Fishing Trip at Kampung Binsulok
Aduhai, baru la ada masa nak update kisah kami pergi memancing santai santai di Kampung Binsulok, Kuala Penyu. Perginya dah lama...time cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Tapi baru sekarang nak cerita.
Yang pegi cuma Umar, Lin , Nana dan kami berdua. Sebabnya pondok yang kami nak menginap tu kecik sangat dan risau jugak kalau ramai2 masuk kang runtuh pulak pondoknya nanti. Hahaha! Kan dah satu kerja . Makanya tinggal lah Kakak, Angah dan kak chik kat rumah. Lagipon Angah kerja.
Kami bertolak pada hari Jumaat. Cik Abang bawa kereta pon rilek2 je. Tak ada la nak rush2 sangat. Takkan lari gunung dikejar gitu.. hehe. Berpandukan map yang diberi kami pon terus lah ke sana. Turun Kimanis melalui Bongawan, kemudian masuk ke jalan kampung tembus sehingga Pantai Pimping. Cantik pantai nya. Macam jalan pantai di Terengganu. Ada beberapa gerai kecil yang menjual jagung bakar di tepi tepi jalan jadi kami pon tak melepaskan peluang untuk beli beberapa batang jagung bakar. Sedap dan manis. Tiga batang jadi tak cukup la pula, hehe.Sepanjang perjalanan tu kami nampak banyak ladang jagung. Patutla banyak gerai jagung bakar kat sini..
Elok je sampai sana kami terus call tuan punya pondok sebab nak ambil kunci. Dah dapat kunci semua dia pon bawak la kami ke pondok tu.
Ini lah pondok kami!
That's our fishing spot. Can't wait!
This is the toilet. Ok la kan. Rm50 je pon 1 malam.
Umar's first catch!
LinLin's happy face. So obvious! Hehe
Main buai di Pantai Pimping
Memang zuhud je pondok tu...tapi kat dalam nya ada tilam, ada bantal, ada periuk nasi berserta dapur portable tu. Bilik air pon ok laaa....tidak la teruk sangat. Hihi. It wa better than we imagined. Hehe. So kami pon terus la angkut barang2. Umar dengan Lin pon seronoknya lah. Nak2 pulak tepi sungai. Excited sungguh nak memancing. Dia ingat senang ke memancing ni? Takpa, kita bagi je dia rasa.
Sungguhpon pondok kami tu zuhud je...tapi kawasan situ teduh. Tak panas sebab ada banyak pokok2. Kalau nak bakar2 ayam ke...ikan ke pon boleh.. Ada tempat bakar2. macam main pondok2 pon ya.
Dah siap angkut barang semua Umar dah tak sabar2 nak memancing. Maka terusla cik abang keluarkan semua alatan memancing. Susun elok, pasangkan umpan apa semua and tanpa berlengah lagi kami dah mula memancing. Suasana kat situ pon best je,,,,tenang je, memang syiok jugak nak rilek2. Tapi tu laa...ketenangan kami agak terganggu bila si Umar asyik la bising dan dok bertanya bila nak dapat ikan. Hahaha! Aduhaii....Umar ..umar..dia ingat memancing ni macam beli ikan kat pasar kot, campak umpan terus dapat ikan, Ini semua terpengaruh dengan video2 memancing di FB la ni. Nampak senang je orang dapat ikan...ikan besar2 pulak tu.
Namun tak lama lepas campak umpan akhirnya joran Umar mengena. Walaupon ikannya comel, Haha. Jadilah...pengalaman pertama lah katakan.
Aktiviti memancing diteruskan hingga ke malam. Namun Mak masuk tidur awal. Tak larat nak bukak mata dah Mak. Memang tak boleh jadi pemancing Mak ni. Haha. Ikan patuk umpan pon tak reti rasa. Tapi laki mak dapat jugak ikan gelama 2 ekor dan beberapa ikan kecil lagi. Jadilah. Nama pon sesi memancing santai2. Nak kasi anak2 seronok2.
Esoknya selepas bersarapan alakadar laki mak sambung lagi memancing. Mak pulak pergi ke pekan Kuala Penyu kejap cari ais dan roti skit. Tapi...semua kedai kat pekan Kuala Penyu tu kehabisan ais! Aduhaii...terus mak rasa macam nak bisnes ais plak di Kuala Penyu, hahaha!
Kami bertolak balik ke Keningau dalam jam 12 macam tu lah dan on the way nak balik tu kami singgah sekejap di Pantai Pimping. Ramai jugak orang tengah piknik tengah tengahhari buta tu. Kami tengok dari dalam kereta...cuaca memang panas sungguh. Tapi teringin jugak nak main buai kat tepi pantai tu. Sekali bila dah keluar....ehh, tak panas pon. Haha. Sebab nya angin nya kuat....so tak terasa pon panasnya. Rasa nyaman je kena tiupan angin. Terus teringat dekat anak2 yang kat rumah. Kalau datang piknik sini ramai2 tentu best. Lainkali boleh datang lagi. InsyaAllah.
Itulah cerita kami pergi memancing santai2 di Kampung Binsulok. Jadilah...pengalaman untuk Umar dan Lin. Harap dia orang ingatlah.
Semoga kita dberi kesempatan lagi oleh-Nya untuk mencipta memori yang indah2 bersama, Ameen.
-Mak Janna-
Semoga kita dberi kesempatan lagi oleh-Nya untuk mencipta memori yang indah2 bersama, Ameen.
-Mak Janna-
Comments