People

Hari Ahad lepas ada jemputan kawin. Kawan incik suami. Dia pon sebenarnya dah terlupa dah kena jemput. Bila kawan nya tu call tanya bila nak datang baru dia teringat. Masa tu dah nak Asar. Kawan tu cakap kalau tak dapat datang petang malam pon boleh. Since orang yang menjemput tu dah telefon sendiri....maka kami pon terus siap2 nak pegi. Jemputan ni wajib di penuhi kalau tak ada alasan, kan ?

Saya pon siap2, siap solat Asar semua pastu terus la pegi. Kat Pekan je pon kenduri nya. Pergi berdua jer dengan Cik Abe. Saya suka kalau pegi kenduri kawin ni. Suka makan lauk kenduri kawin.

Hehehe.


As usual lauk kenduri kawin kat Sabah ni mesti ada isi ikan sweet sour pastu ada lemon chicken, daging masak kicap (kot. sebab kaler itam ) , ayam masak kicap ( kot jugak, sebab pon kaler itam ) , rendang daging ( kot, tapi tak pedas ) , sayur campor ( ni pon sayur wajib ada gak kalu kenduri kat Sabah ni ), pastu apa lagi yer ,tak ingat. Lupa pulak nak amek gambar lauk dalam pinggan. Ingat nak ngap jer. Masa kami sampai tu pengantin dah pon selesai bersanding, tetamu pon dah tak ramai sangat. Ater dah petang kan....saya datang hari tu berkurung ungu serta bertudung ungu juga....memang kena dengan warna tema majlis. Sedondon dengan ahli keluarga pengantin.

Hahaha.

Selesai makan kami di hiburkan dengan persembahan karaoke ( acara wajib gak kat sini) oleh penyanyi2 amatur. Tua muda semua tak segan2 nak menyanyi. Sporting sungguh orang sini. Nyanyian masing2 plak ada macam2...ada yang merdu macam penyanyi professional lah, ada yang ke laut, ke sungai pon ada. Tak kisah lah. Janji kita happy, bukan nak masuk pertandingan pon kan ? Juri pon tak ada. Belasah saja lah.


Suami pulak leka berbual dengan tuan rumah. Macam2 ceritalah keluar. Pastu ada satu Beliau ni datang duduk sebelah encik suami. Kata nya dia family pengantin lelaki. Pengantin ni dari Pitas. Jauh nya dapat jodoh orang Keningau. Dia dok cerita la punya la susah nak sampai Keningau, jalan nya tinggiiiiiii sesangat !

Hehehe...

Apa boleh buat pakcik, dah kejadian geografinya macam tu Pakcik. Cerita punya cerita last2 Pakcik tu tanya kot2 kami boleh tumpang kan dia balik hotel. Tak silap saya macam dia cakap dia ada simpan duit dia kat bilik hotel. So dia takut ada sedara dia pegi korek2 sana sini jumpe duit dia pastu amek. Jadi dia nak la balik hotel cepat2. Encik suami ok jer. Lagi pon bukan jauh jugak.

Lepas tu kami pon bergerak la. Pakcik ni pulak berkali2 ( 3 kali je sebenar nya ) dok suruh saya stay dulu kat rumah pengantin ni sebab suami saya nak pegi hantar dia balik hotel. Saya senyum2 je kata .." tak apa...tak apa..."

Masa dah gerak nak ke ke parking kereta pon dia cakap lagi kat saya .... " Kau tunggu sana dulu di dalam...laki kau antar sa dulu...." , Encik Suami kata " Nda apa....satu kali jalan jak..." .So Pakcik tu tak cakap apa lah.

Bila Pakcik tu balik2 suruh saya tinggal dulu...entah kenapa dalam hati ni rasa tak sedap pulak. Rasa lain macam .Bukan lah nak bersangka buruk...tapi yer lah...kami pon tak kenal siapa pakcik tu kan.

Masuk dalam kereta Pakcik tu dok depan saya dok belakang. Masalah dengan Pakcik ni dia kata dia tak ingat nama hotel tempat dia menginap . Yang dia dok kata dekat dengan "Hotel Sejuta " .....Hotel Juta sebenar nya. So kami pon pusing2 la cari Hotel. Kat Keningau ni banyak juga hotel2 kecik....hotel2 murah...so bila pakcik ni tak ingat nama hotel tu...jenuh jugak la kami nak cari. Dia dok sebut2la dekat dengan Hotel Sejuta....Hotel Sejuta...pastu depan hotel tu semua cermin.......owh...hotel mana kah ini Pakcik ...?

Pusing sana pusing sini...pakcik tu tetap tak cam hotel mana. Last2 dia kata dekat dengan Esso. Hah? Esso ? Esso dengan Hotel Juta tu ibarat satu di timur satu lagi di barat...boleh pulak dia kata hotel yang dia duduk tu dekat dengan dua2 tu. Kemusykilan saya bertambah2. Bila saya tanya ada kedai2 ker dekat dengan hotel tu....atau apa2 lah yang boleh jadi petunjuk dia tak leh jawab.....heran betul. Nak kata tua sangat pakcik tu...tak la jugak....sihat sejahtera je orang nya.

Last suami saya pusing lagi...pastu nampak la Hotel Kristal. Suami saya tanya...hotel tu ka ? Terus Pakcik tu iyakan....." Haaa...hotel tu lah..... ! Lupa pula saya mau cakap ada supermarket di bawah hotel tu.... " . So terusla suami hantar ke situ. Pakcik tu pon turun...masa turun dia cakap ... "Kau tunggu sakajap aaa..." Pastu dia masuk dalam lobby hotel . Saya pulak masuk dalam Hiap Lee nak beli beras. Teringat pulak beras dah habis.

Sambil saya berjalan sempat jugak saya toleh ke belakang, saya nampak pakcik tu kembali ke kereta saya. Aikk ? Kenapa pulak .

Siap beli beras 10kg saya pon masuk ke kereta. Saya tanya suami kenapa pakcik tu pegi balik kat kereta.

Suami saya kata dia datang balik nak mintak duit RM10. Suami saya kata tak ada. Pakcik tu kata bagi ajelah berapa2 yang ada. Aiii ? Pelik sungguh pakcik ni.

Pastu kami pon balik....masa kami pusing belakang bangunan tu...tiba2 saya nampak Pakcik tu dok berjalan kat tepi jalan. What the heck ??? Dia tak naik ke bilik hotel pon. Kata risau sangatkan duit dia kat dalam bilik ?

Terus suami tanya saya..." u tak bau ke tadi ? saya geleng kepala. " Pakcik tu mabuk, minum tapai, nafas bau masam giler. Saya satu apa pon tak percaya apa dia cakap... mana ada dia masuk dalam hotel tu pon "


Hmm...terus saya geleng kepala. Macam2 kan orang ni ? Kesian juga saya dengan orang macam tu......

Comments

Adrina Adi said…
kak ja, so apa ending dia. macam tergantung saja bahh...
macam tu je ending ,nak cerita isi penting jer...ending tak penting...muehehehehe...
bahayanya kak... jangan la tumpangkan orang macam tu lain kali kak.. susah plak hati saya baca ...
nonie said…
camtu punya org pun ada ek... tapi apsal dia soh kak janna tinggal in the first place ek? hmm musykil saya..

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!