleh belajar mencintai buku. Kalau pon anak kita tu belum pandai baca pon tengok2 gambar kat dalam buku pon jadi lah.

Anak2 saya pon suka juga ke perpustakaan. Ada la jugak saya bawak mereka ke sana, pergi pinjam buku . Sophea dan Laila memang mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Keningau. Tapi sejak dia hilangkan sebutir buku yang dia pinjam dulu....lama dah tak pegi pinjam buku di library. Tapi tu la....kalau nak ke perpustakaan ni kenala naik kereta pergi ke pekan. Kalau encik suami free dan rajin boleh la anak2 ke sana...tapi kalau encik suami malas tak ada masa...tak dapat la anak2 nak pegi.

Kan bagus kalau ada perpustakaan yang dekat2 je....yang tak payah naik kereta ke sana ?


Eehhhh....ada la ! Saya dah jumpa.

Saya ada la masuk dalam perpustakaan tu tengok2. Yer la..sebelum register tu elok la kita tengok2 dulu keadaan kat situ. Jadi saya masuk la tengok2....boleh tahan jugak la orang yang datang membaca di situ.

Yang best nya perpustakaan ni ialah saiznya yang compact. Yer....saya rasa perkataan compact tu paling sesuai la . Memandangkan saiznya yang compact maka kita tak perlu la nak berjalan jauh2...nak pilih buku, pastu nak pegi kaunter , nak cari seat lagi kan....so dari segi tu memang best lah.

Cuma tu la...bila compact ni bilangan pembaca dalam satu2 masa tu terhad la ....tak boleh nak muat ramai2.

Saya sempat la jugak curi2 ambil gambar dalam perpustakaan tu. Ye la...mana boleh sebarang ambil gambar dalam library nanti kena marah.

Dalam perpustakaan tu ada beberapa seksyen.






ni seksyen novel2. Ada macam2 jenis novel. Kebanyakan novel2 ni adalah di beli, ada juga yang dihadiahkan serta ada juga yang di tebus menggunakan voucher .




seksyen novel ni semeja dengan kaunter pendaftaran/pinjam buku/ pemulangan buku/kaunter pertanyaan. So senang la, pilih buku kat situ, daftar pinjam pon kat situ la jugak. Kat bawah meja tu pulak ialah seksyen majalah2. Ini adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang serta menggunakan setiap ruang yang ada semaksikma yang mungkin. Ini menepati ciri2 kompak yang saya katakan tadi.





Untuk memudahkan pembaca buku2 turut diletakan di atas meja, atau bak kata orang Sabah, di ampai begitu saja......


Peminat2 komik tidak di lupa di mana seksyen komik juga di sediakan. Cuma setakat ini koleksi komik yang ada cuma Koleksi Budak Getah (One Piece) dan Jejak Wira Dewata Raya ( tiada di dalam gambar) . Seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar di atas, selain menjadi rak buku rak ini juga di gunakan sebagai rak kasut . Satu lagi ciri2 kompak di kesan. Ehh...ke rak kasut yang di jadikan rak buku ? Err...mana2 lah.





Haa...ini pula wajah pertugas di perpustakaan ni. Sebenarnya ada 4 orang petugas di mana mereka akan bergilir2 untuk bertugas pada hari tertentu dan pada hari yang lain akan menjadi pembaca atau ahli perpustakaan pula. Begitulah mereka bertukar2 peranan dan role. Tidak di nafikan kadang2 berlaku juga perselisihan faham antara mereka contoh bila mana ke empat2 mereka semua nak jadi petugas...ataupun kesemua nya nak jadi pembaca. Haa...jika keadaan ini berlaku ketika ini lah campur tangan Pengarah Perpustakaan adalah amat penting.




Jika kita hendak pergi ke perpustakaan adalah amat penting untuk kita mengetahu jadual atau waktu2 perpustakaan di buka atau pon di tutup. Seperti perpustakaan lain , perpustakaan kompak ini juga mempunyai jadual waktu yang unik......( Sila lihat gambar di bawah)





Esok hari apa yer? owh..esok hari Sabtu....maknanya esok perpustakaan di tutup lah. Wahh! Pengarah Perpustakaan sangat gembira jika perpustakaan di tutup. Hehehe....kepada mereka yang berhajar nak pergi ke perpustakaan ni sila datang hari Isnin depan yer.



Sekian.

Comments

FairuzOthman said…
salam... hahahah... ingat kat perpustakaan negeri mana.. rupanya jutaya garden... aiya.. jadual tugas main tulis tangan ja... hahahahah
iena hamdi said…
Hahahahhahaha mcm2 yer
ni keje anak2 di musim coti skolah....apa boleh buat, mak ayah tak bawak pegi jenjalan...

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak