TomYam Seafood/Ayam

01Ni haaa....ada orang minak resepi tomyam la pulak nih. Ramai sungguh peminat.Hahaha. Nampak gaya blog akak ni dah jadi blog resepi la pulak. Tak apa lah.

Kepada Puan Lizzy Bardott, ini adalah resepi tomyam yang akak guna la. Akak tak guna pes yer...yang kiub ker...yang pes2 tu ke...memang tak guna. Dulu2 zaman baru2 pandai pegang senduk ni pes2 tu memang my bestfren lah. Tapi sekarang tidak lagi. Cuma kiub pati ayam je yang masih jadi my bestfren.

Ok lah, tanpa kita berlengah2 lagi mari kita tengok bahan2 nyer yer...


Tom Yam Seafood


Bahan2 :

3 ulas bawang putih -di ketuk
5 ulas bawang merah - di tumbuk.
5 batang serai - di ketuk
7 helai daung limau purt -di koyak ( sejak bila aku jadi org Teganu neh ? )
( kena ketuk, kena tumbuk,di koyak2, memang macam bergadoh)

1inci galangal ...eh apa tu ? lengkuas ....( sambil belajar masak, sambil belajar English, amacam ?)
3 keping asam keping
sebiji asam limau nipis ( orang Sabah panggil limau kapas)
air seperiuk
9 bijik cili padi ( berapa2 yg anda suka)
1 biji tomato ( di potong wedges)
1 biji bawang besar ( di potong wedges )
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecik sos ikan

isi ayam ( di hiris2)
udang ( di buang kulit, di belah belakang, di buang taik2 nya )
sotong ( di kelar2 dan di potong kecik2 ,panjang2)

cendawan tiram

daun ketumbar


Cara2 :

- panaskan minyak dalam piyuk. bila dah panas, tumis la bawang putih...pastu bawang merah...bila dah wangi2....masuk la plak ayam yang part tulang2 ( jika ada) macam tengkok ke...kaki ke....yang bahagian isi nanti dulu.

- kemudian masukkan la air. Besarkan api . Air tu agak2 ngam satu piyuk lah. Saya buat ni dalam piyuk Vision ( nak sebut jugak!) saiz 1.5liter kot. Cukup la utk 4-5 orang makan sekali hadap. Pastu bubuh la plak asam keping, perahkan asam limau. Tutup piyuk, biar mendidih.

- bila dah mendidih masukkan la plak serai, daun limau purut, lengkuas, cili padi, sos ikan, tomato, garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih lagi. Jika suka bulih la letak cauliflower ke...brocoli ke....carrot ke ..ikut sukalah.

- Bila dah mendidih dan nak makan dah, barulah anda masukkan isi2 tadi,udang, ayam, sotong, cendawan, bawang besar....tutup piyuk, biar je deme tu masak kejap je..dalam 5 menet jer, jgn lama2, sebab kalau lama2 nanti lauk2 tu jadik liat,tak sedap.

-pastu amek daun ketumbar, hiris halus, tabur atas tomyam tu, matikan api. tutup piyuk. Pastu boleh la di hidangkan panas2. Memang terangkat lah !


Gitula saya buat tomyam. Kadang2 tu saya sedia je sup dia awal2.....pastu tutup api. Bila nak makan baru saya hidupkan balik api, and masukkan isi2 tadik....sebab saya nak biar udang, ayam and sotong tu just nice je kelembutan nya. Hehehe....

Ok ! Kepada sesiapa yang nak cuba, boleh la cuba ya !


Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!